Thursday, 30 April 2015

ROMPIN - PEMILIHAN AWAL

Bertempat di empat pusat pengundian awal di Dewan Seri Ibam, Squadron 322 TUDM Bukit Ibam, Balai Polis Muadzam Shah dan Balai Polis Tekek Pulau Tioman, telah berlangsung pengundian awal bagi P091 Parlimen Rompin bagi memilih Ahli Parlimen baru di Rompin Pahang.

Mengikut laporan seramai lebih 440 orang daripada 545 orang yang layak mengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka seawal jam 8 pagi di 4 pusat pengundian. Menurut sumber, 2 pusat pengundian di tutup awal seawal jam 2.30 petang berikutan jumlah pemilih yang rendah iaitu Balai Polis Tekek, Pulau Tioman dan Balai Polis Muadzam Shah. Hari pengundian sebenar di jangka pada 5hb Mei ini dan keputusan penuh di jangka akan di kutahui selewat-lewatnya di ketahui pada jam 11 malam hari yang sama.
   
JSJM

ADAT ISTIADAT PERTABALAN SULTAN PERAK


Selain daripada istiadat pertabalan rasmi di Balairong Seri Istana Iskandariah Bukit Chandan, istiadat pertabalan Sultan Perak juga memerlukan beberapa aktiviti luar yang cukup menarik mengikut adat istiadat yang diwarisi sejak pertabalan Sultan pertama berdasarkan sejarah di atas di bahagikan kepada beberapa istiadat iaitu Istiadat Tabal Adat, Tabal Pusaka atau Tabal Jin, Menziarah Makam-Makam sehingga Beting Beras Basah.

ISTIADAT TABAL ADAT

Di Istana Iskandariah, Istiadat Tabal Adat dimulakan dengan Dato’ Pengelola Bijaya diiringi Mufi Kerajaan Negeri membawa Al Quran bersama Raja Chik Muda Pawang Diraja membawa Pedang Cura Si Manja Kini didahului Panglima Dalam diapit Panglima Perang Kiri dan Kanan serta Bentara bentara. Baginda Sultan menerima pedang tersebut dan menghunus lalu mengucup. Setelah itu, Toh Seri Nara Diraja masuk mempersembahkan Mastika Embun dan menyunting Cap Halilintar ke telinga kanan Duli membisikkan “Rahsia Nisab Sultan I” diikuti pengisytiharan Pemasyuran Pertabalan oleh Orang Kaya Bendaha Seri Maharaja. Istiadat diteruskan dengan pertabalan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan.

ISTIADAT TABAL PUSAKA (TABAL JIN)

Istiadat Tabal Pusaka (Tabal Jin) dimulakan dengan paluan Nobat Diraja pada sebelah senja sehari selepas Istiadat Tabal Adat di sempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam. Pawang Diraja menatang Pedang Cura Simanja Kini bersama Toh Seri Nara Diraja menatang Pontoh Bernaga dan Pontoh Ular Lidi didalam talam berlapikkan kain kuning. Kemudian diikuti pula Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati mengadap membawa Perkakas Istiadat Merenjis diikuti Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama ahli Nobat Diraja masuk ke Balairong Seri untuk memulakan “istiadat memulih” perkakas kerajaan dan perkakas nobat diraja dengan merenjis tepung tawar. Setelah selesai, Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri akan menyempurnakan bacaan doa selamat.

Selepas itu upacara “Bersiram Tabal (Mandi Sampat)” dimulakan Pawang Diraja dari awal sehingga selesai. Air bersiram ini diambil dari Tujuh Kuala Sungai Perak yang mempunyai istiadat tersendiri untuk mengambil air ini (Baca di bawah untuk keterangan lanjut). Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan ke atas kain putih diregang oleh Toh-Toh Puan ditiap penjuru. 7 geluk ari dari 7 Kuala Sungai Perak disiram dan nobat dipalu sepanjang istiadat bersiram tabal. Setelah selesai, baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Penterakna Seri Pancaa Persada berselimut kain benang emas dan diarak balik ke istana.

Setelah menukar pakaian, Baginda berangkat masuk Balairong Seri dan bersemayam di atas Singgahsana. Pada waktu istiadat ini, Nobat Diraja memainkan lagu antara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan untuk mengetahui kedaulatan seseorang Sultan. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu lebih tujuh lagu nobat) ini menunjukkan Baginda direstui Jin-Jin Kerajaan dan baginda akan memerintah lama atau panjang umur. Akan tetapi, sekiranya Baginda hanya bertahan empat atau lima lagu, petanda pendek umur (sekadar adat.bukan kepercayaan). Toh Setia Guna akan memberi isyarat untuk nobat berhenti sekiranya Baginda Sultan kelihatan resah gelisah di atas Peterakan Singgahsana.

Sewaktu nobat dipalu, Pedang Cura Simanja Kini akan bergerak-gerak dengan sendiri seakan-akan hendak keluar dari sarungnya. Ini menunjukkan Jin Kerajaan berserta dalam Istiadat Tabal Jin dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat Tabal Jin selamat disempurnakan selepas upacara Santapan Nasi Berastonaka dengan bacaan doa selamat. Istiadat Tabal Jin hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya tanpa menukar ciri-ciri adat asal, barulah diketahui sama ada direstui Jin Kerajaan Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak, istiadat tersebut hanyalah satu istiadat biasa.

ISTIADAT MENGAMBIL AIR SIRAM TABAL

Istiadat mengambil air untuk kegunaan Kebawah Duli Berdua Bersiram Tabal dimulakan dengan perarakan berkereta dari Pintu Besar Istana Iskandariah bergerak menuju Tebing Sungai Perak diiringi nobat. Perarakan Tok Setia Guna, Panglima Besar dan Panglima-Panglima, Toh-Toh Seri Nara di-Raja, Yang Mulia Raja Chik Muda, Pawang di-Raja, Bentara-Bentara, 7 orang Bomoh yang membawa perkakas istiadat dan 16 orang Jejawat Berlembing. Perkakas istiadat yang diarakkan ialah 16 Geluk Mas Perak dihiasi dengan daun-daun nyiur muda berjari lipan, Bekas Perasap, Bekas Beras Kunyit, Bekas Beras Basah, Bekas Bertih, Bekas Tepung Tawar, Bekas Air Sintuk, Bekas Air Limau, Bekas Air Bunga Panca Bicara dan Bekas Kemenyan.
 
Di tebing Sungai Perak perkakas istiadat dibawa naik ke atas bot. Untuk upacara ini Panglima-panglima dan Jejawat Berlembing serta Pasukan Nobat di-Raja tidak mengikuti bersama rombongan. Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal dimulakan di Kuala Sungai Kangsar oleh Yang Mulia Raja Chik Muda, Pawang di-Raja dan dibantu oleh Toh Seri Nara di-Raja serta Bentara-bentara dengan mengusap kemenyan, menabur Beras Kunyit dan merenjis Tepung Tawar di Kuala Sungai, selepas itu barulah diambil air dan dimasukkan ke dalam sebuah Geluk.

Nobat hanya dipalu semasa Istiadat Pertama di Kuala Sungai Kangsar. Setelah itu rombongan akan bergerak ke Kuala-Kuala Sungai yang lain; iaitu

2 – Kuala Sungai Chepias,
3 – Kuala Sungai Sayong,
4 – Kuala Sungai Itam,
5 – Kuala Sungai Chermin,
6 – Kuala Sungai Buaya,
7 – Kuala Sungai Menora,

Setelah selesai kesemua 16 Geluk, akan dijaga dengan baik dan semua rombongan kembali semula ke Pengkalan disambut dengan penuh Istiadat. Setelah sampai di Balai Panca Persada semua Jejawat Berlembing berbaris semula. Yang Mulia Raja Chik Muda, Pawang di-Raja, Toh Seri Nara di-Raja, Bentara-Bentara dan bomoh-bomoh membawa perkakas Istiadat naik ke Balai Panca Persada disambut oleh Panglima Dalam dan Bentara-Bentara Perempuan, untuk disimpan.

MENZIARAHI MAKAM DI RAJA DAN BETING BERAS BASAH

Sehari selepas Tabal Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri serta pengiring-pengiring Baginda berdua akan menziarahi Makam di-Raja di seluruh Negeri Perak. Di antaranya termasuklah Makam Tok Temong, Makam Kota Lama Kanan, Makam Sayong, Makam di-Raja Bukit Chandan dan Makam Teja. Kemudian Baginda berdua akan berangkat menaiki Balai Gambang bernama “Chempaka Sari” lalu menghilir untuk menziarahi Makam Marhum-marhum yang terdahulu yang dimakamkan di sepanjang Sungai Perak hingga ke Teluk Intan.

Selepas mendarat di Teluk Intan, Paduka Seri Sultan akan kemudiannya berangkat ke Beting Beras Basah sementara Raja Permaisuri akan beristirehat di Teluk Intan dengan membawa bersama Baginda Alat-alat Perkakas Kerajaan. Mengikut adat, kaum wanita tidak boleh beserta Paduka Seri Sultan ke Beting Beras Basah dan Alat-alat Perkakas Kerajaan tidak boleh dibawa ke laut. Beting Beras Basah ialah tempat mula-mula Sultan Mudzaffar Shah iaitu Sultan yang pertama negeri ini, berhenti tatkala sampai dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Istiadat menziarahi Makam-makam berakhir di Beting Beras Basah dengan Sultan membasuh muka dan mencelup kaki serta doa kesyukuran

JSJM

Wednesday, 29 April 2015

HIRARKI KESULTANAN NEGERI PERAK

Hirarki sistem pemerintahan Negeri Perak Darul Ridzuan berlainan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Setiap bakal sultan akan melalui tangga-tangga Raja bergelar menerusi kenaikan pangkat sebelum menduduki tahta utama negeri dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga DiRaja yang memerintah secara giliran iaitu dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah.

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah di peranakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun temurun sehingga yang akhir sekali.

Undang-Undang Tubuh tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidak akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.


Sekiranya tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemetintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang Pertama. Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara.

Setelah Raja Pemerintah di Masyhurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan itu ialah Raja Muda dan Raja diHilir. Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-Raja Bergelar. Gelaran yang diberi kepada Raja-Raja Bergelar adalah seperti berikut,

1. Raja Kecil Bongsu.
2. Raja Kecil Tengah
3. Raja Kecil Sulong
4. Raja Kecil Besar
5. Raja Di Hilir
6. Raja Muda.
7. Sultan dan Yang DiPertuan.

Pada kebiasaannya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah setelah mangkatnya Raja Pemerintah (Sultan) dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat ayng dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Kecil Besar dan seterusnya sehingga kejawatan Raja Kecil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kecil Bongsu kepada putera sulung Baginda.

Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am daripada mereka yang harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.


Pada Mac 2010, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah berkenan menaikkan Raja Kechil Tengah Datuk Seri Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris kepada Raja Kechil Besar dan tempatnya diganti anak lelaki kedua Sultan Azlan Shah iaitu Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah dan anaknya Raja Ahmad Nazim Azlan Shah ibni Raja Ashman Shah sebagai Raja Kecil Bongsu. Adakah perlantikan-perlantikan ini mengikut turutan seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak? Selidikilah corak perlantikan ini berasaskan artikel yang penulis lampirkan ini. Persoalan ini bukan sahaja berlaku pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Azlan, tetapi ianya turut berlaku sebelum pemerintahan Almarhum Sultan.

Bersambung

JSJM

SEJARAH RINGKAS KESULTANAN NEGERI PERAK

Negeri Perak mempunyai sejarah Kesultanan yang begitu unik malah sehingga hari ini masih meneruskan tradisi dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka yang di asaskan oleh Parameswara pada tahun 1396. Menurut catatan sejarah, tidak beberapa lama selepas Tun Saban (anak Bendahara Tun Perak, Melaka) meninggalkan Kampar (Sumatera) untuk kembali ke Tanah Melayu, beliau telah membuka sebuah kampung bernama Relap Reli dan menjadi ketua di Belum seterusnya mengangkat adik perempuannya bernama Tun Perabu menjadi Ketua di Temong dengan gelaran Tok Temong.

Ketika itu, Perak di bawah naungan Kesultanan Melaka masih belum beraja. Kebanyakkan penduduknya terdiri daripada pedagang dari Melaka, Selangor, Siak, Kampar dan Jambi. Di antara penduduk-penduduk ini ada seorang perempuan bernama Tok Masuka yang berasal dari Daik memelihara seorang dari Bangsa Temusai bernama Nakhoda Kassim. Beliau telah berwasiat tempat beliau digantikan dengan seorang Raja yang berasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat Raja-Raja yang turun dari Bukit Si-Gantang tiada terputus di Tanah Melayu.

pedang Cura Si Manjakini
Tun Saban dan Nakhoda Kassim pun berangkat ke Kampar mengadap Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka terakhir sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis) memohon supaya seorang putera baginda menjadi Sultan Perak. Maka Sultan Mahmud Shah telah meminta putera keduanya Raja Mudzaffar menjadi Sultan Perak pada tahun 1528. Raja Mudzaffar dikurniakan alat kebesaran iaitu sebilah pedang Cura Si Manja Kini, sebilah keris, sebuah cap yang berlorek perkataan “Sultan Muhammad Shah Dzil Allah Fil-Alam”, nobat dan surat Chiri. Tidak lama kemudian, Raja Mudzaffar belayar bersama isterinya Tun Terang, anak lelaki Raja Mansur dan pengiring termasuk Megat Teraweh Ibni Daulat Pagar Ruyong.

Beting Beras Basah, Bagan Datoh
Akhirnya, bahtera yang dinaiki rombongannya tiba di Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak berdekatan dengan Bagan Datoh. Dengan takdir Tuhan, bahteranya tersangkut pada beting terbabit. Walaupun pelbagai usaha dilakukan (ada cerita mengatakan beliau membuang segala harta ke dalam laut untuk meringankan kapal), kapal itu tetap tersangkut. Sebalik melihat masalah itu, Raja Mudzaffar terus bertitah:

“Sekongkong tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di Selat Melaka
Jika sah Beta Raja Berdaulat
Lepaslah sekalian Malapetaka”

Makam Tok Temong
Kuala Kangsar
Mustika Embun
Selepas seruan itu, ajaibnya bahtera berkenaan terus bergerak. Orang-Orang Besar dan beribu-ribu rakyat negeri Perak yang menyambut Baginda berteriak “Daulat Tuanku” tiga kali berturut-turut. Kemudian Baginda diarak mudik Sungai Perak sehingga ke Tanah Abang untuk ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama. Tok Temong telah membawa persembahan sejenis tangkal azimat bernama Mastika Embun dan telah dijadikan salah satu alat kebesaran Diraja Perak dan digunakan dalam Istiadat Pertabalan Diraja Perak. Sebagai balasan, Sultan telah mengurniakan sebuah Puan Bujur (bekas sireh) tetapi dikembalikan kerana Tok Temong hanya berkehendakkan satu ikrar janji daripada Sultan iaitu Baginda serta anak cucu hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak dan Tok Temong serta anak cucu memerintah di sebelah kiri.
Sultan Idris Murshidul 'adzam
Shah


Dari itu, didapati kota-kota istana dan makan Sultan-Sultan Perak di zaman dahulu terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak sehingga pemerintahan Almarhum Sultan Idris Murshidul ‘adzam Shah yang mula-mula membuat kota istana dan makam disebelah kiri. Tok Temong meninggal di Kampung Temong dan dimakamkan di sana. Sehingga kini makamnya diziarahi tiap-tiap Sultan Perak selepas Baginda ditabalkan.

Bersambung...

JSJM

ADAT ISTIADAT PERTABALAN SULTAN PERAK



Ketika membincangkan adat istiadat pertabalan Ke Bawah Duli Sultan Perak yang akan di langsungkan pada 6hb Mei 2015 ini, penulis sangat terkesima dengan beberapa adat dahulu kala yang masih hidup sehingga kini. Namun begitu, ada antara adat-adat itu berbau syirik, lebih-lebih lagi melibatkan penggunaan nama-nama sakti dunia makhluk halus. Namun begitu, moga-moga diharapkan segala Majlis Istiadat itu hanyalah sekadar adat mengikut tradisi Kesultanan Melayu Perak, tanpa dicampur aduk dengan kepercayaan tahyul dan penuh mistik.

Penulis pasti Mufti Negeri Perak, Datuk Harussani yang turut sama terlibat dalam istiadat itu lebih mengetahui soal hukum. Tapi benarkah begitu? Atau memang terdapat unsur-unsur mistik yang percaya “kalau tak buat itu tak boleh nanti penunggu marah” atau “kalau tenggelam keris itu maka Sultan tak berdaulat.” Kepercayaan-kepercayaan begini jelas bercanggah dengan syariat Islam dan mestilah dijauhi. Tetapi adat yang diwarasi seharusnya terus dipelihara agar menjadi lambang kemasyhuran Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan. Bayangkan kalau pertabalan Sultan hanya sekadar angkat sumpah dan tanda tangan sekeping kertas, seumpama perlantikan Menteri Besar adanya.

Suka untuk penulis kongsikan bersama anda siri-siri istiadat yang bakal berlangsung dalam masa terdekat. Untuk makluman, majlis istiadat yang berlangsung tempoh hari di hadapan jenazah Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarullah hullahu Shah bukanlah satu istiadat pertabalan sebaliknya hanyalah istiadat pengisytiharan Sultan yang baru dilantik oleh Dewan Negara Negeri Perak selepas kemangkatan Sultan, yang juga merupakan satu proses tradisi dalam Kesultanan Perak.

Selepas kemangkatan Sultan, Dewan Negara Negeri Perak yang dianggotai bakal-bakal Sultan (Raja Muda dan Raja Di-Hilir), seorang wakil Raja-Raja Bergelar (dari kalangan Raja Kecil Besar, Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Tengah dan Raja Kecil Bongsu), Menteri Besar, Orang Besar Berempat, Orang Besar Delapan dan Mufti sebagai ahli-ahli rasmi dan sebelas ‘orang tua’ (ahli kerabat) dan seorang yang bukan Melayu sebagai ahli-ahli bukan rasmi akan bermesyuarat untuk menentukan Sultan yang seterusnya.
Bersambung…….

JSJM

TANGISAN NEPAL

Dunia di kejutkan dengan satu gempa bumi kuat 7.9 skala richter melanda Nepal, sebuah negara antara yang tertinggi atitudnya di dunia. Letusan gempa ini setakat artikel ini di tulis telah mengorbankan lebih 5 ribu mangsa manakala lebih 6 ribu lagi di khuatiri hilang manakala beribu-ribu lagi mengalami kecederaan.

Gempa yang berpusat di barat pergunungan Everest ini mengakibatkan kemusnahan besar di Kathmandu, ibu negara Nepal dan menurut beberapa kajian yang dijalankan, gempa ini telah mengalihkan Kathmandu sejauh 3 meter dari lokasi sekarang. Kesan daripada gempa ini begitu tragis. Seperti yang kita sedia maklum, Nepal bukanlah sebuah negara maju. Jadi sebarang bencana yang menimpa negara ini mampu mengakibatkan tragedi kemanusiaan yang dahsyat. Sebuah negara yang beriklim sejuk dan berangin sepanjang tahun ini dan sebarang kelewatan bantuan yang tiba di lokasi yang memerlukan pasti akan mengakibatkan jumlah korban akan terus meningkat.

Negara yang bergantung penuh pada sektor perlancongan ini (di kenali sebagai pintu masuk atap dunia kerana menempatkan Everest, K2 dan banjaran gunung tertinggi di dunia) boleh di katakan lumpuh sepenuhnya. Mujur Everest tidak mengalami sebarang perubahan ketinggian cuma gempa ini mengakibatkan runtuhan salji di mana mengorbankan kira-kira 18 orang pendaki di 1st base camp dimana salah seorangnya adalah Ketua Eksekutif Google Inc. Tiada apa yang mampu kita lakukan kecuali berdoa mereka yang ada di sana tabah dalam mengharungi detik sukar begini.

Setakat artikel ini di tulis, Amerika Syarikat, India, Jepun dan China sudah menghantar bantuan kecemasan mereka ke Kathmandu dan dalam masa yang sama tiada rakyat Malaysia terlibat di dalam kejadian ini dan semua rakyat Malaysia yang ada di Nepal telah selamat di bawa pulang, terima kasih atas usaha Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien atas usaha pantas beliau.



  JSJM

KUNJUNGAN HORMAT HISHAMUDDIN

Dalam usaha memenangi hati pengundi di Rompin, Dato Seri Hishamuddin yang merupakan Pengarah Pilihanraya Kecil P091 Parlimen Rompin mengadakan kunjungan hormat ke warga Felda Keratong 2 di sini semalam. Program yang turut di sertai Pergerakan Puteri dan Wanita UMNO ini jelas mendapat sambutan hangat warga felda berkenaan yang menantikan kehadiran Dato Seri Hishamuddin.

Dalam kunjungan singkat berkenaan, beliau meluangkan masa mendengar keluh kesah warga Felda berkenaan serta berjanji akan membawa permasalahan berkenaan ke pihak yang berkenaan serta berjanji akan menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Semoga usaha yang di lakukan oleh Naib Presiden UMNO ini mendaat sokongan penuh dan sentiasa di bantu oleh semua lapisan masyarakat



JSJM

PERMATANG PAUH - PROJEK PEMUDA MENUNJUK JAGUH

Kempen Pilihanraya Kecil P044 Parlimen Permatang Pauh kini sedang hangat berjalan. Rata-rata posting di laman sosial Facebook bercerita tentang keadaan yang berlaku di sana. Penulis perhatikan, calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin mendapat sokongan padu pelbagai pihak di sana. Syukur, semua ini menampakkan kesepakatan kesemua jentera pilihanraya Barisan Nasional menentang calon recycle Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam kerancakkan kempen kali ini, penulis jelas melihat betapa double standardnya layanan jentera Pemuda UMNO pada kempen kali ini. Bukan menzahirkan rasa dengki, tetapi layanan yang di terima Saudara Suhaimi jelas berbeza daripada layanan yang di terima oleh Datuk Hassan Arifin. Semua jentera dan Exco Pemuda di gerakkan ke Permatang Pauh dan secar tidak langsung meninggalkan kempen di Rompin di uruskan oleh Puteri dan Pergerakan Wanita, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mungkin ada benarnya kata-kata Ketua Pemuda MIC Pahang, Khairy Jamaluddin jelas memboikot calon di Rompin kerana mencalonkan orang vateran di sana, tidak seperti Permatang Pauh yang mencalonkan orang muda. Mungkin juga Pergerakan Pemuda UMNO "terlupa" Rompin juga memerlukan sentuhan Pemuda dalam urus kempen kali ini.Mungkin beliau terlupa, Rompin juga sedang menghadapi Pilihanraya kecil.

Menerusi risik-risik penulis semalam, kebanyakan pergerakan Pemuda negeri mendapat pekeliling dari Pergerakan Pemuda Pusat mengenai gerak kerja kempen mereka di Rompin. Menurut sumber, memo berkenaan meminta ketua pergerakan Pemuda Negeri untuk turun membantu kempen hanya pada 3, 4 dan 5 haribulan Mei. Tidak perlu membuang masa terlalu lama di sana kerana kononnya di Rompin adalah kubu kuat Barisan Nasional. Jelas pertimbangan yang silap dan tidak masuk akal. Jadi seperti penulis pernah nyatakan sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO di bawah Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun selaku Naib Ketua Pemuda dan barisan Exconya sudah jelas menunjukkan sikap biadab kepada Presiden UMNO dengan sikap mereka meminggirkan PRK di Rompin.

JSJM

Sunday, 26 April 2015

PEMUDA? KAMI TIDAK NAMPAK...

Penulis bertembung dengan beberapa orang wakil dari MIC sebentar tadi di pusat media di Bandar Muadzam Shah di sini. Mereka adalah Ahli Parlimen Belia dan juga Ketua Pemuda MIC Pahang. Kebetulan mereka menganjurkan perlawanan bola sepak persahabatan antara MIC negeri dan pusat di Padang Majlis Daerah Rompin di sini.

Menariknya, sewaktu di tanya tentang Pemuda UMNO di sini, mereka sendiri tidak tahu di manakah Khairy Jamaluddin dan barisan Exconya. Menurut Ketua MIC Pahang lagi, Khairy tidak di lihat berada di Rompin sejak hari pertama kempen di Rompin. Jelas beliau lagi, ketidak hadiran barisan pemuda di sini jelas satu kerugian memandangkan MIC sendiri turun bagi bertemu dengan 625 orang pengundi India di sini manakala Pemuda UMNO melepaskan peluang terhidang bertemu dengan pengundi muda Melayu disini.

Apa yang anda telah lakukan Khairy? Pemuda dari sayap Barisan Nasional sendiri memperlecehkan anda dan barisan exco anda. Adakah anda kecewa calon yang di letakkan di Rompin bukan pilihan anda? Adakah anda ingin menempa nama sebagai juara andai Permatang Pauh dapat ditawan? Alasan tiada peruntukan untuk pilihanraya P091 Parlimen Rompin jelas suatu alasan yang dangkal. Andai anda memilih untuk memulaukan Rompin, bermakna anda menidakkan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib dan boleh dikatakan menderhaka kepada pemimpin.

PETUGAS SPR MENYEBELAHI PAS DI ROMPIN???

Penulis sempat bertemu dengan pemantau kempen dari Suruhanjaya Pilihanraya di Rompin semalam. Pada asalnya penulis hanya ingi mengetahui dari beliau pandangan peribadinya tentang perjalanan kempen pilihanraya kecil P091 Parlimen Rompin. Tetapi apa yang penulis dengar dan lihat begitu mengejutkan.

Ayat beliau memang mengejutkan. "Adakah kamu menyokong kerajaan melaksanakan GST? jika kamu menyokong sememangnya kamu bodoh. Tengok PAS, mereka begitu berani mahu menhgahpuskan GST. Ini yang patut kerajaan lakukan. Tun sendiri pun nak menghapuskan GST. Yang ada rakyat jadi dungu sangat kenapa?" Melihatkan kepada situasi ini, penulis menyucuk jarum lebih rapat lagi. "bukankah bro bertugas dalam agensi kerajaan. Jadi kenapa menghentam kerajaan?". Sperti di jangka, jawapan klise dari penyokong pembangkang "sebab kerajaan zalim merampas harta rakyat"

Jadi jelas di sini kenapa kerajaan sekarang semakin lemah. Semuuanya angkara penjawat awam yang lupa daratan. Mereka lupa gaji yang di terima adalah dari pembayaran kerajaan yang memerintah. Mereka lupa hasil titik peluh mereka di nilai kerajaan melalui bonus dan dengan hasl itu lah menyara keluarga. Mereka juga lupa bahawa merekalah cermin bagi kerajaan. Bagi penulis, kerajaan harus melakukan sesuatu dalam mebendung anasir sebegini dari terus membiak. Jika penjawat awam sendiri memperlekehkan kerajaan, apa lagi yang tinggal pada kerajaan dan siapa lagi yang mahu menyokong setiap dasar yang di tetapkan oleh kerajaan......

JSJM

KECELUPARAN KHALID SAMAD DALAM KEMPEN DI ROMPIN

Dalam siri ceramah yang di adakan oleh Jentera PAS di Rompin semalam, ADUN Shah Alam, Khalid Samad dengan gaya sombongnya memperlecehkan calon Barisan Nasional, Datuk Hassan Arifin. Beliau seolah-olah mengungkit semula kisah silam sewaktu Datuk Hassan tewas pada pemilihan Bahagian satu ketika dahulu.

Di samping itu reaksi Khalid dalam ceramahnya mengatakan warga Rompin jangan menjadi bodoh dengan memilih calon recycle Barisan Nasional dan menambah seorang lagi ahli Parlimen kayu di Parlimen. Beliau berterusan menempelak cara Barisan Nasional dalam kempen kali ini dengan mendakwa tiada Pemimpin tertinggi datang ke Rompin dan ini memnugkinkan Rompin terus terpinggir. Dakwaan beliau jelas tidak berasas kerana dari pemerhatian penulis, Rompin bukan tempat yang mundur dan ketinggalan dari segi pembangunan.

Beliau juga menempelak kerajaan kerana terburu-buru dan terlalu takut sehingga meluluskan Rang Undang-Undang Akta Hasutan baru-baru ini. Beliau mendakwa kerajaan sedang berusaha melumpuhkan pembangkang dengan mahu mendakwa kira-kira 150 orang termasuk Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Rafizi Ramli dan lain-lain dengan dakwaan berat. Ini mungkin akan menyebabkan mereka kehilangan kerusi yang mereka menangi sebelum ini dan membunuh Pakatan Rakyat dalam senyap. Beliau juga menekankan bahawa andai Datuk Hassan Arifin memenangi pilihanraya kali ini, maka akan mewujudkan satu lagi tukang angguk dan orang bisu di Parlimen.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengungkit peranan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pembelian kapal selam Scorpien dan kes pembunuhan Altantuya. Beliau mendakwa kenyataan Tun Dr Mahathir di K-Klub baru-baru ini menggambarkan apa yang telah di lakukan oleh Najib terhadap Altantuya. Tindakan agresif Khalid ini di lakukan sewaktu pihak polis dan pemerhati SPR sudah beredar dari tapak ceramah disini.


JSJM

CERAMAH GST PAS - SATU PROVOKASI

PAS sekali lagi menganjurkan siri ceramah merekan di lokasi yang sama setiap malam, tapak parkir kenderaan di tengah-tengah Kuala Rompin semalam. Di hadiri kira-kira 80 orang pendengar setia, ceramah kali ini menampilkan antara nama-nama besar di dalam PAS iaitu Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Khalid Samad serta exco pemuda PAS pusat. pada awalnya ceramah ini tidak mendapat kebenaran dari pihak polis, tetapi pada saat akhir kem PAS berjaya memperolehi permit untuk meneruskan ceramah mereka.

Seperti biasa pada setiap ceramah PAS di Rompin ini, semuanya akan bermula dengan isu GST yang kononnya menekan rakyat supaya semakin miskin, isu 1MDB yang di bangkitkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, isu pembelian Jet perendirian dan lain-lain isu yang biasa kita dengar tanpa mengambil kisah permasalahan masyarakat di Rompin. Cuma yang membezakan kempen kali ini adalah cara dan rentak Nik Abduh dalam berkempen. Jelas beliau lebih lembut dalam menyatakan pendirian tanpa menghentam kerajaan seperti yang di lakukan oleh rakan ceramah beliau.

Menariknya beliau ada menyentuh sedikit tentang Rang Undang-Undang Hudud yang bakal di laksanakan di Kelantan. Beliau secara terus terang mendakwa terdapat unsur-unsur sabotaj dari kalangan Pakatan Rakyat untuk menggagalkan rang undang-undang ini. Malah ada juga ADUN dari PAS sendiri seolah-olah mahu melihat hukum hudud gagal di laksanakan di Kelantan. Ucapan beliau jelas mendapat reaksi dari kalangan penyokong PAS sehingga mereka mendakwa orang yang di maksudkan itu adalah golongan PASMA yang menjadi duri dalam daging di dalam PAS.

Rentak Khalid Samad jelas berbeza. Ucapan "berapi" beliau seolah-olah menghasut jelas sesuatu yang mendukacitakan. Mujur kebanyakan penonton yang menghadiri ceramah ini berasur pulang sehingga ucapan Khalid hanya di hadiri kurang dari 30 orang. Seolah-olah ingin membalas dendam terhadap penyataan Nik Abduh tentang rang undang-undag hudud, beliau mendakwa hasrat Utama PAS mahu membina sebuah negara berkebajikan berasaskan Islam (berlainan nada dengan Nik Abduh yang mahu sebuah negara Islam sederhana sepenuhnya). Dakwa Khalid, andai PAS memenangi kerusi Parlimen Rompin, Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri akan mengetuai Pakatan Rakyat bagi menghancurkan UMNO.

 JSJM

CORAT CORET PRK ROMPIN HARI KE 5

- Terdapat 17 buah Rancangan Felda di Daerah Rompin dimana setiap satu mempunyai 2 ke 9 blok setiap satu.

- Taman Negeri Endau Rompin merupakan Taman Negeri yang selenggara sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan dimana hubungan selain jalan raya bagi Rompin - Endau boleh dinaiki dengan bot. Perjalanan akan mengambil masa 4 jam.

- Tarikan utama di Taman Negeri Endau Rompin adalah air terjun bertingkatnya. Air yang mengalir ini di percayai datang dari dalam tanah sepenuhnya.

- Felda Selendang adalah merupakan antara Felda yang baru di sini. Mempunyai 2 blok dan 368 buah rumah.

- Perang poster makin terasa setelah masuk hari ke 5 kempen pilihanraya.

- Majoriti penduduk Orang Asli disini masih mengamalkan gaya hidup dan adat resam yang lama.

- Sungguhpun mempunyai keluasan sehingga 574,600 hektar, tetapi keadaan rompin sebenarnya di kelilingi oleh hutan hijau yang sejuk mata memandang

HALANGAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DI ROMPIN

Kesempatan Penulis meninjau beberapa pusat gerakan Barisan Nasional di sini menerima satu maklumat yang agak mengejutkan. Usaha murni petugas bilik gerakan yang juga ahli Wanita UMNO Malaysia wajar di beri pujian dan perlu perhatian yang lebih dari semua jentera Barisan Nasional yang ada di sini.

Menurut kajian rambang yang beliau jalankan di sini, polar pengundi di kawasan Rompin pada Pilihanraya umum yang lalu menunjukkan tida masalah bagi Barisan Nasional memenangi di saluran satu dan dua. Masalah utama yang timbul di masa kemenangan besar AllahyarhamTan Sri Jamaluddin Jarjis lepas ialah di saluran tiga dan empat dimana saluran tiga mewakili golongan muda dan saluran empat untuk golongan pengundi luar.

Sesuatu perlu di lakukan oleh jentera Pemuda dan Puteri bagi membendung trend pengundi sebegini. Jika di lihat statstik yang di tunjukkan oleh petugas berkenaan, penilakan golongan muda pada calon Barisan Nasional jelas semakin besar jurangnya. Jadi untuk tidak lagi melihat jurang berkenaan semakin melebar, gerak kerja tersusun dan komprehensif harus di mulakan dalam mendekati golongan berkenaan. Semoga kajian yang di lakukan oleh petugas berkenaan dan pemberitahuan penulis di atas corak pengundi muda di kawasan ini harus di pandang dengan lebih serius dan di tangani dengan penuh berhemah.


JSJM

RINTIIHAN FELDA DAN ORANG ASLI ROMPN

Penulis berkesempatan mengunjungi salah satu felda yang terdapat di Daerah Rompin iaitu Felda Selendang 1 dan 2 serta perkampungan Orang Asli di Sungai Amuk di sini petang tadi. Destinasi perkampungan Orang Asli bukanlah seperti yang kita bayangkan. Kemudahan infrastruktur dari segi jalan raya mahupun bekalan tenaga elektrik terus di sambung di setiap rumah. Pertemuan dengan Tok Batin di kawasan ini agak menyentuh jiwa.

Menurut beliau, sewaktu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis masih hidup, apa sahaja keperluan warga Orang Asli di kawasan ini sentiasa menjadi keutamaan beliau. Jadi tidak hairanlah seluruh perkampungan Orang Asli di sini amat merasai kesedihan kehilangan Allahyarham. Malah menurut beliau, mereka amat menantikan kedatangan anak Allahyarham untuk menzahirkan kesedihan mereka. Kunjungan penulis di sajikan dengan perushaan rotan kecil-kecilan di kawasan berkenaan. Menariknya, tidak perlu ramai mengusahakan semua ini. cukup sekadar 6 orang sahaja menguruskan bekalan rotan ini. Ini adalah punca pendapatan mereka dan bekalan yang mereka usahakan di beli oleh pemborong yang di usahakan sendiri oleh Allahyarham. Di samping itu menurut beliau, mereka amat menantikan kehadiran wakil daripada UMNO dan Barisan Nasional terutama calonnya, Datuk Hassan Arifin.


Berlainan nada yang penulis terima di Felda Selendang. Rungutan warganya tentang Perumahan Generasi kedua Felda jelas berkumandang di sini. Hasil risikan penulis di kem PAS disini, mereka mendakwa ramai golongan belia mula menjauhi Barisan Nasional memandangkan isu ini terbiar tergantung tanpa penjelasan konkrit. Selain daripada itu hal berkaitan GST dan macam-macam lagi turut di mainkan. Di kem Barisan Nasional pula, tugas mereka semakin bertambah dengan asakan permasalahan perumahan ini. Walaubagaimanapun mereka kekal positif dalam mengekalkan kerusi Barisan Nasional di Rompin.


Di sini jelas peranan Pergerakan Wanita UMNO dalam menjalankan amanah dan cabaran yang di beri oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato Seri Shahrizat Jalil dan Naib Presiden UMNO Malaysia, Dato Seri Hushamuddin Tuun Hussien. Mereka boleh di katakan bekerja seharian dalam mengadakan kempen di kawasan Felda berkenaan. Cuma yang apa yang di kesalkan, penyokong PAS menaikkan 1 banner di pintu masuk Felda ini sewaktu kunjungan dan majlis perasmian dewan orang ramai di sini oleh Tan Sri Isa Samad. Mereka mendakwa Tan Sri Isa penakut untuk berjumpa dengan mereka sehingga mendorong mereka menaikkan banner berkenaan. Ironinya, Tan Sri akan
berkunjung sekali lagi ke kawasan berkenaan pada 29hb April ini sempena Program Apa Khabar Warga Felda nanti. Semoga Tan Sri mampu memberi penjelasan tepat berhubung permasalahan ini

JSJM