Friday, 19 October 2018

Lan Berambeh 2018 : Gerbang Kebudayaan Sarawak





Esok, untuk kesekian kalinya, acara tradisi Lan Berambeh kan mengambil tempat di Malaysia International Trade and Exibition Center (MITEC) di Jalan Duta Kuala Lumpur.

Secara tradisinya, Lan Berambeh akan membawa kebudayaan dan segenap aspek kehidupan aak-anak negeri Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Malah, acara yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak Sarawak ini juga bakal membolehkan anak-anak Sarawak melepaskan rindu mereka di kampung halaman.

Menurut penganjur, dianggarkan kira-kira lebih 60 booth akan dibuka dengan kira-kira 70 hingga 90 orang peniaga dan peserta akan mengambil bahagian dalam acara tahunan kali ini. Malah, pihak penganjur juga menjangkakan, kira-kira 5 hingga 10 ribu orang pengunjung terutamanya anak-anak Sarawak di perantauan akan mengunjungi karnival kali ini.


Bagi warga kota terutamanya, inilah peluang terbaik buat semua merasai sendiri keunikan tradisi dan kebudayaan negeri Sarawak yang cukup dikenali dunia sebagai salah sebuah negeri yang dipenuhi kebudayaan yang tercantik di dunia.

Malah, menerusi Lan Berambeh ini juga, para pengunjung terutama warga kota bakal merasai sendiri kenikmatan masakan Sarawak terutama makanan yang paling terkenal di Sarawak iaitu Kek Lapis.

Di samping itu juga, Lan Berambeh ini juga akan membawa seni kebudayaan warisan Sarawak kehadapan mata para pengunjungnya. Tidak perlu untuk terbang ke Sarawak bagi melihat kepelbagaian kebudayaan Sarawak kerana esok, Lan Berambeh akan menyajikan kebudayaan ini dekat dengan anda.

Lan Berambeh akan bermula esok 20 Oktober 2018 bermula dari jam 9 pagi sehingga 9 malam. Jemputlah beramai-ramai bagi memeriahkan karnival tahunan ini...Oooo...Haaaa...Youuuu...Youuu

Zahid Berhadapan Tuduhan 45 Pertuduhan Dengan Jumlah Melibatkan Lebih RM 114 Juta



Sebentar tadi, pihak media diberitahu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru sahaja dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM 2 juta engan RM 1 juta diserahkan hari ini dan baki RM 1 juta perlu diselesaikan pada Isnin ini. Disamping itu, passport beliau juga perlu diserahkan kepada mahkamah dengan seorang penjamin diperlukan.

Menurut salinan kertas pertuduhan yang diedarkan kepada pihak media sebentar tadi, beliau dikatakan telah menyalah gunakan wang sebanyak RM 42,075,365.71 untuk urusan peribadi yang mana wang berkenaan dikatakan diperoleh dari Yayasan Akal Budi milik beliau sendiri.

Bagi pertuduhan di bawah AMLA pula, beliau berhadapan dengan tuduhan penerimaan dan penggubahan wang haram yang dibicarakan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram yang melibatkan sebanyak RM 72,063,618.15. Secara totalnya, jumlah keseluruhan wang yang dikatakan diselewengkan oleh beliau adalah sebanyak RM 114,148,983.86 yang secara keseluruhannya melibatkan 45 kes.

Dikhabarkan beliau sedang dalam urusan menyerahkan passport dan menyerahkan wang jaminan RM 1 juta sekarang dan akan turun pada bila-bila masa sahaja lagi.


Dalam perkembangan sebelum ini, kira-kira 1,000 orang penyokong yang berhimpun sejak jam 8 pagi tadi cuba merempuh pagar mahkamah setelah pihak polis masih enggan memberikan kebenaran buat para penyokong ini memasuki perkarangan mahkamah.

Mujurlah ketegangan yang muncul sebentar tadi dapat dikawal oleh Datuk Lokman Noor Adam dan kini, walaupun kedengaran masih agak tegang, namun keadaan sudah dapat dikawal sepenuhnya.

Ini Baru Kerja Gila!



Umum sedia maklum bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah dibawa ke Mahkamah Seksyen Jalan Duta bagi menghadapi sebutan deretan kes yang dihadapi oleh beliau. Beliau telah ditahan oleh pihak SPRM semalam setelah diminta untuk berbuat demikian oleh agensi kerajaan berkenaan.

Namun begitu, siapa sangka, beliau berhadapan dengan 40 pertuduhan berbeza di bawah 3 Akta berbeza? Inilah yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Lebih teruk lagi, kesemua kes beliau ini dibicarakan di 5 kamar berbeza. Berita ini disampaikan sendiri oleh sumber dalaman mahkamah itu sendiri.


Andai benar jumlah kes ini yang dihadapi oleh Presiden UMNO ini, ianya jauh lebih banyak dari jumlah kes yang dihadapi oleh bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPRM semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhadapan dengan tuduhan di bawah Akta SPRM (ASPRM) 2009, Akta Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Satu lagi pertuduhan adalah melibatkan tuduhan pecah amanah Yayasan Akal Budi milik beliau sendiri.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan sehingga bila beliau akan terus berada di dalam mahkamah namun ari pemerhatian, beliau bakal mengharungi hari yang cukup panjang dan berkemungkinan kes yang dihadapi beliau tidak dapat diselesaikan hari ini.


Dalam perkembangan berasingan, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak turut hadir memberikan sokongan moral beliau terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau dipercayai dalam perjalanan pulang ke Parlimen Pekan dan mengambil peluang bertemu sebentar dengan rakan karib beliau.

Lebih 3,000 Orang Membanjiri Mahkamah



Seperti dijadualkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah dibawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur bagi menghadapi beberapa pertuduhan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram yang disabitkan dengan Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA) pagi ini.

Beliau tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8.15 pagi ini dengan menggunakan laluan belakang mahkamah yang mana laluan utama menuju ke mahkamah telah dibanjiri kira-kira lebih 3,000 orang penyokong yang kesemuanya merupakan ahli UMNO yang datang dari seluruh negara.

Sudah lama tidak kelihatan keadaan seumpama ini yang menyaksikan ahli UMNO berhimpun bagi menyuarakan solidariti mereka terhadap Presiden UMNO ini.

Seperti biasa, himpunan ini diketuai oleh Datuk Lokman Noor Adam dan turut dihadiri oleh sebahagian besar Ketua Bahagian dan Cawangan UMNO. Turut kelihatan, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Armand Azha dan barisan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang lain.

Seperti kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pihak PDRM tidak membenarkan para penyokong UMNO ini masuk ke perkarangan mahkamah. Mereka hanya dibenarkan berada di hadapan pintu pagar mahkamah dengan kira-kira 100 orang anggota keselamatan menjaga pintu masuk berkenaan.

Sehingga kini, mujur tidak berlaku perkara yang tidak diingini dengan para penyokong ini langusng tidak membuat sebarang rempuhan. Mereka lebih senang berada di hadapan pintu masuk mahkamah dengan beberapa ucapan turut kedengaran di sini.

Thursday, 18 October 2018

Zahid Tiba Ke Bangunan SPRM



Seperti dijadualkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba ke bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tepat jam 3 petang tanpa diiringi oleh mana-mana pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang digembar gemburkan akan mengiringi beliau hari ini.

Dengan mengenakan baju batik, kelihatan jelas pada wajah beliau, tiada  sebarang kerunsingan dan wajahnya tidak lekang dengan senyuman. Malah, ketibaan beliau disambut oleh pegawai penyiasat SPRM dan para wartawan yang telah menunggu hampir sejam di pintu masuk bangunan SPRM ini.

Untuk rekod, kehadiran beliau ke bangunan SPRM ini adalah atas arahan pihak SPRM sendiri yang mahu beliau menyerah diri bagi membolehkan pihak SPRM melengkapkan kertas siasatan sebelum beliau dijadualkan bakal di bawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur jam 8 pagi esok untuk sebutan kes.

Semuanya gara-gara siasatan pihak SPRM terhadap Yayasan Akal Budi milik beliau yang kononnya didakwa berlaku salah guna kuasa dan penggubahan wang haram yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

Beliau adalah pemimpin ketiga yang diheret ke SPRM setelah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Abdul Azeez juga turut ditahan SPRM sebelum ini.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi PEMANTAU Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam  bakal mengadakan himpunan #Solidariti4Presiden dihadapan pintu masuk bangunan SPRM pada jam 9 malam ini.

Malah pada keesokan hari, kira-kira jam 7.30 pagi, beliau juga dijangka bakal mengetuai satu lagi himpunan #Solidariti4Presiden di perkarangan Mahkamah Seksyen Jalan Duta bagi menyatakan sokongan akar umbi UMNO dan rakyat Malaysia terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.

Perkembangan Semasa Bangunan SPRM



Dijangkakan pada jam 3 petang ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan tiba ke perkarangan bangunan SPRM di Presint 7 Putrajaya setelah beliau diminta untuk menyerah diri berikutan siasatan pihak SPRM terhadap beliau baru-baru ini.

Siasatan berkenaan berkisar tentang kemungkinan terdapat salah guna wang dan kuasa melalui Yayasan Akal Budi milik beliau. Beliau sebenarnya telah mula disiasat sejak beberapa bulan yang lalu cuma baru hari ini pihak SPRM meminta beliau untuk menyerah diri sebelum beliau dijangka di bawa ke Mahkamah Seksyen Jalan Duta jam 8 pagi esok untuk bacaan kes.

Jika disoroti keadaan semasa di perkarangan SPRM Seksyen 7 sekarang ini, keadaan masih terkawal. Kelihatan kira-kira 100 orang telah mula berkumpul di pintu masuk bangunan SPRM dengan beberapa orang Ketua Bahagian dan Cawangan UMNO juga turut serta berhimpun bagi menunjukkan solidariti mereka terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah,para wartawan juga turut mula berhimpun di pintu masuk bangunan SPRM ini.

Menariknya, menurut beberapa perkhabaran yang diterima, kehadiran Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ke bangunan SPRM ini juga turut ditemani oleh bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Namun begitu, tidak diketahui samada dakwaan ini benar ataupun tidak.

Lagi sorotan akan disiarkan seketika nanti.

Sunday, 7 October 2018

Ekonomi Malaysia Bakal Menuju Kehancuran - Tidak Mengapa, Asal Najib Jatuh!



Rasanya, sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 berlangsung, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerap kali mengingatkan rakyat supaya tidak tersalah memilih kerajaan kerana andai tersalah pilih, kekuatan dan perkembangan ekonomi Malaysia akan menuju kehancuran. Bukan mudah untuk membangunkan negara jika tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam mentadbir.

Hari ini, setelah hampir 200 hari Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan dengan diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seluruh pemerhati dan laporan kewangan antarabangsa mendapati, ekonomi Malaysia sebenarnya sedang menuju era kehancuran secara menyeluruh.

Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, agensi antarabangsa itu menyatakan, perkembangan ekonomi Malaysia sebenarnya sedang berada pada tahap paling lemah jika dibandingkan dengan 15 buah negara kuasa ekonomi Asia.

Kenyataan ini sebenarnya selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh salah sebuah akhbar yang berpengaruh dalam ekonomi dunia, Nikkei. Dalam laporan akhbar berkenaan, mereka terkejut apabila ekonomi Malaysia semakin melemah kerana pada awal tahun ini, seluruh pemerhati ekonomi dunia menjangkakan, Malaysia bakal muncul antara kuasa ekonomi Asia dalam tempoh 2 tahun.

Dalam laporan Bank Dunia yang terbaru, mereka menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang pada 4.9 peratus berbanding 5.4 peratus yang diunjurkan pada awal tahun ini menjelang tahun 2019. Malah, Bank Dunia juga menjangkakan, Malaysia akan gagal menyekat kehadiran inflasi dalam ekonominya jika keadaan ini berterusan.

Lebih memburukkan keadaan, eksport import Malaysia mencatatkan penurunan 5 peratus setiap bulan yang mana secara kolektifnya, Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 45 peratus sepanjang kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya. Ini menyaksikan Malaysia mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM 1.6 bilion dalam tempoh 5 bulan.

Apa yang menghairankan, tidak ada mana-mana akhbar mahupun portal milik kerajaan menerangkan keadaan semasa ekonomi Malaysia. Ini menyaksikan, rakyat Malaysia tidak mengetahui langsung keadaan sebenar ekonomi Malaysia.

Dari segi komiditi seperti minyak kelapa sawit pula, Malaysia mencatatkan penurunan eksport komuditi ini sebanyak  27 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu. Hari ini diberitakan, harga minyak kelapa sawit setan menjunam kepada RM 300, terendah dalam tempoh lebih 20 tahun.

Menariknya, Bank Negara Malaysia, dalam satu pengumumannya memberitahu, simpanan matawang asing negara sehingga akhir September lalu mencatatkan penurunan sebanyak USD 1.3 bilion -  penurunan untuk bulan kelima berturut-turut. Penurunan ini sebenarnya berpunca dari penarikan beramai-ramai pelabur asing dari Malaysia sejak 10 Mei yang lalu.

Kebanyakan pelabur-pelabur asing ini hilang kepercayaan terhadap dasar dan polisi ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sejak mereka berjaya membentuk kerajaan. Malah, indeks KLSE juga menunjukkan penurunan tanpa henti sejak Mei lalu yang mana prestasi KLSE ini adalah yang terburuk sejak krisis matawang antarabangsa pada tahun 1998.

Tidak cukup dengan itu, Ringgit terus diniagakan dalam keadaan lemah berbanding Dolar Amerika. Sehingga Jumaat lepas, Ringgit diniagakan RM 4.16 berbanding USD $1, penurunan sebanyak 30 sen jika dibandingkan April tahun ini.

Menurut laporan Bank Dunia, antara punca kejatuhan ekonomi Malaysia hari ini disebabkan oleh ketidak tentuan polisi ekonomi kerajaan, faktor perkembangan geopolitik, keutamaan kepada polisi populis dan kekurangan pelaburan dalam pelbagai sektor termasuk jatuhnya harga komuditi asas seperti getah dan industri sawit Malaysia.

Inilah keadaan sebenar masalah ekonomi Malaysia yang langsung tidak dilaporkan oleh mana-mana akhbar di dalam negara ini. Mungkin kerajaan Pakatan Harapan boleh menyembunyikan fakta sebenar ekonomi Malaysia. Namun perlu ditegaskna bahawa, ini era telekomunikasi dan multimedia yang mana rakyat boleh sahaja mencari apa jua maklumat menerusi carian internet dari sumber yang sahih.

Ini bukan era yang mana segala maklumat dibekalkan oleh kerajaan semata-mata. Dunia hari ini cukup berminat melihat perkembangan ekonomi Malaysia diera kerajaan baru Pakatan Harapan.

Tetapi, ya lah, bak kata para penyokong Pakatan Harapan, kami tidak peduli apa sahaja mengenai ekonomi Malaysia. Apa yang kami peduli adalah Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional dapat ditumbangkan. Untuk ini, amatlah malang buat sebahagian rakyat Malaysia yang hari ini sudahpun menerima kesan dari kejatuhan ekonomi Malaysia.

Untuk rujukan, pembaca boleh melayari laman web ini :

1. https://asia.nikkei.com/Business/Markets/Nikkei-Markets/World-Bank-sharply-cuts-Malaysia-s-2018-growth-view

2. 

Derma RM 100 Juta? Sikit Sangatlah...



Kelmarin, dalam satu kenyataan, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan hari ini berhadapan dengan krisis kewangan yang agak kritikal. Beliau berkata, krisis ini menyaksikankesukaran parti-parti berkenaan untuk menjalankan aktiviti mereka sehingga terpaksa menghadkan perbelanjaan mereka.

Malah, dalam kenyataan yang sama, Tun Dr Mahathir juga mendakwa, ada pihak ingin memberikan sumbangan sebanyak RM 100 juta buat Pakatan Harapan namun beliau telah menolaknya atas alasan ingin menjaga kredibiliti Pakatan Harapan dan tidak mahu dituduh sebagai penerima sumbangan dana politik agi membuktikan ketelusan parti berkenaan.

Sebenarnya, jika dilihat dari angka berkenaan, secara amnya, kita boleh menyimpulkan bahawa, angka berkenaan terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan jumlah yang Tun Dr Mahathir sendiri terima dari kerajaan Syiah Iran sebanyak RM 2 bilion.

Ini memang mana-mana pihak dalam kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh nafkan kerana kerajaan Iran sendiri dalam kenyataannya mengesahkan bahawa Tun Dr Mahathir telah menerima sumbangan berkenaan dari wakil kerajaan Iran semasa kunjungan mereka ke Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu.

Jadi, angka RM 100 juta berkenaan terlalu sedikit buat kerajaan Pakatan Harapan dan tidak mustahil ditolak mentah-mentah. Malah, terdapat juga pendapat mendakwa kononnya cerita sumbangan ini hanyalah direka bagi menampakkan kerajaan Pakatan Harapan ini terlampau telus.

Apa yang melucukan adalah, Tun Dr Mahathir sanggup menolak sumbangan sedemikian namun beriya-ia mencari duit dengan cuba membuat pinjaman dari kerajaan China, Jepun, Brunei dan yang terbaru di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Namun semua usahanya ini ditolak mentah-mentah oleh kesemua negara-negara berkenaan kerana hilang keyakinan akan kemampuan ekonomi Malaysia.

Inilah drama yang cuba dimainkan oleh Tun Dr Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan hari ini. Menariknya, dalam tempoh 5 bulan, RM 26 bilion wang simpanan negara di dalam Bank Negara, dilaporkan lesap begitu sahaja. Tidak ada sebarang alasan dan kenyataan dikeluarkan bagi menyatakan kemana tuju wang-wang berkenaan.

Keadaan ini mengingatkan kita dengan pepatah lama, bagai semut jatuh kedalam sebekas gula....


Selepas Ini, Setiap Malam Kita "Projek" Sampai Lebam!



Slogan Malaysia Baru yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan dalam kempen PRU ke 14 yang lalu nampaknya benar-benar dijadikan pedoman buat kesemua menteri-menteri kabinet Pakatan Harapan. Sebut sahaja apa pembaharuan yang sedang atau sudah laksanakan sehinggakan cara-cara untuk "meramaikan" rakyat Malaysia juga sedang mengalami transformasi yang begitu mengejutkan.

Bagaimana untuk meramaikan rakyat Malaysia yang dimaksudkan itu? Caranya adalah, tiada lagi sebarang serbuan terhadap mana-mana premis samada di hotel-hotel bajet mahupun dirumah persendirian yang disyaki melakukan maksiat termauk penzinaan.

Jika sudah tidak ada sebarang pencegahan dilakukan, sudah tentu anak-anak muda yang diketahui mempunyai nafsu membuak-buak terhadap kaum jantina yang berlainan, akan sewenang-wenangnya melakukan"test drive" terhadap pasangan masing-masing semahu hati mereka tanpa perlu ditangkap oleh mana-mana penguatkuasa agama Islam dan pihak berkuasa.

Malah dari kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri yang sepatutnya menjaga hal ehwal Islam, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa ini, dapatlah disimpulkan bahawa, pihak kerajaan hari ini tidak mempunyai masalah menerima kehadiran anak-anak yang tidak sah taraf walaupun hakikatnya, masyarakat Malaysia tanpa mengira apa jua agama amat menentang sebarang tindakan salah laku terutamanya maksiat.

Tapi atas nama pembaharuan, semua ini dipersetankan dan dianggap menjadi salah satu perlanggaran hak asasi manusia sekiranya pihak berkuasa melaksanakan serbuan terhadap premis persendirian mahupun di hotel-hotel bajet. Alasannya mudah, itu kesalahan peribadi dan dosa peribadi.

Lebih hebat lagi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr Mujahid yang menyatakan, Islam tidak mengajar umatnya melakukan serbuan kerumah orang untuk mencegah kejahatan. Persoalannya, arahannya untuk menyerbu mana-mana premis yang disyaki tempat menyimpan wang 1MDB termasuk ke rumah Tun Rahah itu Islamkah?

Lebih dahsyat, Majlis Belia Malaysia (MBM) serta dua orang mufti secara terang-terangan menyokong kenyataan Datuk Dr Mujahid ini. MBM yang selama ini menjadi benteng belia Malaysia juga dilihat sudah hanyut dengan imej pembaharuan yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan.

Lebih teruk lagi, dua orang mufti yang sepatutnya menjadi penasihat Sultan dan Yang DiPertua Negeri dalam hal ehwal agama Islam juga turut bersetuju supaya perkara ini dilaksanakan. Hebat sungguh penangan Malaysia Baru hari ini. Semuanya mahu baru.

Jadi, buat anak-anak muda yang begitu teruja dengan pembaharuan yang menyaksikan mereka berjaya melacurkan Islam atas nama demokrasi dan Malaysia Baru, setiap malam, bermula malam ini, "projek", "kenduri" dan "aqiqahlah" pasangan anda semahunya sebab tiada siapa lagi akan mengganggu urusan kalian di dalam bilik.

Apa yang Rejim PH Dan Mahathir Mahukan Lagi?



Sejak berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, seperti yang dijangkakan, kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat seperti melampiaskan segala dendam yang mereka tanggung selama ini terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, UMNO dan Barisan Nasional.

Sehingga hari ini, akaun milik UMNO masih kekal dibekukan oleh pihak SPRM dan PDRM tanpa ada kepastian, bilakah akaun bank berkenaan akan dibebaskan. Malah, Datuk Seri Mohd Najib sendiri telah dihadapkan ke mahkamah sebanyak 2 kali dengan jumlah pertuduhannya juga semakin meningkat dari 5 pertuduhan kepada 27 pertuduhan.

Tidak terhad kepada Datuk Seri Mohd Najib, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansur juga turut dihadapkan kemahkamah sebanyak 2 kali dengan 17 kes disabitkan keatas beliau. Kesemua kes-kes ini telah membabitkan RM 6.5 juta sebagai wang jaminan namun apa yang melucukan, daripada kesemua 42 pertuduhan ini, tidak ada satupun kertas pertuduhan dikemukakan dengan bukti juga turut tidak kelihatan.

Inilah yang menjadi persoalannya. Apa yang dimahukan oleh kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir sebenarnya? Jika mahu kuasa, mereka sudah memperolehinya walaupun dengan cara yang begitu jijik iaitu menabur fitnah dan menipu rakyat.

Sekali imbas, apa yang sedang berlaku ini memang cukup kejam dan tidak berhati perut. Bayangkan, dengan tiada walau sehelaipun kertas pertuduhan, tiada barang bukti dikemukakan di mahkamah, Datuk Seri Mohd Najib dan isteri terpaksa "menyumbangkan" RM 6.5 juta wang mereka kepada pendapatan kerajaan yang umum ketahui, sehingga kini gagal mengembangkan ekonomi negara.

Dalam satu status yang dimuat naik oleh anakanda Datuk Seri Mohd Najib, Nooryana Najwa Najib semalam, beliau meluahkan rasa terkilannya dengan apa yang berlaku termasuk kesukaran yang dialami oleh adiknya, Ashman untuk membuka akaun bank kerana pihak bank bimbang akan tindakan kejam kerajaan hari ini, Berikut merupakan status penuh yang di ambil dari laman sosial milik beliau.

Beberapa bulan ini adalah tempoh yang sangat menduga buat kedua ibubapa saya. Selain yuran guaman, wang ikat jamin kini mencecah RM6.5 juta. Kami telah berusaha mendapatkan bantuan dari saudara mara, sebuah tabung yang diwujudkan sebelum ini untuk bapa saya dan dari simpanan mereka sendiri. 

Bapa saya juga terpaksa mengeluarkan simpanannya di Affin Bank Wangsa Maju yang digunakan untuk menerima gaji, elaun, pencen dan gratuiti hasil penglibatannya dalam perkhidmatan awam. Akaun-akaun lain masih dibekukan kerajaan.

Apabila bapa saya didakwa untuk kali ketiga dua minggu lalu, adik saya Ashman cuba membuka akaun bank bagi memulakan sebuah tabung bagi menerima sumbangan orang ramai. 

Bagaimanapun, usahanya ini menemui jalan buntu kerana ada pegawai bank memberitahunya secara peribadi bahawa ada pengurusan bank bimbang dilihat sebagai membantu bapanya dan permohonannya untuk membuka akaun bank ditolak.

Bukankah kita semua mahukan keadilan yang seadil-adilnya? Seharusnya pihak bank tidak harus tunduk kepada kebimbangan seumpama itu atau tekanan daripada kerajaan atau risau akan dikenakan tindakan dan membenarkan adik saya membuka akaun bagi membantu ibubapa kami.

Memang menyedihkan apabila melihat kesukaran yang dialami oleh keluarga yang telah banyak memberi sumbangan terhadap rakyat sepanjang Allahyarham Tun Abdul Razak sehinggalah ke zaman Datuk Seri Mohd Najib. Siapa dapat menyangkal bahawa setiap seorang lapisan masyarakat hari ini menerima manfaat yang disumbangkan oleh kerajaan yang diterajui oleh mereka.

Hari ini, mereka menerima layanan seperti penjenayah paling dikehendaki oleh dunia. Nasib Datuk Seri Mohd Najib dan Datin Seri Rosmah kini boleh diibaratkan seperti nasib yang menimpa bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos dan isterinya, Imelda Marcos. Itulah yang cuba dilakukan oleh kerajaan hari ini tanpa ada menunjukkan sisi kemanusiaan mereka terhadap bekas pemimpin negara ini.

Inilah yang telah menimbulkan persoalan. Apa yang rejim kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir Mohamad mahukan dari Datuk Seri Mohd Najib dan isteri? Terlalu paranoidkah kerajaan dan Tun M sekarang terhadap kedua pasangan suami isteri ini? Mereka juga manusia biasa dan andai layanan kejam ini berterusan, tidak mustahil, manusia selembut beliau akan bertindak juga akhirnya.