Sunday, 22 December 2019

BERHENTILAH MENIKAM SESAMA SENDIRI



Tidak ada angin dan ribut, secara tiba-tiba suhu Cameron Highlands yang dingin kembali hangat. Semuanya gara-gara hentaman pedas Ketua Pemuda MIC Pahang, Karthikesan Murugiah yang mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Pahang yang telah meminta peneroka di tanah sekitar Sungai Ichat, Sungai Tiang dan Sungai Bertam mengosongkan tanah berkenaan.

Daripada kritikan ini, muncul kembali kisah lama yang mana MIC seolah-olah menuntut kembali kerusi Parlimen Cameron Highlands yang kini disandang oleh Ramli Dato' Mohd Nor. Alasannya, kerusi berkenaan di pinjamkan yang mana kerusi itu adalah kerusi tradisi milik MIC. Persoalannya, masih wujudkan istilah kerusi tradisi ini disaat Barisan Nasional kini berada di kerusi pembangkang?

Sebenarnya, agak tertarik untuk mengulas kenyataan dari Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, V Gunalan hari ini. Ingin ditanya, perlukah kenyataan seumpama ini dikeluarkan di saat penerimaan rakyat terhadap BN telah kembali? Adakah beliau merasakan, dengan menghentam seorang yang telah dipilih secara sah pada 26 Januari lalu, ianya akan membantu kemenangan BN di masa hadapan terutama pada Pilihan Raya Umum ke 15?

Secara amnya, Barisan Nasional hari ini telah mengaplikasikan cara baru. Sudah tiada lagi istilah kerusi tradisi atau kerusi hak milik kekal mana-mana parti dalam gabungan Barisan Nasional terutama ketika kita sedang menambah mekar Muafakat Nasional.

Mengambil kira kekalahan BN semasa PRU ke 14 yang lalu, istilah kerusi tradisi ini adalah antara penyumbang kepada kekalahan BN. Ada beberapa Parlimen yang sudah jelak dengan istilah ini. Ada beberapa Parlimen yang mahu kerusi ini ditandingi oleh parti lain bukannya parti yang sama yang langsung tidak membawa apa-apa perubahan ketara di sesebuah Parlimen berkenaan.

Sama juga dalam kes ini. Walaupun mungkin wujud konsesus yang menyatakan kemungkinan MIC memberi "pinjam" kerusi ini kepada UMNO, namun satu perkara yang perlu difahami oleh semua pihak termauk MIC, kekalnya kerusi Parlimen Cameron Highlands milik BN hari ini adalah kerana usaha bersatu padu memastikan kemenangan calon.

Rakyat tidak peduli samada kerusi ini dipinjamkan atau tidak. Rakyat tidak peduli samada kerusi ini kerusi tradisi ataupun tidak. Apa yang rakyat peduli adalah kemampuan seseorang calon itu berkhidmat kepada rakyat. Malah sehingga artikel ini dikeluarkan, majoriti rakyat Cameron Highlands sendiri cukup berpuas hati dengan perkhidmatan Ahli Parlimen sedia ada. Kenapa perlu dipersoalkan kemampuannya sedangkan baik MIC mahupun YB Ramli, kedua-duanya menjulang panji yang sama iaitu BN?

Menyentuh mengenai perjumpaan rahsia yang disebut oleh Gunalan, seperti yang telah diberitahu sebelum ini, kehadiran YB Ramli adalah bertujuan untuk memastikan permohonan projek peringkat Persekutuan berjaya di perolehi. Rasanya, Presiden UMNO dan Pengerusi BN sendiri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerangan keadaan sebenar.

Apa jua perbincangan di dalam perjumpaan berkenaan, tidak ada siapa yang tahu. Lagipun, kehadiran YB Ramli ke perjumpaan itu bukanlah berlangsung satu dengan satu. Ianya dihadiri kira-kira 17 orang Ahli Parlimen yang lain. Andai Gunalan sendiri menjadi Ahli Parlimen sekarang di saat Pakatan Harapan menguasai kerajaan, beliau juga mungkin terpaksa melakukan perkara yang sama seperti YB Ramli demi membantu rakyat.

Isunya sekarang adalah kritikan Karthikesan terhadap kerajaan negeri Pahang yang telah meminta 60 pekebun mengosongkan tanah berkenaan. Jika dirujuk kepada kenyataan media YB Ramli semalam, penerokaan tanah di tiga kawasan ini secara jelasnya telah mencemarkan ketiga-tiga sungai ini.

Malah tindakan ini diambil oleh kerajaan negeri Pahang setelah mendapat titah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agung, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah meninjau sendiri pencemaran yang berlaku di ketiga-tiga sungai berkenaan. Dalam hal ini, siapa kerajaan Pahang untuk ingkar pada titah Paduka Sultan yang merupakan Paduka Sultan Pahang pada ketika ini?

Andai wujud persoalan, kenapa tiada pelan tindakan alternatif bagi membantu para pekebun ini, ianya satu dakwaan yang amat dangkal. Tidak ada sebab dan halangan untuk kesemua pekebun yang terjejas membuat permohonan baru yang mana, rasanya kerajaan negeri Pahang tidak akan sesekali menginaya mana-mana rakyatnya. Sudah tentu, permohonan mereka akan di pertimbangkan.

Menyentuh mengenai pencapaian, dari apa yang dilihat, dengan kekangan kewangan dari kerajaan Persekutuan, projek-projek pembangunan yang di bawa banyak bergantung kepada Unit Perancangan Ekonomi kerajaan pusat. Itulah sebab kenapa beliau terpaksa menebalkan muka bertemu dengan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali untuk memohon menyegerakan kelulusan projek yang telah di pohon. Beliau bukan pergi untuk melobi dan merancang untuk melompat parti.

Pembangunan di Parlimen Cameron Highlands lebih berpusat kepada golongan sasar terutama rakyat yang memerlukan. Bantuan khusus ada disediakan walaupun beliau dikhabarkan terpaksa berjimat sehabis daya berikutan kekangan bantuan terus dari kerajaan pusat. Andai Gunalan tidak percaya, beliau boleh sahaja ke Cameron Highlands dan menyaksikan sendiri pembangunan mikro yang telah beliau lakukan sepanjang 11 bulan menjadi Wakil Rakyat di parlimen Cameron Highlands.

Rasanya, MIC tidak perlu terlalu galak berpolitik sehinggakan apa sahaja kenyataan dari MIC perlu diterbitkan dari portal bebas Thesentral.com. Isunya hari ini, apa yang boleh dilakukan MIC untuk bersama-sama membantu atas nama Muafakat Nasional dalam memajukan Cameron Highlands. Bukan memilih untuk menghentam semberono sehingga membolehkan Pakatan Harapan mendapat isu mudah.

Usah di lupa, di DUN Tanah Rata ianya kekal milik DAP, parti yang menjadi komponen pemerintah hari ini. Andai MIC terlalu ralit memainkan isu yang tidak sepatutnya dan memilih menyerang kepimpinan yang ada pada hari ini, bukankah rentak mereka sama seperti Pakatan Harapan hari ini? Apalah guna MIC mengangkat tangan bersama UMNO, PAS dan MCA sekiranya istilah Muafakat Nasional itu sendiri gagal difahami oleh Ketua Penerangannya sendiri?

Tidak perlu dipertikaikan kemenangan penyandang hari ini kerana kemenangannya adalah solid dengan majoriti lebih dari 3000 undi, bukannya sekitar 500 ke 600 undi sahaja. Beliau menerima mandat dari rakyat samada dari Orang Asli mahupun penduduk Cameron Highlands sendiri. Paling utama, kemenangannya juga turut mendapat sokongan kuat dari sekutu baru BN iaitu PAS. Siapa MIC untuk menidakkan fakta ini?

Gunalan dan beberapa pemimpin MIC perlu bertenang dan melihat senario asas sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan suasana. Apa yang mereka lakukan sejak 48 jam yang lalu langsung tidak membantu kekuatan BN selain dari membawa rebah. Tidak ada istilah kerusi tradisi di sini. Semuanya berpusat dari, siapa yang mampu memberikan perkhidmatan yang baik untuk rakyat.

Saturday, 21 December 2019

KISAH NAJIB, AZILAH, ALTANTUYA DAN SUMPAH LAKNAT


Jumaat lalu, buat kali ketiga, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melafazkan sumpah laknat yang sama mengenai isu yang sama serta individu yang sama. Semuanya kerana seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaaribuu yang telah dibunuh dengan kejam, kira-kira 13 tahun yang lalu.

Kali pertama beliau melafazkan sumpah berkenaan adalah di sebuah masjid di Ijok, Selangor pada 2007. Kemudian, beliau mengulangi sumpah yang sama di sebuah masjid di Guar Perahu Pulau Pinang dan kali ketiga, dilafazkan di Masjid Kampung Baru.

Ironinya, boleh dikatakan kes ini bermula apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan telah memaksa Datuk Zulkifli Nordin yang pada ketika itu merupakan peguam bela bagi Anwar untuk mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib dalam kes pembunuhan ini. (rujuk video yang disertakan).

Malah, menurut video berkenaan, Datuk Zulkifli turut mendakwa, Anwar telah memaksanya mencari jalan untuk mengaitkan sama Datin Seri Rosmah dalam kes ini. Namun begitu, beliau enggan melakukannya kerana ini merupakan satu tuduhan yang amat berat.

Menurut beliau lagi, tidak ada dakwaan yang dibuat oleh dua tertuduh (pada ketika itu), Sirul dan Azilah yang boleh mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib dalam hal ini. Malah, Azilah sendiri berkata pada Datuk Zulkifli, "Demi Allah, Datuk Najib tidak terlibat dalam pembunuhan ini. Malah, beliau tidak tahu menahupun siapa Altantuya. Semua ini boleh didengari menerusi video berdurasi 2 minit yang disertakan dalam artikel ini.

Justeru, apabila Azilah boleh membuat Kenyataan Bersumpah yang mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib dengan kes ini, sudah tentu ianya mengundang bahan jenaka yang berpanjangan. Manakan tidak, jika kita baca keseluruhan pengakuan bersumpah Azilah, banduan yang sedang menunggu hari penggantungan dirinya, ianya menunjukkan banyak perkara yang meragukan.

Sebagai contoh, adakah logik arahan membunuh berkenaan dikeluarkan dengan upah sebanyak RM 300? Adakah logik mereka menerima arahan terus dari Datuk Seri Mohd Najib sedangkan pada ketika kes berkenaan berlaku, mereka berdua adalah pegawai pengiring bagi Tun Abdullah Ahmad Badawi?

Jika mahu dihuraikan satu persatu, memang cukup banyak perkara yang tidak masuk akal. Cukup sekadar kiranya kita menyoroti satu lagi sumpah laknat yang dilafazkan oleh Sirul Azhar pada 31 Januari 2016. Dalam sumpah berkenaan, Sirul menegaskan bahawa Datuk Seri Mohd Najib tidak terlibat langsung dengan kes pembunuhan ini.

Jika kita lihat, sudah ada 4 sumpah laknat telah berlangsung sepanjang kes ini berlangsung sehingga tamat. Jika diikutkan, kes ini sudah menemui titk penamatnya apabila dua individu yang bertanggungjawab membunuh Altantuya telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Akan tetapi, demi kelangsungan politik, kes ini terus disensasikan oleh pihak-pihak berkepentingan demi kelangsungan politik.

Jika ada yang mempersoalkan, bolehkan banduan akhir seperti Azilah ini mengeluarkan kenyataan bersumpah? Untuk soalan ini, dia berhak melakukan perkara ini kerana haknya sebagai seorang manusia. Namun, apa yang perlu dirungkai adalah, siapa yang menyediakan teks Akuan Bersumpah ini kerana ianya dilihat cukup lucu dan tidak masuk akal.

Juga, jika ada yang mempersoalkan, adakah sumpah laknat yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib di tiga buah masjid ini sah atau tidak, bagi soalan ini, kesemua yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib adalah sah menurut landas dan hukum hakam Islam.

Menurut sedikit kajian silang, sumpah laknat atau dalam istilah sebenarnya, Muhabalah dibenarkan di dalam Islam sekiranya berlaku perbalahan demi membukti pihak mana yang berbohong. Ianya boleh dianggap sebagai penyerahan diri kepada Allah dan berdoa supaya Allah menunjukkan kebenarannya.

Ianya bukan baru berlaku di negara ini kerana Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah melakukan perkara yang sama terhadap wakil Najran bagi membuktikan kebenaran. Hal ini berlaku kerana penduduk Najran enggan memperakui Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Justeru, lafaz sumpah ini telah dilakukan bagi membuktikan kebenaran Rasullullah terhadap penduduk Najran.

Dalam keadaan sekarang, apa lagi pilihan yang ada pada Datuk Seri Mohd Najib? Beliau mungkin terpaksa berhadapan sekali lagi dengan siri perbicaraan panjang berhubung kes pembunuhan Altantuya. Namun dari satu segi, untuk mengelakkan dirinya dari terus difitnah, Sumpah Laknat adalah pilihan terakhir yang beliau ada pada waktu ini untuk meembersihkan namanya.

Secara terus terang, kesihan melihat Altantuya diperlakukan sedemikian. Sudahlah nyawanya diragut tanpa kerelaannya, selepas kematiannya juga turut disensasikan sebagai bahan politik bagi menjatuhkan seseorang. Benarlah bak kata seseorang, andai Altantuya masih hidup, betapa duka hatinya melihat kesnya terus diperkotak katikkan di negara ini.


KL SUMMIT ATAU KL SEKELUMIT?



Tidak seperti 2014 semasa Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kali pertama persidangan Kuala Lumpur Summit (KL Summit) yang menghimpunkan keseua 54 buah negara Islam, persidangan kali ini boleh dianggap dicemari dengan kemungkinan boikot oleh hampir kesemua negara Islam yang menganggotai OIC.

Memang agak mengejutkan disebalik imej Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat lantang menghentam pendudukan Israel di Tebing Barat dan Gaza, seruan untuk KL Summit ini dipandang sepi oleh kuasa-kuasa besar dunia Islam seperti Arab Saudi.

Namun, andai di fahami keadaan sebenar hari ini, pertelingkahan yang wujud antara Kuala Lumpur dan Riyadh ini sebenarnya sudah memasuki fasa yang membimbangkan. Semuanya bermula sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke 14 lalu yang menyaksikan Tun M sendiri dengan lantang mempertikaikan banyak perkara berhubung hubungan baik Datuk Seri Mohd Najib dengan King Salman.

Malah, di peringkat hubungan diplomatik, Arab Saudi sudah beberapa kali dilihat tersinggung dengan kenyataan Tun M. Tidak hairanlah apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan, Arab Saudi dilihat cuba mengasingkan diri dari berhubung secara terus dengan Putrajaya.

Keadaan dilihat semakin tidak menentu apabila ada berita melaporkan, Arab Saudi berkemungkinan tidak lagi menambah koata bilangan jemaah Haji dari Malaysia. Lebih teruk lagi, tahun lalu, menerusi laporan media Arab Saudi, Menteri yang menjaga hal ehwal umat Islam, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa seolah-olah dipinggirkan oleh Arab Saudi semasa penerangan pra musim Haji tahun lalu.

Itu adalah sedikit sorotan bagaimana hubungan baik antara Malaysia dengan Arab Saudi sebelum ini bertukar menjadi keruh akibat kesilapan pentadbiran negara sendiri. Justeru, tidak hairanlah jika Arab Saudi menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menarik seberapa ramai penyokongnya memulaukan KL Summit.

Mungkin rasanya hanya Tun M sahaja tidak tahu bahawa Arab Saudi adalah penyumbang derma terbesar untuk lebih separuh daripada negara OIC termasuk Pakistan dan Indonesia. Pendapat ini bersandarkan kepada kenyataan Tun M sendiri yang berbunyi ;

"Hanya Arab gila sahaja yang hendak memberi derma sebanyak itu kepada seorang pemimpin".

Secara amnya, kedudukan Arab Saudi amat dipandang tinggi oleh seluruh negara Islam di seluruh dunia. Bagi menjaga prestij dan keutuhan anggota OIC sendiri, Arab Saudi perlu melakukan sesuatu sebelum keutuhan OIC ini dipecahkan dengan gerakan atau apa jua persidangan yang boleh menghancurkan OIC.

Ditambah pula dengan kenyataan dangkal dari Menteri Luar, Saifuddin  Abdullah yang mempersoalkan tindakan Arab Saudi enggan mengiktiraf dan mendesak kesemua negara Islam memboikot KL Summit kali ini menambah rencah ketegangan hubungan dua hala yang pernah bersahabat baik ini.

Kesimpulannya, jika bersandarkan kepada apa yang berlaku di KL Summit kali ini, sudah dapat di bayangkan bagaimana keadaannya apabila Malaysia bakal menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa tahun hadapan. Untuk rekod, Malaysia bakal menganjurkan Persidangan APEC yang dijangka bakal dilangsungkan pada November tahun hadapan.

Mungkin pada ketika itu, andai Pakatan Harapan masih berkuasa, usah terkejut andai persidangan dwi tahunan ini turut di boikot oleh negara pemain ekonomi utama dunia. Malah, jangan terkejut sekiranya Kuala Lumpur turut menerima nasib yang sama seperti Chile.

Jadi, tidak keterlaluan andai menyatakan, KL Summit yang sepatutnya segah namanya, hari ini telah dipermainkan di media sosial sebagai KL Sekelumit.

Sunday, 15 December 2019

APEC 2020 : BERSEDIAKAH MALAYSIA?




Memasuki tahun 2020 diibaratkan seperti melangkah ke satu tahun yang tidak dipastikan keadaan sebenarnya. Jika sebelum-sebelum ini, kita boleh menjangkakan pelbagai kemajuan dan inisiatif dapat ditingkatkan, namun menjelang tahun yang amat dinantikan oleh rakyat Malaysia, segala-galanya nampak kelam.

Tahun hadapan, boleh dikatakan cukup penting buat negara kerana pada tahun 2020, Malaysia dijangka bakal menganjurkan persidangan Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC). Sebelum ini, persidangan yang dijadualkan berlangsung di Chile terpaksa di batalkan kerana berlaku ketidak tentuan politik di negara berkenaan dan Malaysia di pilih menganjurkannya pada bulan November tahun hadapan bagi menggantikan Chile.

Persoalannya, bersediakah Malaysia menganjurkan persidangan yang menghimpunkan negara-negara yang ekonominya begitu pesat membangun? Adakah Malaysia sudah cukup stabil bagi memastikan insiden pengguguran Chile selaku tuan rumah persidangan antarabangsa ini tidak berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah negara?

Harus diakui, Malaysia pernah menganjurkan pelbagai persidangan antarabangsa seperti OIC, CHOGM, NAM dan sebagainya. Kesemua persidangan ini dilangsungkan dalam keadaan yang cukup aman dan teratur tanpa ada insiden yang memalukan negara.

Namun keadaan semasa negara menampakkan sesuatu yng diluar jangka. Secara amnya, kerajaan Malaysia secara zahirnya nampak teratur dan tersusun. Namun jika kita lihat secara mendalam, banyak ketidak tentuan politik dan pentadbiran berlaku sehingga adakalanya menimbulkan kecelaruan politik yang cukup serius.

Manakan tidak, di blok kerajaan sendiri sudah mempunyai dua kem yang mana Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai blok-blok masing-masing. Malah, banyak kenyataan mengenai dasar kerajaan dan dasar ekonomi negara juga dilihat bercanggah antara satu sama lain.

Tidak cukup dengan itu, walaupun Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan namun dalam aspek pengurusan akenomi negara hari ini boleh disifatkan sebagai gagal. Ekonomi negara sedang berada pada fasa menguncup. Timbul pula persoalan, adakah layak Malaysia menganjurkan APEC 2020 bagi menggantikan Chile?

Untuk rekod, antara punca Santiago, Chile digugurkan dari menjadi tuan rumah persidangan ini adalah berlaku ketidak stabilan politik di negara berkenaan. Malah, hasil daripada ketidak tentuan ini telah menyebabkan ekonomi Chile sendiri berada pada fasa yang membimbangkan.

Walaupun secara amnya Malaysia dilihat bersedia menganjurkan persidangan yang tema "Mengoptimumkan potensi insan kearah masa depan perkongsian kemakmuran", namun dari apa yang dipaparkan oleh pentabiran Malaysia itu sendiri, ianya jelas berlawanan dengan tema yang cuba diketengahkan oleh negara.

Persoalannya, adakah Malaysia sudah cukup bersedia menganjurkan persidangan kuasa-kuasa ekonomi Asia Pasifik kali ini? Untuk berlaku adil, segala kemelut dalaman kerajaan mungkin boleh di tutup atau diselesaikan pada peringkat dasr. Namun usah dilupa, sebuah gunung berapi hanya akan meletup setelah dasar gunung berkenaan tidak mampu menahan letupan larva dari dasar gunung itu sendiri.


TAHUN 2020 DARI NEGARA MAJU KEPADA NEGARA KUCAR KACIR



Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut tahun 2020. tahun yang mana amat dinanti-nantikan oleh rakyat di negara ini. Manakan tidak, bagi generasi X, sejak di bangku sekolah lagi, kita dimomokkan dengan imej Negara Maju. Malah, imej kereta dan keretapi terbang juga kerap dibayangkan oleh generasi ini.

Sebenarnya, Wawasan 2020 ini diasaskan pada Rancangan Malaysia Ke Enam yang menyasarkan Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Ianya diasaskan oleh Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri (Tun) Mahathir Mohamad dan ianya telah tersemat rapi di setiap benak dan sanubari setiap seorang rakyat Malaysia.

Segalanya nampak lancar dan tersusun walaupun negara berhadapan dengan tiga kali kemelesetan ekonomi global dan beberapa insiden kekacauan politik. Tun M sendiri telah merangka pelan pembangunan strategik jangka panjang bagi merealisasikan impian ini.

Langkah yang sama turut diambil oleh pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ianya semakin pesat dilaksanakan semasa era pentadbiran Datuk Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak. Malah, semasa era kemuncak pentadbiran beliau, KDNK negara diunjurkan pada 5.2% hingga 5.5% menjelang pertengahan tahun 2019.

Namun, manusia hanya merancang tetapi tuhan menentukannya. Sebaik sahaja Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, segala-galanya nampak kelam. Daripada sebuah pengurusan ekonomi yang mendapat pengiktirafan kelas A oleh beberapa badan pemerhati ekonomi dunia, hari ini Malaysia telah mengambil 2 hingga 3 langkah kebelakang.

Malah, KDNK negara yang pernah diunjurkan pada tahap terbaik, hari ini telah kurang 1 mata. Ianya bersandar kepada laporan tahunan Bank Negara Malaysia yang menjangkakan KDNK negara berada sekitar 4.5% menjelang suku pertama tahun hadapan.

Malah, prestasi Ringgit, pendapatan per kapita rakyat dan graf ekonomi semasa Malaysia juga menunjukkan penurunan yang agak drastik. Ini bukanlah satu petanda baik buat negara di saat kita sedang berusaha membina sebuah negara yang maju dan makmur.

Mari kita lihat satu contoh jelas bagaimana kekacauan politik telah mengganggu gugat perancangan jangka panjang ekonomi sesebuah negara. Negara yang dimaksudkan adalah Libya yang pernah ditadbir oleh Allahyarham Muamar Gaddafi satu ketika dahulu.

Tidak seperti jiran tetangganya yang lain, Libya merupakan sebuah negara Utara Afrika yang sedang menikmati perkembangan ekonomi yang positif setelah Gaddafi sendiri mengubah dasar tutup pintu negara berkenaan.

Setiap seorang rakyatnya menerima laba hasil daripada kekayaan negara itu sendiri. Akan tetapi, kehancuran Libya bermula setelah rakyatnya sendiri enggan bersyukur dengan nikmat yang diperolehi. Mereka termakan hasutan dan fitnah yang mendakwa Gaddafi berpoya-poya dengan wang negara sehingga menyaksikan mereka bangkit memberontak.

Pemberotakan mereka ini mungkin boleh dikaitkan dengan Arab Spring yang pada ketika itu menyaksikan Tunisa dan Syria terjebak dalam kekacauan yang cukup panjang. Akan tetapi, pemberontakan rakyat Libya itu sendiri telah menyaksikan struktur ekonomi yang kukuh telah dihancurkan.

Malah, hampir seluruh negara juga lumpuh serta hancur akibat tangan-tangan rakyatnya sendiri. Akhirnya, Libya sebuah negara paling pesat membangun di Utara Afrika, hancur menyembah bumi. Hari ini, rakyatnya sendiri amat menyesali perbuatan mereka dan ada yang menyatakan, tidak akan mungkin mereka dapat menyaksikan semula Libya diera Allahyarham Muamar Gaddafi.

Bukankah situasi yang berlaku di Libya ini hampir sama dengan apa yang berlaku di negara ini? Cuma yang membezakan adalah, belum ada rakyat Malaysia yang bangkit di jalanan dan memberontak secara kasar bagi menumbangkan rejim Pakatan Harapan hari ini.

Angan-angan dan impian rakyat untuk menikmati kemajuan dan kemakmuran ekonomi menjelang 2020 nampaknya hanya tinggal angan-angan yang tidak berkesudahan. Negara hari ini sedang berada pada tahap yang amat membimbangkan samada dari segi pembangunan ekonomi mahupun kemakmuran masyarakat.

Tidak keterlaluan kiranya andai menyatakan, kerajaan hari ini perlu melakukan sesuatu yang cukup drastik dan melupakan pelbagai kerenah politik yang amat memualkan rakyat. Tidak kiralah apa jua latar belakang politik dalaman Pakatan Harapan, negara ini perlu kembali kelandasan sebenar ekonomi kerana rakyat amat mengharapkan kekuatan ekonomi sebelum ini dapat dipulihkan pada kadar segera.

Hanya berbaki kira-kira 15 hari sahaja lagi menjelang 2020, lakukanlah sesuatu yang mampu mengembalikan maruah negara di persada antarabangsa. Cara berpolitik kuno dan sentiasa berpolitik tidak kira waktu ternyata telah menjahanamkan potensi negara dan sekaligus menyebabkan kehidupan rakyat semakin sengsara.


Monday, 14 October 2019

LTTE : PEJUANG ATAU PENGGANAS?



Secara tiba tiba, sebuah kumpulan yang telah diharamkan kemasukannya di 33 buah negara dunia menjadi sebutan hangat di negara ini. Ini berikutan tindakan tegas Unit Pencegahan Pengganas, Cawangan Khas, Polis DiRaja Malaysia menahan 2 orang ADUN DAP dan beberapa orang lagi yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan LTTE.

Berikutan penahanan ini, ramai dikalangan pemimpin DAP dilihat seperti sengaja menunjukkan kuasa yang ada pada mereka dengan mengkritik tindakan PDRM yang menahan semua suspek LTTE ini di bawah akta SOSMA. Malah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy dilihat antara individu yang paling lantang dalam mengkritik tindakan PDRM ini.

Bukan ini yang mahu diperkatakan. Apa yang ingin diulas adalah, tahukah kita siapa sebenarnya LTTE yang digelar Harimau Tamil Eelam ini? Siapakah pengasas dan kenapa pergerakan ini telah disenarai hitamkan oleh 33 buah negara seperti Amerika Syarikat, Britain, German dan termasuk Malaysia?

Hijau _Kawasan Majoriti kaum Tamil
Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada asalnya ditubuhkan atas kemahuan membela nasib kaum Tamil di Utara dan Timur Sri Lanka. Dengan majoriti seramai 23 juta orang, Sri Lanka didiami oleh dua kaum iaitu Singhala yang menjadi penduduk majoriti dan Tamil penduduk minoriti. Justeru, kenapa kumpulan ini dianggap pengganas?

Secara amnya, LTTE ditubuhkan oleh Velupillai Prabhakaran pada 1975. Antara punca penubuhan pasukan ini adalah kerana ingin membela nasib minoriti Tamil yang kebanyakannya mendiami kawasan Utara dan Timur Sri Lanka terhadap peminggiran kuasa dan apa yang dipanggil sebagai pemerintahan kuku besi oleh kaum Singhala.

Kumpulan ini akhirnya memilih gerakan pemisah sebagai corak perjuangan mereka. Dalam satu tuntutan awal, Prabhakaran menuntut Sri Lanka membebaskan kawasan Utara dan Timur Sri Lanka untuk merdeka. Seperti biasa, permintaan ini pantas ditolak Colombo yang menyifatkan segala tuduhan LTTE ini sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.

Ditambah pula dengan keengganan LTTE untuk duduk di meja rundingan, akhirnya tuntutan ini telah meletuskan perang saudara di Sri Lanka bermula dari 1983 sehingga 1996 sehingga mengakibatkan kira-kira lebih sejuta orang terbunuh manakala jutaan lagi menjadi pelarian.

Sebenarnya, sebelum meletusnya perang saudara ini, LTTE telah mula melancarkan siri pengeboman di beberapa lokasi strategik. Malah, jika ISIS atau Al Qaeda di tuduh melakukan pengeboman berani mati, LTTE adalah gerakan pemisah dan pengganas antara pertama di dunia yang menjalankan cara pengeboman berani mati di dunia ini.

Buktinya LTTE mempunyai skuad pengebom bunuh diri yang menyasarkan kepentingan kerajaan termasuk para pemimpin Sri Lanka sendiri. Usah terkejut jika skuad ini sanggup menggunakan helikopter dan kapal terbang sebagai sasaran pengembom bunuh diri.

Tidak kurang juga, kekuatan LTTE ini turut menyasarkan kedudukan di perairan Sri Lanka kerana LTTE sendiri mempunyai skuad di lautan yang dipanggil Sea Tigers. Skuad ini juga adalah skuad pengebom bunuh diri yang mempunyai deretan bot bot tempur yang telah merekodkan lebih 30 buah bot tempur milik kerajaan hancur di tengah lautan.

Bagaimanakah mereka memperolehi senjata serta dana untuk bergerak sebagai militan? Menurut rekod, kumpulan pemisah ini membiayai pergerakan mereka menerusi penyeludupan dadah, perdagangan manusia, kegiatan mengklon kad kredit dan pengedaran cakera padat digital (DVD) Tamil di seberang laut.

Malah, operasi mereka juga banyak disumbangkan oleh penyumbang Tamil yang berada di luar negara yang telah menjadi pelarian semasa era Perang Saudara Sri Lanka.

Ini dibuktikan pada 2009 apabila Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka, Setiausaha Hal Ehwal Luar Sri Lanka, Dr Palitha T. B. Kohona menyatakan LTTE mendapatkan dana dari rakyat Malaysia dan senjata dari sempadan Malaysia - Thailand.

Menurut kenyataan itu lagi, seorang lelaki Tamil Sri Lanka yang dikenali sebagai K.T. Pathmanathan, mengumpul senjata bagi LTTE dan senjata yang dibelinya dimuatkan ke dalam kapal di Asia Tenggara untuk dihantar ke Sri Lanka.

Suspek juga sering ke Malaysia dan Selatan Thailand beberapa kali dengan menggunakan pelbagai nama samaran. Mereka mudah bolos kerana raut wajah yang serupa.

Justeru, bukan satu perkara yang mengejutkan apabila 33 buah negara telah menyenarai hitamkan LTTE sebagai kumpulan pengganas yang mana segala aktiviti menyumbang dana dan sebarang bentuk sokongan di sekat sepenuhnya.

Walaupun pada 2009 hingga 2011 ketegangan yang berlaku di Sri Lanka akhirnya reda setelah perjanjian gencatan senjata telah di persetujui, namun ancaman LTTE terhadap Sri Lanka dan sekitarnya masih belum reda. Sehingga hari ini, belum ada sebarang rekod menunjukkan LTTE telah bersetuju untuk tidak lagi meneruskan tuntutan mereka di Utara dan Timur Sri Lanka.

Jika kita lihat dan mengkaji pergerakan LTTE hari ini, corak perjuangan mereka tidak lagi menjurus kepada perperangan terbuka. Sebaliknya, LTTE dilihat cuba mengumpul seberapa banyak dana untuk membina semula kekuatan kumpulan ini dalam meneruskan perjuangan mereka yang tergendala.

Ini termasuklah meminta sumbangan dana dari mana-mana pihak yang bersimpati, deretan imigran Tamil yang berselerakan di luar negara, penyeludupan dan macam-macam lagi. Pendek kata, LTTE tidak pernah berkubur dan sentiasa berusaha untuk kembali bangkit dalam perjuangan mereka.

Persoalannya, adakah Malaysia terbabit sama? Untuk soalan ini, secara personal penulis menjangkakan, semuanya mungkin berlaku. Manakan tidak, gerakan ISIS dan Al Qaeda juga boleh mengheret sebilangan kecil rakyat negara ini, apatah lagi gerakan pemisah yang sehingga hari ini masih belum dikuburkan sepenuhnya oleh pemerintah Sri Lanka.

Tuesday, 16 July 2019

Istimewanya Wan Ji Pada Mata Anwar Ibrahim...



Jika anda seorang aktivis politik, nama penceramah, Wan Ji Wan Hussin mungkin tidak asing lagi. Manakan tidak, kelantangan dan kelancangannya dalam menyuarakan sesuatu isu tidak boleh disangkal lagi.

Jika sebelum ini namanya agak tenggelam sebaik sahaja Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan, secara tiba tiba namanya kembali diperkatakan. Semuanya gara gara kelantangannya mengkritik dan menghentam Sultan Selangor.

Akibat perbuatannya, pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara setahun keatasnya. Namun, bukan itu yang mahu diulas. Apa yang ingin diulas adalah istimewanya nama Wan Ji ini pada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Sebaik sahaja dia disumbatkan kedalam penjara, kira kira 30 orang aktivis yang tidak tahu datangnya dari mana berhimpun di hadapan penjara bagi menuntut pembebasan Wan Ji.

Keesokan harinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup "mencemar duli" menghadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menuntut pembebasan Wan Ji. Alasan yang diberikan mudah, hukuman yang diterima Wan Ji dirasakan begitu berat.

Pada hari yang sama, Lim Kit Siang juga mengeluarkan kenyataan yang hampir sama dengan Datuk Seri Anwar. Beliau turut mempersoalkan, apa perlunya Wan Ji menjalani hukuman penjara sehingga setahun sedangkan kesalahannya tidaklah seberat mana.

Sehari kemudian, Wan Ji dibebaskan dari penjara setelah pihak mahkamah bersetuju untuk menerima permohonan penangguhan hukuman yang diterimanya.

Tidak lama kemudian, Lim Kit Siang sekali lagi mengeluarkan kenyataan. Kali ini beliau mendesak semua pihak samada dari pihak mahkamah mahupun semua Ahli Parlimen mereka memahami Manifesto Pakatan Harapan sebelum mengambil apa apa tindakan.

Persoalannya, sejak bila manifesto Pakatan Harapan ini berjaya menggantikan Perlembagaan Negara yang telah diguna pakai sejak hari pertama negara mengecapi kemerdekaan?

Malah, sehingga kini, Datuk Seri Anwar dan Lim Kit Siang kekal komited mempertahankan Wan Ji sehingga wujud kata kata belakang dari rakyat yang menyatakan, Wan Ji tidak akan kepenjara lagi selepas ini.

Malah, dakwaan Wan Ji kononnya dipukul oleh seorang warden yang dirasakannya sebagai pengikut PAS juga pantas mendapat perhatian pasangan Anwar-Kit Siang. Istimewa sungguh Wan Ji pada mata mereka berdua? Apakah sebabnya?

Untuk persoalan ini, mungkin inilah jawapan yang dirasakan paling relevan. Umum sedia maklum bahawa gerakan Datuk Seri Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kelapan mendapat sokongan penuh dari DAP.

Secara amnya, pegangan asas DAP adalah mudah untuk mewujudkan sebuah negara berasaskan Republik dan membuang semua identiti bangsa supaya wujud Malaysia Raya. Ianya selaras dengan Deklarasi Setapak yang mahu mewujudkan Malaysia Malaysian di bumi bertuah ini.

Justeru, untuk mencapai cita cita ini, sebarang halangan perlu dihapuskan. Halangan yang dimaksudkan adalah halangan dari sudut Perlembagaan serta kuasa Raja Raja Melayu. Justeru, apa yang dilakukan Wan Ji ini dilihat DAP sebagai satu tindakan terpuji dalam usaha mereka membentuk Malaysia Malaysian.

Oleh kerana Anwar kini mendapat dokongan dari DAP, sudah semestinyalah, dia turut akan senada dengan parti yang mendokong kemahuannya untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.

Sebenarnya, Wan Ji Wan Hussin ini bukanlah siapa siapa pun. Dia hanyalah seorang penceramah atau lebih tepat lagi sebagai pengarut. Namun disebabkan keberamiannya menghentam Istana Selangor, dia cuba diangkat sebagai ikon fahaman Republik oleh DAP mahupun "jurucakap" mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Andai mereka menafikan kononnya tindakan mereka ini sebagai membela Wan Ji dan membawa idealogi Republik dan Malaysia Malaysian, adalah wajar buat mereka berdua tidak mencampuri urusan undang undang.

Wan Ji telahpun dijatuhi hukuman penjara dan biarlah undang undang menentukan samada dia benar benar bersalah ataupun tidak. Rakyat di Parlimen Port Dickson dan Parlimen Iskamdar Puteri amat memerlukan pembelaan Ahli Parlimen mereka. Dan Wan Ji bukanlah satu satunya rakyat yang memerlukan pembelaan.

Takkan Mahu Ajar Usain Bolt Berlari?



Tidak semena mena sidang Dewan Rakyat kelmarin digegarkan dengan pengumuman hasil siasatan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) yang mengesahkan wang pulangan GST sebanyak RM 19.4 bilion tidak hilang.

Semasa sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa kutipan wang GST yang belum dituntut didapati hilang dan beliau sendiri tidak dapat mengesahkan kemana wang berkenaan dibelanjakan.

Namun, selepas sidang Dewan Rakyat, Lim Guan Eng dan beberapa orang menteri kabinet termasuk Perdana Menteri sekali mendakwa, wang RM 19.4bilion berkenaan mungkin telah dibelanjakan oleh kerajaan BN termasuk telah digunakan oleh Datuk Seri Haji Mohd Najib sendiri.

Semakin kerap Datuk Seri Haji Mohd Najib menafikan, selagi itulah mereka menyebarkan dakyah dan fitnah palsu sebegini hanya untuk menanam kebencian terhadap beliau.

Apa yg melucukan adalah, sebaik wang berkenaan disahkan tidak hilang oleh PAC, tidak semena mena Lim Guan Eng terkedu dan diam seribu bahasa. Hanya Peguam Negara, Tommy Thomas sahaja yang mengeluarkan kenyataan yang masih menyalahkan kerajaan BN sebelum ini.

Dakwanya, keputusan kerajaan BN untuk memasukkan wang berkenaan kedalam Akaun Hasil Disatukan dan bukannyakedalam akaun Kumpulan Wang Bayaran Balik GST sebagai satu kesalahan.

Namun, kenyataan ini pantas disanggah oleh Pengerusi PAC, Datuk Dr Noraini Ahmad yang menyatakan tidak ada sebarang kesalahan dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini apabila memasukkan lebihan kutipan GST berkenaan ke Akaun Hasil Disatukan.

Katanya, selepas semakan hasil wang berkenaan, setelah disahkan sebagai wang kutipan GST, barulah ianya di masukkan semula ke Kumpulan Wang Bayaran Balik GST.

Dari kenyataan  ini sahlah bahawa amaun RM 19.4 bilion yang sebelum ini didakwa Lim Guan Eng sebagai telah dirompak, nampaknya langsung tidak hilang. Ianya masih tersimpan di dalam Akaun Hasil Disatukan cuma tidak sempat di masukkan kedalam Kumpulan Wang Bayaran Balik GST.

Lebih melucukan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan semalam mempersoalkan, andai wang berkenaan tidak hilang, tunjukkan di mana wang berkenaan berada.

Agak menghairankan, bagaimana seorang Perdana Menteri yang mempunyai "ultimate power" dalam semua kementerian boleh bertanyakan soalan sedemikian. Ianya seolah olah cuba mengajar pemegang rekod 100 meter dunia, Usain Bolt berlari.

Sebagai seorang Perdana Menteri yang sudah dua kali menjawat jawatan berkenaan, sepatutnya beliau bertanyakan soalan ini kepada Lim Guan Eng serta pegawai kesayangannya, Tony Pua.

Kerana merekalah hari ini yang menjaga Kementerian Kewangan. Mana mungkin wang kutipan GST ini dijaga dan diselenggara oleh Kementerian Pertanian atau Kementerian Pengangkutan.

Sudah semestinyalah segala aliran wang masuk, tersimpan dan keluar berada pada pengetahuan Guan Eng dan Tony Pua. Andai bertanyakan kepada PAC, tugas mereka hanyalah menyiasat seperti yang di mandatkan oleh Parlimen.

Mereka tidak ada kuasa untuk memegang hasil wang berkenaan kerana diulang sekali lagi, tugas mereka hanya menyiasat. Malah, di dalam PAC sendiri turut terdapat ahli daripada blok kerajaan. Kenapa Tun tidak mahu bertajya terus kepada mereka?

Seumpama bertanyakan perkara ghaib, benarkah syurga dan neraka itu wujud. Mana mungkin mahu dibawakan syurga dan neraka kehadapan kita?

Nampaknya selepas terkantoi penipuan mereka terhadap hutang negara, kali ini penipuan mereka terhadap hasil kutipan GST pula telah dikantoikan besar besaran. Persoalannya kini, adakah Lim Guan Eng dibiarkan bebas atas alasan beliau mempunyai imuniti sebagai Ahli Parlimen?

Impak penipuannya bukan sedikit. Melalui kenyataannya yang mendakwa wang GST berkenaan hilang menyebabkan keyakinan pelabur hilang. Disebabkan kenyataannyalah dijadilan lesen untuk menjarah wang Petronas yang kononnya membayar pelbagai tuntutan melibatkan GST.

Apa tindakan pihak Peguam Negara dan pihak berkuasa terhadap penyebar fitnah seumpama ini? Ini bukan berkisar kepada politik semata mata. Ini berkisar kepada keadaan semasa ekonomi Malaysia yang semakin hari semakin tenat dibawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Monday, 15 July 2019

Kerajaan PH Mengundang Kemarahan Antarabangsa?



Tidak dapat dinafikan, sejak dari dahulu lagi, kepimpinan negara ini sentiasa mengamalkan sikap saling hormat menghormati sesama jiran tetangga. Malah, Malaysia amat dikenali sebagai negara yang mengamalkan sikap sederhana dalam segenap aspek hubungan antarabangsa.

Paling utama, ketegasan Malaysia dalam hal ehwal perundangan melibatkan samada rakyatnya mahupun rakyat asing yang menetap di negara ini cukup mendapat perhatian dan pujian dunia. Namun, semua ini nampaknya sedikit demi sedikit sudah mula berubah di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Bukan sekali, malah berkali kali kerajaan Malaysia yang baru ini seolah olah sengaja mencari alasan menimbulkan ketegangan dengan negara yang dahulunya sekutu rapat dan jiran terbaik Malaysia. Apa yang diperhatikan, perkembangan ini jelas tidak sihat buat masa depan dan hubungan diplomatik antarabangsa.

Mari kita selusuri beberapa kes yang dilihat sebagai ketidak cekapan Malaysia dalam menguruskan hubungan diplomatik antarabangsa. Semuanya bermula sebaik Pakatan Harapan dibentuk pada September 2016. Mereka begitu giat memfitnah China kononnya telah menjajah negara dengan memiliki beberapa projek pembangunan negara seperti ECRL, HSR, Forest City dan macam macam lagi.

Sebaik berjaya membentuk kerajaan, bukan satu perkara yang menghairankan apabila China dilihat dingin dengan Malaysia. Sehinggakan China sanggup mengalihkan pelaburannya kepada Indonesia termasuk membeli dalam skala besar hasil kelapa sawit negara berkenaan. Akibatnya, industri sawit negara mengalami kemorosotan teruk hasil fitnah ciptaan mereka sendiri.

Begitu juga dengan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi yang pada satu ketika dahulu merupakan rakan paling akrab. Semuanya hancur sebaik sahaja Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memilih untuk memanggil pulang pasukan tentera Malaysia yang sebelum ini berkhidmat di sana. Arab Saudi jelas tersinggung dengan keputusan ini sehingga boleh dikatakan, tidak ada lagi rombongan keluarga DiRaja Arab Saudi datang membuat lawatan kedalam negara ini.

Tidak ketinggalan, Malaysia juga sengaja memilih jalan sukar untuk memperbaiki hubungan dengan China apabila kes pembunuhan paling berprofil tinggi, Kim Jong Nam dibiarkan seolah olah tidak ada kata putus. Malah, suspek pembunuhan berkenaan juga diberitakan telah dibebaskan dan kes berkenaan tergantung begitu sahaja.

Umum sedia maklum, Korea Utara merupakan negara yang dinaungi oleh China dengan Jong Nam merupakan individu yang sentiasa mendapat perhatian dan perlindungan dari kerajaan China. Dengan keputusan sebegini, dapatlah dibayangkan bagaimana hubungan diplomatik negara dengan China kini berada.

Di pihak jiran pula, Indonesia dilihat sudah dua kali "terluka" dengan keputusan pihak berkuasa Malaysia. Luka pertama muncul apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuat keputusan untuk menggugurkan kes penderaan dan pembunuhan seorang pembantu rumah, Adelina Lisao atas alasan tertuduh mempunyai masalah kesihatan.

Keputusan ini jelas mengundang kemarahan Indonesia sehingga menuntut penjelasan Malaysia berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini. Sehingga kini, keputusan mahkamah berkenaan masih kekal dan apa reaksi balas Malaysia terhadap bantahan Indonesia ini masih belum diketahui dengan jelas.

Luka kedua pula berlaku baru baru ini apabila Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong dituduh merogol pembantu rumahnya sendiri. Kes ini jelas mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang ingin mengetahui, sejauh mana undang undang dapat ditegakkan apabila melibatkan mana mana pemimpin DAP.

Seperti dijangkakan, Paul Yong dibebaskan setelah keterangannya di ambil. Apa yang menariknya, Konsulat Indonesia di Malaysia jelas kurang senang dengan apa yang berlaku berhubung kes ini. Menerusi kenyataannya kelmarin, beliau secara terbuka menyatakan, pihak Konsulat dan kerajaan Indonesia memantau dengan rapi kes berkenaan.

Disini dapat kita lihat beberapa rentetan kisah yang menampakkan Malaysia gagal dalam menguruskan hubungan diplomatik antarabangsanya. Sudahlah hubungan erat Malaysia dengan China, Arab Saudi dan Amerika Syarikat kini semakin renggang, hubungan sesama jiran tetangga juga sudah tidak lagi menjadi keutamaan.

Adakah kerajaan Pakatan Harapan hari ini sudah merasakan Malaysia mampu berdiri atas kaki sendiri tanpa ada bantuan dan hubungan erat antarabangsa? Jika ini yang difikirkan, percayalah, Malaysia bukan mengambil selangkah kebelakang. Sebaliknya, Malaysia mengambil langkah yang cukup jauh kebelakang.

Lihat sahaja bagaimana sengsaranya Korea Utara yang dipulaukan oleh masyarakat antarabangsa akibat sikap ego tidak bertempat mereka. Adakah Malaysia mahu mengikut jejak langkah Korea Utara dalam hal ini?





Monday, 27 May 2019

Apa Fungsi Sebenar Majlis Penasihat Kerajaan?



Pada 12 Mei 2018, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan satu Majlis Penasihat Kerajaan yang fungsinya adalah untuk melicinkan pentadbiran kerajaan dengan memberikan nasihat yang difikirkan perlu. Di samping itu, majlis berkenaan juga turut berfungsi dalam mengurus tadbir serta mempertingkatkan ekonomi negara.

Majlis ini dianggotai oleh Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok, Ahli Ekonomi, Dr JomoKwame Sundaram dan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican.

Melihat kepada senarai nama berkenaan, sudah tentu, kita menjangkakan hasil nasihat serta kepakaran mereka mampu untuk memberikan nasihat yang bernas serta melonjakkan ekonomi Malaysia ketahap yang lebih baik dari sebelumnya. Namun, selepas 11 bulan ditubuhkan, bolehlah dikatakan dalam bahasa kasarnya, kesemua mereka ini hanya makan gaji buta.

Sepanjang 11 bulan ini, boleh dikatakan, tidak ada satu pun nasihat mereka didengari oleh kerajaan. Sebagai contoh, Tun Daim pernah memberikan nasihat untuk berhenti dari terus menyalahkan kerajaan BN sebelum ini. Namun, dalam setiap sidang media, baik Perdana Menteri mahupun menteri kabinet, cara paling mudah untuk melepaskan diri adalah dengan menyalahkan BN.

Satu lagi kenyataan yang sehingga kini menjadi tandatanya adalah, aa sudah jadi dengan kenyataan Tan Sri Zeti yang menyatakan, permansuhan tol di seluruh Malaysia akan diumumkan pada minggu hadapan. Pengumuman dan kenyataan ini dibuat pada 17 Mei 2018 dan sehingga kini, sudah berpuluh kali minggu hadapan, bayang dia pun ghaib entah kemana.

Menyentuh mengenai ekonomi, kelima-lima mereka boleh diiktiraf sebagai pakar dalam bidang ekonomi. Namun, apa yang disaksikan sepanjang 11 bulan ini, ekonomi Malaysia jatuh merudum. Ringgit mengalami penurunan. Indeks KLSE turut mengalami kejatuhan paling memalukan dalam tempoh 20 tahun. Hutang Negara terus meningkat dan kedudukan KDNK serta kadar inflasi menampakkan Malaysia sedang menuju kehancuran.

Khidmat nasihat apa yang diberikan sehingga Ringgit sudah mencecah RM 4.20 untuk 1USD? Kepakaran ekonomi apa sehingga indeks KLSE mengalami kejatuhan berterusan sehingga mengakibatkan kerugian RM 2.85 bilion dalam tempoh setahun? Kehebatan apakah yang ditampilkan sehingga kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia hanya sekitar 4.5 peratus berbanding 5.5 peratus yang diunjurkan oleh Bank Dunia semasa BN memerintah?

Bukankah perkembangan semasa Malaysia ini menampakkan kelima-lima mereka ini hanya makan gaji buta dan sebenarnya mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya fungsi mereka? Jika nasihat pun kerajaan tidak mahu ikut, kepakaran ekonomi mereka pun dipersenda oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, rasanya kelima-lima mereka ini lebih baik hilang sahaja dari radar pentadbiran kerajaan.

Tiada guna memegang title Badan Penasihat Kerajaan dan Ekonomi Negara jika apa yang mereka buat langsung tidak dipedulikan. Rakyat tetap memerhati dengan penuh minat, sehingga bila mereka semua ini mahu kekal menjadi "badut-badut" kerajaan kononnya menerima pakai apa sahaja nasihat yang diberikan oleh mereka.

Dalam bahasa kasarnya, berhentilah makan gaji buta kerana rasanya, pakcik makcik luar bandar yang duduk melepak di kedai kopi di pekan-pekan atau di simpang-simpang kampung pun boleh memberi pendapat bernas mereka mengenai ekonomi semasa Malaysia yang semakin hari semakin menuju kearah gaung.

Andai Adib Boleh Bangun Semula...


Sejujurnya, tidak pernah pihak editor mengira, sudah hari keberapa inkues kematian Allahyarham Adib sudah berlangsung. Bukan mahu mempersoalkan sesi inkues yang sedang berlangsung, tetapi secara jujurnya, penubuhan inkues ini hanyalah membuang masa dan seolah-olah mahu mengalih perhatian rakyat yang ingin tahu apa sebenarnya berlaku pada malam kejadian di Kuil Seri Maha Mariamman.

Sejak dari awal lagi, pihak pembangkang mempersoalkan penubuhan inkues ini. Manakan tidak, beberapa hari selepas Allahyarham Adib di belasah dengan teruk, pihak PDRM telah berjaya memberkas 4 orang suspek yang dikatakan terlibat dalam kejadian berkenaan. Namun, beberapa hari kemudian, kesemua suspek di bebaskan dengan jaminan pihak polis.

Kemudian, apabila Allahyarham Adib sah meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang teruk, secara tiba-tiba Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan penubuhan inkues khas untuk menyiasat punca kematian Allahyarham Adib. Seperti dijangka, penubuhan inkues ini mendapat bantahan dari pembangkang dan majoriti rakyat Malaysia.

Masing-masing mula mempersoalkan, apa tujuan sebenar penubuhan inkues ini sedangkan 4 orang suspek yang ditahan sebelum ini, langsung tidak dipanggil. Malah keterangan saksi dan pakar perubatan mengenai kecederaan yang dialami oleh Allahyarham Adib juga agak meragukan.

Sehinggakan ada dua orang pakar yang menjadi saksi dalam inkues ini telah membuat laporan polis. Mereka mendakwa, terdapat beberapa individu telah memaksa mereka memberi keterangan yang bercanggah sama sekali dengan apa yang mereka sendiri saksikan.

Lebih teruk lagi, pihak Pasukan Bomba dan Penyelamat dan peguamnya, Syazlin Mansor telah menarik diri dari meneruskan inkues ini. Di katakan, penarikan diri Syazlin berpunca dari satu arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamaruddin.

Dalam satu ulasan yang dibuat Zuraidah sebentar tadi, dia memaklumkan bahawa, kehadiran Peguam Negara sudah cukup untuk membela pasukan Bomba dan Penyelamat. Namun, kenyataan ini pantas mengundang rasa tidak puas hati bagi keluarga Allahyarham Adib. Mereka mempersoalkan, kenapa perlu mengeluarkan arahan sedemikian sedangkan proses inkues masih berlangsung.

Inilah sandiwara yang sedang berlaku yang berselindung di sebalik istilah Rule of Law. Begitu banyak persoalan yang masih bermain di fikiran ramai orang yang mana tidak ada satu pun jawapan dapat diberikan.

Apa yang agak melucukan adalah, andai benar Allahyarham Adib mendapat kecederaan serius pada organ dalamannya akibat dilanggar oleh trak atau van EMERS milik Pasukan Bomba dan Penyelamat seperti yang didakwa oleh seorang pakar, kenapa pihak polis pantas menahan 4 orang suspek yang dikatakan membunuh Allahyarham Adib?

Pada ketika kita mungkin sedang bergembira mahu menyambut kehadiran 1 Syawal kali ini, setiap seorang anggota keluarga Allahyarham Adib masih belum mampu bangkit dari rasa kehilangan seorang anak yang amat bertanggungjawab. Mereka masih bersedih.

Ditambah pula dengan pembelaan kematian anak mereka masih menimbulkan tandatanya, adakah kematian Allahyarham Adib mendapat pembelaan sewajarnya? Adakah kelak, hasil daripada inkues ini, kesalahan diletakkan sepenuhnya kepada punggung van EMERS atau pintu van berkenaan?

Andai inilah jawapan kepada kematian individu yang tidak berdosa yang berada di salah tempat dan salah waktu berkenaan, usah terkejut andai rakyat akan menyatakan satu kenyataan yang amat pahit untuk ditelan oleh setiap seorang pemimpin Pakatan Harapan. Perkataan berkenaan adalah, "UNDANG-UNDANG TELAH MATI DI NEGARA INI".

Pada ketika dan saat inilah, ramai daripada kita terbayang, andai Allahyarham Adib mampu bangun semula dari persemadiannya, apa yang Allahyarham lakukan? Adakah Allahyarham akan tersenyum girang melihat cara mereka yang masih hidup ini memperjuangkan kematiannya?

Al Fatihah buatmu Allahyarham Muhammad Adib

Mazlan Aliman Wajib Bertanggungjawab Atas Penipuan Dan Penginayaan Kepada Warga Felda



Siapa yang masih ingat akan kata-kata, "sebaik Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke 14 ini, semua hutang para peneroka akan dihapuskan sama sekali. Malah, elaun sara hidup tuan-tuan dan puan-puan akan dinaikkan"? Bukankah ini ayat Mazlan Aliman, bekas Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Walaupun tidak keseleruhan warga peneroka Felda mempercayai kata-katanya, sebahagian yang memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk memeritah penggal inilah yang menyebabkan pelbagai kesengsaraan warga Felda yang selama 9 tahun berturut-turut di bawah pentadbiran Datuk Seri Haji Mohd Najib, kehidupan mereka amat tenang dan mewah.

Jika dahulu harga sawit boleh mencecah hingga RM 380 se tan metrik, hari ini untuk cecah angka RM 270 se tan matrik begitu susah. Di tambah bebanan hutang yang meningkat serta kos sara hidup yang semakin tinggi, apalah daya warga Felda meneruskan kehidupan seharian seperti biasa dengan hanya gaji tidak sampai RM 500?

Perkara ini seolah-olah langsung tidak diendahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Apa yang mereka tahu hanyalah menuduh Datuk Seri Mohd Najib menggunakan wang Felda untuk kelangsungan politik. Malah, Datuk Seri Azmin Ali sendiri seolah-olah lepas tangan apabila mendakwa, nasib peneroka hari ini disebabkan keborosan kerajaan BN sebelum ini.

Andai betullah kerajaan BN ini boros, ingin ditanyakan kepada Azmin dan semua menteri terlibat terutama Mazlan Aliman, bagaimana sejak 2009 hingga 2017, Datuk Seri Haji Mohd Najib dan kerajaan BN mampu membayar bonus tahunan serta menaikkan elaun sara hidup para peneroka Felda?

Bagaimana saban tahun sejak 2009 hingga 2017, kerajaan BN tidak pernah walau sekalipun tidak memasukkan insentif khas buat warga Felda dalam setiap pembentangan bajet tahunan? Paling utama, bagaimana kerajaan BN mampu lebih terbuka dalam menguruskan hutang warga Felda tanpa perlu menekan mereka membayar setiap bulan tanpa gagal?

Hari ini, hanya tinggal kira-kira 8 hari sahaja lagi Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang. Langsung tiada sebarang usaha mahupun inisiatif dari kerajaan memberikan sedikit saguhati buat para peneroka Felda. Malah, dalam satu sidang media hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka menyatakan tidak tahu menahu mengenai bonus atau insentif Hari Raya buat warga Felda.

Apakah, para peneroka ini bukan warga negara Malaysia sehingga mereka dilayan seperti ini? Mana perginya Mazlan Aliman, hero yang kononnya memperjuangkan nasib warga Felda sejak sekian lama? Kenapa hari ini menikus tidak mengaum seperti sebelum PRU 14?

Jika dahulu, kerajaan BN tidak perlu mendengar sebarang rayuan dari para peneroka Felda untuk membayar bonus dan insentif, hari ini, Mazlan Aliman, ANAK dan warga Felda sendiri terpaksa menjadi pengemis merayu untuk diberikan bonus tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri. Jelas sekali, mereka sudah merempat dan mengemis di atas tanah sendiri.

Untuk kesemua ini, hanya seorang manusia yang sepatutnya tampil bersekemuka dengan semua Warga Felda dan memohon maaf atas penipuannya selama ini. Orang berkenaan adalah Mazlan Aliman.

Sejak Bila Lim Kit Siang Berani?



Beberapa hari lalu, seperti yang dijangkakan, Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang telah menarik diri dari sesi debat yang di jangka bakal menemukannya dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Walaupun 24 jam sebelumnya, dia telah bersetuju termasuk memberi tajuk debat, memilih moderator dan tempat, namun, dia menarik diri atas alasan, enggan sesi debat berkenaan dijadikan modal menimbulkan sebarang ketegangan antara kaum di negara ini.

Maka gegak gempitalah seluruh Malaysia apabila Lim Kit Siang yang selama ini begitu "mengambil berat" tentang hal ehwal Datuk Seri Haji Mohd Najib sehingga digelar Menteri Hal Ehwal Najib (MENHEN), bertindak pengecut hanya dengan menggunakan alasan yang dikira amat klise dan modal melarikan diri.

Persoalannya, sejak bila MENHEN ini berani? Sejarah telah menunjukkan bahawa dia tidak pernah berani menonjol seorang diri sekiranya tidak ada sesiapa yang berada di belakangnya. Lihat sahaja bagaimana dia digelar bayang-bayang Lee Kuan Yew sewaktu bekas Presiden Singapura berkenaan berkempen untuk dirinya di serata Tanah Melayu.

Kemana sahaja Kuan Yew pergi, dia mesti ada. Sehinggalah Kuan Yew bertindak menarik Singapura keluar dari Malaysia, Kit Siang masih kekal membayangi Kuan Yew untuk survival politiknya.

Satu lagi contoh jelas yang menunjukkan Kit Siang tidak berani menonjol berseorangan adalah semasa tragedi 13 Mei 1969. Bermula kemenangannya di Kota Melaka pada 11 Mei, dia berarak di jalanan bersama-sama penyokong DAP yang setia dengannya. Apabila keadaan semakin tegang, dia hilang entah kemana. Siap bagi alasan ke Sabah lagi.

Semasa penubuhan Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, dia berselindung di belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apabila Pakatan Harapan ditubuhkan, dia sekali lagi bersembunyi di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad. Apabila rakyat menghentam, kedua-dua pemimpin Melayu ini yang akan kena tempiasnya dahulu, bukan dirinya.

Tidak cukup dengan itu, apabila rakyat di Gelang Patah bising mencarinya, dia hanya menghantar ADUN nya sahaja untuk meredakan keadaan. Dia sekali lagi ghaib entah kemana. Rakyat di Gelang Patah hanya boleh melihatnya di RTM menerusi sorotan Persidangan Parlimen. Itu pun jika dia hadir pada sidang berkenaan. Jika tidak, tatap sahajalah gambarnya.

Jadi, apabila Lim Kit Siang menarik diri dari sesi debat, ianya bukanlah satu perkara yang mengejutkan dan sememangnya sudah di jangka. Jika tidak, mana mungkin orang tua-tua kita dahulu telah memanggil dia sebagai pengecut sejak 1969 lagi. Episod kali ini hanya ulangan sahaja yang menunjukkan dia tidak pernah berani berhadapan dengan sebarang kenyataan dan kebenaran.

Wednesday, 22 May 2019

Masih Rindu Zaman Tun Lagi Ke?



Mungkin kita masih ingat lagi antara slogan yang kerap digunakan oleh para penyokong Pakatan Harapan termasuk segelintir mereka yang menyokong Barisan Nasional kononnya mahu memerli Tun Dr Mahathir Mohamad adalah hashtag Rindu Zaman Tun dari sebelum PRU 14 hingga selepas PRU 14.

Sehinggakan ada yang membuat perbandingan kehidupan sewaktu era Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat dahulu dengan era pentadbiran Datuk Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kata mereka, dahulu RM 50 boleh penuh satu troley. Malah, harga minyak petrol pun murah tidak seperti pada era sekarang.

Atas alasan gila inilah selain daripada termakan hasutan fitnah Pakatan Harapan, mereka meruntuhkan sebuah kerajaan yang selama ini membela nasib rakyat. Maka termakbullah hashtag Rindu Zaman Tun yang mana beliau kembali menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Setahun berlalu, jangan katakan RM 50 boleh penuh satu troley, harga runcit petrol pun tidak berganjak dari RM 2.08 seliter bagi RON95. Nasib lebih buruk buat pengguna RON97 apabila harga runcit minyak berkenaan sentiasa mencatatkan kenaikan. Jika turun pun dalam 1 sen hingga 3 sen. Selebihnya, naik yang agak tinggi.

Sebenarnya, mereka yang mengungkap Rindu Zaman Tun ini kebanyakannya masih dalam bentuk cecair dan tidak pernah dirancang pun untuk dilahirkan. Kesemua mereka ini masih berhingus sewaktu kegawatan ekonomi teruk melanda Malaysia sebanyak dua kali sekitar 1987/1988 dan 1997/1998. Kesemua mereka sedang sibuk menyusun tin, baling selipar, main pondok-pondok dan main guli. Paling hebat pun main perang-perang ala filem Combat.

Hari ini, disebabkan terpengaruh dengan dakyah kononnya beliaulah arkitek terhebat pembangunan Malaysia, segala kesenangan yang dikecapi sebelum ini semakin terhakis. Tidak dapat dinafikan, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri keempat, beliau mampu membangunkan negara. Tetapi perlu diingat, bukan dari kotak pemikiran beliau seorang sahaja mampu merubah landskap Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara perindustrian.

Keupayaan beliau membangunkan negara banyak dibantu oleh deretan menteri dan para pemikir yang rata-ratanya dahulu adalah penyokong kuat BN. Mereka inilah yang merangka pembangunan ekonomi negara yang mana tugas beliau sebagai Perdana Menteri adalah meluluskan dan mengarahkan bahagian-bahagian tertentu melaksanakannya.

Sebagai contoh, sewaktu kegawatan ekonomi teruk melanda negara sekitar 1997/1998, menurut buku Doktor In The House, beliau sendiri agak panik melihat serangan bertubi-tubi terhadap ekonomi dan matawang Malaysia. Pada ketika itu, beliau berada di Argentina dan telah mengadakan beberapa mesyuarat tertutup bagi membincangkan bagaimana mahu mengatasi masalah serangan matawang yang menyaksikan krisis ekonomi melanda negara.

Manurut buku berkenaan, tidak ada kata putus dapat di capai sehinggalah beliau terpaksa memanggil Tan Sri Nor Mohd Yakcop untuk terbang ke Argentina dalam tempoh 24 jam bagi mencari jalan menyelamatkan ekonomi Malaysia. Ini bukti jelas menunjukkan bahawa, beliau bukan seorang arkitek yang mampu membangunkan ekonomi Malaysia.

Tidak dinafikan, beliau adalah seorang yang cukup licik berpolitik sehingga pernah digelar "Top Dog" oleh Allahyarham Zainuddin Maidin satu ketika dahulu. Namun dari segi perlaksanaan pembangunan ekonomi, beliau bukanlah yang terbaik jika tidak dibantu oleh mereka yang mahir dalam mengurus tadbir pembangunan ekonomi negara.

Malangnya hari ini, kabinet Pakatan Harapan yang diketuainya dibarisi oleh mereka yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak tahu bekerja. Sepatutnya, beliau tidak perlu runsing untuk memutar belitkan keadaan ekonomi semasa Malaysia sekiranya Menteri Kewangan hari ini, Lim Guan Eng benar-benar mahi dalam mengendalikan ekonomi.

Namun, tidak ada walau satu pun yang mampu dibanggakan sepanjang Guan Eng menguasai Kementerian Kewangan. Mungkin baginya, sebaik sahaja punch card, kenyataan medianya wajib menyebut kononnya berlaku penyelewengan 1MDB, SRC International ataupun nama Datuk Seri Haji Mohd Najib. Jika tidak disebut sehari, maka tidak sahlah kerjanya.

Langsung tidak ada pembentangan keberkesanan ekonomi, pelan jangka panjang dan pendek ekonomi Malaysia, mengembalikan keyakinan pelabur asing dan memastikan kedudukan ekonomi Malaysia kembali kukuh.

Apa yang melucukan, baru-baru ini beliau ada mengumumkan kadar pelaburan asing (FDI) Malaysia meningkat dengan begtu baik. Hakikatnya, 60 peratus daripada peningkatan ini disumbangkan dari penjualan deretan aset milik kerajaan kepada pihak asing. Bukannya pelaburan baru asing seperti yang diutamakan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Jika diimbas sejenak, kedudukan ekonomi Malaysia mungkin bakal berhadapan dengan krisis yang teruk menjelang suku kedua atau ketiga tahun 2020. Malah, tidak keterlaluan untuk disebutkan, Malaysia mungkin mengikut jejak langkah Greece yang seluruh dunia ketahui sebagai sebuah negara yang muflis menjelang tahun 2023.

Semua ini mungkin berlaku sekiranya tidak ada tindakan drastik untuk mengubah landskap ekonomi Malaysia dari terus merudum. Tidak ada walau satu media pun berani melaporkan bahawa indeks KLSE mengalami kerugian berterusan mencecah angka RM 2.86 bilion. Kira-kira 585 ribu orang hari ini sedang menganggur dan kenaikan inflasi ekonomi semakin membimbangkan.

Inilah yang dinamakan Malaysia Baru. Masih ada lagi yang Rindu Zaman Tun lagi ke?

Nasib Melayu Sama Seperti Bangsa Scotland Era William Wallace


Acapkali kita cuba menafikan kebenaran yang telah ditunjukkan oleh sejarah. Dalam segenap aspek, sejarah sebenarnya telah mengajar kita akan sesuatu perkara yang kita sendiri tidak dapat jangka pada masa akan datang. Lihat sahaja beberapa contoh seperti pertelagahan Datuk Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat, kejatuhan Empayar Melaka dan sebagainya.

Kesemua liputan sejarah ini sebenarnya mempunyai signifkannya yang tersendiri. Sehinggakan, Allahyarham Tan Sri P Ramlee sendiri telah mengukir sesuatu yang tidak terjangkau di kotak fikiran manusia sezamannya. Seolah-olah Nostrademus, Allahyarham merangka sesebuah filem karyanya yang hari ini cukup relevan dengan apa yang berlaku pada tika dan saat ini.

Salah satu contoh sejarah yang boleh kita anggap hampir kena dengan nasib kaum Melayu di Malaysia hari ini adalah sejarah bagaimana penduduk di Edinburgh, Glasgow dan sekitarnya berada di bawah pentadbiran Edward "The Longshank" seperti mana yang tercatat dalam liputan sejarah mahupun telah difilemkan oleh Mel Gibson dalam filem bertajuk, Braveheart.

Sejak dari hari pertama Scotland diasaskan pada 43 hingga 410 masihi, Scotland tidak pernah mengecapi kemerdekaannya sendiri. Negara ini ditadbir oleh Empayar Rome yang mana negara ini dikenali sebagai negara Brittannia yang mengandungi England, Scotland, Ireland dan Wales yang membentuk United Kingdom pada hari ini.

Sehinggalah kebangkitan Andrew Moray dan Sir William Wallace, tidak pernah walau satu hari pun, mana-mana ketumbukan tentera Scotland mampu menumbangkan kekuatan tentera milik England. Apa yang mampu dilakukan oleh para pejuang kemerdekaan Scotland adalah, melancarkan serangan ala gerila yang memaksa England menubuhkan deretan kem kem di sepanjang tanah jajahan mereka di Scotland.

Pada ketika itu, rakyat Scotland tidak mampu untuk mengangkat muka. Hasil tanaman mereka dikenakan cukai yang tidak masuk akal. Apa sahaja harta yang mereka miliki perlu di kongsi dan ada diantaranya terpaksa diserahkan kepada Gebenor-Gabenor England yang berselerakan di tanah Scotland.

Sehinggakan, setiap seorang wanita Scotland yang berkahwin dengan mana-mana lelaki Scotland, perlu menyerahkan malam pertama mereka kepada Gabenor-Gabenor atau "Land Lord" England atas alasan, Scotland dipenuhi oleh bangsa Scotish yang pengotor, pencuri dan rebel. Dari segi kebudayaan, semuanya perlu mendapat kebenaran dari pihak Istana England terlebih dahulu.

Itu belum lagi menyentuh tentang penguasa Scotland yang diwarisi oleh keturunan The Bruce. Bayangkan, tanah asal milik Scotish, namun segala perkara perlu mendapat keizinan dari pihak yang menjajah. Malah, hak pribumi sendiri dinafikan oleh pemerintah England yang merasakan, Scotland adalah hak milik kelompok Di Raja England.

Sehinggalah kebangkitan Muray dan Wallace, barulah pihak penguasa England menyedari bahawa bangsa Scotish bukanlah satu bangsa yang boleh diinjak sesuka hati mereka. Namun, kebangkitan Wallace akhirnya ditamatkan dengan penuh tragis akibat pengkhianatan  dari bangsa Scotish itu sendiri.

Ini sejarah serba ringkas apa yang berlaku di Scotland diera pemberotakan Sir William Wallace terhadap England. Apa relevannya pemberontakan ini terhadap bangsa Melayu hari ini?

Sejak 10 Mei 2018, di saat ada diantara anak Melayu meraikan kekalahan UMNO dan BN di tangan Pakatan Harapan, tidak ramai yang menyedari bahawa survival bangsa Melayu itu sendiri sudah berada di dalam mulut Harimau. Ya, mereka mungkin gembira kerana mungkin Pakatan Harapan akan menunaikan janji dengan memansuhkan hutang PTPTN, GST, hutang warga Felda dan sebagainya.

Hari ini, setelah setahun memerintah, tidak ada walau satu janji pun mereka laksanakan, Apa yang ada hari ini adalah sedikit demi sedikit hak istimewa kaum Melayu Bumiputera cuba diragut. Dari segi penggunaan Bahasa Melayu, pendidikan, koata matikulasi, hak agama Islam di dalam perundangan, hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera sehinggalah kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu juga sedang giat diancam dan mahu dimusnahkan secara perlahan-lahan.

Lihat sahaja bagaimana Peguam Negara memanipulasikan maklumat mengenai Statute Rome yang boleh menyebabkan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong boleh dibicarakan dan dihukum andai melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang. Begitu juga dengan usaha mahu meratifikasikan ICERD yang boleh mengancam hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera.

Itu belum lagi mengambil kira beberapa tindakan biadab mereka yang dahulunya hanya diberikan taraf warganegara atas belas ehsan namun hari ini berlagak seperti tuan besar atas tanah orang lain. Sehingga ada beberapa kes, kesucian bulan Ramadhan itu sendiri telah menyebabkan mereka berasa kurang senang sehingga ada yang berani melakukan provokasi dengan melemparkan botol-botol arak di hadapan surau di Sri Pantai.

Adakah ini yang dinamakan Malaysia Baru? Adakah ini yang diidamkan oleh kelompok Melayu yang kononnya Melayu Urban yang mahu perubahan sehingga survival bangsa sendiri dipertaruhkan dan di pijak sesuka hati?

Ini bukan lagi berkisar kepada perkauman semata-mata. Selama lebih 60 tahun, Malaysia aman rukun bahagia dengan perkongsian kuasa antara sesama kaum. Namun, disebabkan ketamakan kuasa, ketaksuban kepada idealogi songsang pemimpin dan keinginan yang tidak masuk akal, nasib kaum Melayu dan Bumiputera hari ini mungkin akan menjadi nasib bangsa Scotish yang dijajah dan di jarah England dahulu.

Perlukah kaum Melayu melahirkan seorang Sir William Wallace yang baru? Rasanya tidak perlu. APa yang perlu dilakukan oleh bangsa Melayu dan Bumiputera adalah menjadi seperti pasukan pimpinan Sir William Wallace dan Andew Muray yang bersatu menentang beribu-ribu tentera England dari terus menjarah dan menguasai negara mereka.

Persoalannya, mampukah kaum Melayu dan Bumiputera ini bersatu? tidak ada sesiapa pun mampu menjawabnya dengan tepat. Usaha kearah itu sudah ada, namun berapa lamakah mampu bertahan dan menangkis sebarang pengkhianatan dari dalam seperti yang dilakukan oleh Robert The Bruce dan John de Menteith terhadap Sir William Wallace...

Sunday, 3 March 2019

Lelaki Bertopeng, Berparang Samun Suami Isteri



SUAMI isteri melalui detik mencemaskan apabila diikat dengan tuala dan kabel periuk nasi oleh tiga penjenayah dalam kejadian samun di rumah mereka di Jalan Selaling Tondong, Bau, semalam. Ketika kejadian 3.20 pagi itu, pasangan terbabit yang berada di bilik tidur didatangi tiga lelaki yang memecah masuk rumah mereka. 

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, seorang daripada suspek mengacukan parang ke arah mangsa manakala dua lagi menggeledah almari pakaian sebelum mengambil barang berharga termasuk wang tunai.

“Ketiga-tiga lelaki yang berpakaian hitam, bertopeng dan memegang parang kemudian melarikan dengan mangsa kerugian kira-kira RM3,000. Antara barang yang diambil suspek adalah dua cincin, seutas rantai leher, loket, gelang tangan, jam tangan dan wang tunai RM460,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pasangan terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya.

Bot Karam: SAR Masuk Hari Ketiga



Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam di perairan Pulau Nunuyan dekat sini disambung semula hari ini, selepas ditangguhkan pukul 6 petang semalam. 

Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Sandaka, operasi disambung semula pukul 7 pagi tadi, melibatkan kawasan pencarian seluas 187 batu nautika dan dipecahkan kepada lapan sektor.

Operasi yang di sertai APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Wilayah Laut 2 Sandakan, Pasukan Polis Marin Sandakan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan kekuatan 111 orang itu digerakkan bagi mencari empat lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian 6 petang pada Khamis lalu.

Mangsa yang masih hilang ialah dua lelaki masing-masing berumur 40 dan 27 tahun dan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur lapan dan satu tahun.

Dalam kejadian itu bot membawa seorang tekong dan 10 penumpang itu dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Taganak, Filipina menuju ke Sandakan dan terbalik akibat keadaan laut bergelora.

Lima mangsa diselamatkan bot tempur TLDM yang melihat mereka berpaut pada bot yang terbalik sebelum mayat kanak-kanak lelaki ditemui empat jam kemudian. Semalam, mayat seorang wanita dipercayai mangsa bot yang sama, ditemui nelayan pada pukul 12.44 tengah hari.

Nak Pinjam RM5,000, Rugi RM72,999



SEORANG lelaki sanggup membayar sehingga RM72,999 bagi mendapatkan pinjaman yang hanya berjumlah RM5,000 sebelum menyedari dirinya ditipu satu sindiket. Mangsa berusia 39 tahun itu dikatakan membuat sebanyak 47 kali transaksi untuk memasukkan wang berkenaan dalam 14 akaun sejak Mei tahun lalu sehingga kelmarin untuk pelbagai bayaran diminta suspek. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, kejadian bermula Mei tahun lalu apabila mangsa melayari laman Facebook dan tertarik dengan iklan pinjaman wang. 

“Mangsa yang tidak bekerja itu mengisi maklumat diperlukan sebelum dihubungi seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Miss Kriss dari Syarikat EZ Enterprise Moneylender. Hasil perbincangan dengan suspek, mangsa bersetuju membuat pinjaman wang sebanyak RM5,000,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, bagi mendapatkan pinjaman berkenaan mangsa diminta membuat pelbagai bayaran yang dianggarkan RM72,999 membabitkan 47 transaksi ke dalam 14 akaun. “Namun sehingga kini, mangsa belum menerima wang pinjaman berkenaan dan diminta untuk membuat bayaran lagi.

“Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam, siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Dalam kes berasingan, Mohd Wazir berkata, seorang jurujual lelaki berusia 32 tahun di sini berputih mata apabila kerugian RM7,653 selepas diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud di FB, bulan lalu.

“Mangsa berurusan dengan tiga suspek memperkenalkan diri sebagai Jeff, Raymond dan Vivivan dan hasil perbincangan dia setuju membuat pinjaman sebanyak RM25,000 namun perlu membuat pelbagai bayaran insuran, cukai serta denda bayaran lewat.

“Mangsa kemudian memindahkan wang sebanyak RM7,653 ke dalam tiga akaun berbeza melalui empat transaksi bermula Jumaat lalu sehingga semalam sebelum ingin membatalkan permohonan pinjaman,” katanya. 

Mohd Wazir berkata, mangsa diminta membuat bayaran pembatalan sebanyak 10 peratus daripada jumlah pinjaman namun dia enggan dan meminta balik bayaran sudah diserahkannya kepada sindiket berkenaan. 

“Namun sindiket berkenaan enggan dan mangsa membuat laporan polis di IPD Kuantan semalam, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Bertumbuk Kerana Koleh



Pelanggan di beberapa rangkaian kedai kopi Starbucks di China dilaporkan bergaduh kerana berebut untuk membeli satu koleh edisi terhad. 

Beberapa rakaman video yang tular di Internet menunjukkan pelanggan bertengkar dan bergaduh di beberapa rangkaian kedai itu untuk membeli koleh dengan bentuk kaki kucing.

Koleh berwarna merah jambu sebahagian koleksi Tahun Baru Cina Starbucks itu mula dijual di kedai berkenaan dan di dalam talian sejak Selasa lalu dengan harga 199 yuan (RM121).

National Business Daily melaporkan, ramai pelanggan beratur berjam-jam sebelum kedai itu dibuka pada Selasa lalu untuk membeli koleh berkenaan. Satu gambar menunjukkan seorang pelanggan bermalam dan berkhemah di depan sebuah kedai berkenaan menunggu ia dibuka.

Global Times yang memetik seorang pekerja Starbucks di Beijing sebagai berkata, kedai yang kecil hanya diberi empat atau lima koleh berkenaan manakala premis yang lebih besar mendapat hingga lapan koleh.

Koleh itu kemudiannya dijual di Internet dengan harga mencecah 1,800 yuan (RM1,094), hampir sembilan kali ganda daripada harga asal. Sementara itu, polis China memberi amaran, pelanggan yang bergaduh berebut koleh itu boleh didakwa mencetuskan kekacauan di tempat awam dan dihukum penjara 10 hari.