


Persoalan paling besar, tiadakah minat penguatkuasaan untuk memeriksa secara rambang kebanjiran warga asing ini? Penulis terfikir adalah lebih mudah untuk memberkas mereka pada waktu sedemikian kerana mereka jelas bertebaran di seluruh kawasan yang di sebutkan penulis di atas malah terdapat juga mereka yang menubuhkan kumpulan-kumpulan kecil di kawasan ini. Sesuatu harus di lakukan oleh Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Imegresen Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan agensi-agensi berkaitan supaya menjaga imej Kuala Lumpur dari bertukar menjadi Lahore, Dhaka, Manila, Jakarta, Nairobi, Niger, Kathmandu, Ho Chi Minh City, Mumbai, Vientinne, dan sebagainya.
Menerusi beberapa temubual penulis dengan pengunjung warga tempatan di kawasan ini, mereka jelas berasa tiada jaminan keselamatan apabila berkunjung di kawasan ini apabila melihat kepada kebanjiran mereka di kawasan ini. Jelasnya lagi, tindakan mereka seolah-olah berada di negara mereka sendiri dengan sesuka hati melintas,melanggar malah ada yang berani mencabar warga tempatan apabila berlaga bahu jelas menunjukkan Kuala Lumpur telah hampir di jajah kembali, peristiwa 1942-1945 kembali berulang.
JSJM
No comments:
Post a Comment