.jpg)
Pada pandangan penulis, kewajaran cadangan KWSP ini jelas boleh di pertikaikan. Jika di lihat faktor umur bagi kebanyakan rakyat Malaysia kini, mengikut kajian, purata umur bagi rakyat Malaysia adalah di antara 65 hingga 68 tahun. Kebanyakan mereka selepas pencen hanyalah menumpukan masa pada amal ibadat dan menunggu panggilan Tabung Haji untuk mengerjakan haji. Jika di hitung pada koata yang di beri oleh Kerajaan Arab Saudi kini, seramai 22,900 orang sahaja terpilih untuk mengerjakan haji setiap tahun dimana waktu menunggu mengjangkau sehingga 60 tahun. Jadi jelas kewajaran KWSP mahu melanjutkan usia sehingga 60 tahun barulah pencarum menikmati hasil caruman mereka jelas mengarut.
Sewajarnya KWSP memperkemaskan semula sistem mereka. Wajar bagi KWSP bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan memberi taklimat ataupun kursus ringkas bagaimana pencarum yang akan menerima wang mereka dapat menguruskan wang caruman mereka dengan lebih berfaedah. Bukan mencadangkan sesuatu yang mengarut seperti ini. Jika cadangan ini di persetujui sekalipun, adalah wajar pihak yang berkenaan melihat kembali purata umur rakyat Malaysia kini dan lebih wajar KWSP memperkemaskan semula sistem mereka dari terus menerus membuatkan pencarum tertunggu-tunggu untuk menikmati wang caruman mereka.
JSJM
No comments:
Post a Comment