Wednesday, 26 August 2015

BERSIH MENGGUNAKAN PUSAT IBADAT ANDAI KEJADIAN TIDAK DIINGINI BERLAKU?

Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh pihak penganjur BERSIH untuk menjadikan acara haram ini sentiasa terjaga dan dilindungi. Mereka cukup sedar bahawa himpunan yang dilangsungkan pada 29 dan 30 Ogos ini sebanarnya adalah himpunan haram yang langsung tidak mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.

Pelbagai cadangan dan tempat telah diusulkan kepada pihak penganjur tetapi disambut dengan dingin dan langsung tidak menujukkan minat bagi mereka. Ini sekaligus memungkinkan sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa bagi membendung himpunan ini dari terus merebak.

Dalam hal ini, Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0, Sirajun Hoda kelmarin mengakui semua gereja-gereja yang berada di seluruh Kuala Lumpur akan memberi perlindungan kepada para peserta demo BERSIH andai pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap mereka.

Di samping itu, terdapat ura-ura mengatakan mereka akan menjadikan Masjid Negara dan beberapa masjid disekitar tempat perhimpunan sebagai tempat perlindungan. Berita ini jelas menimbulkan kemarahan dan kegusaran bagi kebanyakan rakyat Malaysia kerana kesucian Masjid dicemari dengan tindakan bodoh para peserta demo.

Ini belum lagi dengan menjadikan gereja sebagai pusat perlindungan dan ini boleh menimbulkan persepsi yang mengatakan pihak gereja menggalakkan perhimpunan dengan menyediakan pusat perlindungan andai mereka "diserang"

Dalam hal ini, tidak kira agama apa sekalipun, pasti mengutuk sekeras-kerasnya perhimpunan jalanan dengan tujuan meruntuhkan kerajaan yang ada. Tambahan pula, semua agama didalam dunia ini mengutuk tundakan kekerasan dan menyusahkan orang lain dengan tindakan biadab masing-masing.

Malah semua agama di dunia ini amat mementingkan kesucian pusat ibadat masing-masing dari dicemari dengan tindakan menjadikan pusat agama sebagai perisai terhadap kesalahan masing-masing. Jika difikirkan secara logik, andai semua agama ada tercatat menentang apa yang mereka sedang cuba lakukan pada 29 dan 30 Ogos ini, agama apakah yang mereka anuti kini sehingga bertindak mengatasi hukum hakam agama yang mereka anuti?

JSJM

Tuesday, 25 August 2015

TUN M DAN PENGIKUTNYA BAKAL SERTAI BERSIH?

Himpunan BERSIH yang bakal diadakan pada penghujung bulan ini nampaknya kian lesu dan tidak bermaya. Antara sebab utama kelesuan ini adalah tindakan PAS yang enggan lagi menjadi "macai" DAP dan BERSIH untuk turut serta dalam himpunan ini.

Dalam banyak laporan akhbar, PAS dilihat tidak berminat untuk mencampuri lagi perhimpunan sebegini dan menyeru semua ahli PAS yang masih memegang bai'ah mereka agar tidak menyertai himpunan ini. Malah Unit Amal PAS juga dilarang sama sekali terlibat dalam sebarang aktiviti perhimpunan sebegini.

Dalam pada itu, menurut sumber yang boleh dipercayai, Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S. Ambiga dan penganjur himpunan kali ini, Marina Chin Abdullah dikhabarkan telah mempelawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menyertai demo berkenaan.

Menurut sumber lagi, perlawaan Ambiga dan Marina ini sedang diberi pertimbangan dengan serius oleh Tun M. Mereka dikhabarkan menyediakan satu slot ceramah khas untuk Tun M pada 30 Ogos ini dan ianya pasti menarik lebih ramai lagi peserta dari kalangan para penyokong tegar Tun M sendiri.

Perkembangan ini jelas menarik perhatian ramai berikutan tindak tanduk Tun M agak selari dengan apa yang dituntut oleh pihak BERSIH pada hari ini. Ini sedikit sebanyak mampu menambah bilangan peserta disaat BERSIH dilihat semakin lesu disaat-saat akhir kempen himpunan mereka.

Perkhabaran ini, andai benar, pastinya satu lagi langkah besar Tun M dan pengikutnya dalam usaha menjatuhkan kepimpinan yang ada sekarang. Menurut sumber ini lagi, pihak BERSIH sendiri enggan menafikan atau mengiyakan samada Tun M hadir atau tidak pada himpunan kali ini. Ini berikutan nama Tun M yang cukup dikenali dan ianya pasti menjadi elemen kejutan yang bakal ditampilkan BERSIH pada kali ini.

JSJM

TIADA BEZANYA ANTARA KHAIRY JAMALUDDIN DAN MAS ERMIEYATI DALAM MEMPERTAHANKAN PRESIDEN UMNO

Apa yang berlaku didalam UMNO hari ini kian lama kian menyedihkan. Tiada lagi rasa hormat terhadap Presiden UMNO seperti tradisinya malah ada dikalangan pemimpin sayap sendiri bertindak seperti gunting didalam lipatan.

Inilah yang berlaku pada hari ini didalam UMNO. Jika dilihat pada pemerintahan Tun Dr Mahathir, sayap Pemuda sentiasa berdiri teguh di belakang Presiden dan memastikan tiada ancaman serius terhadap Presiden parti. Tetapi apa yang berlaku hari ini jelas berbeza.

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sentiasa dilihat bersendirian dalam menghadapi fitnah dan tuduhan melampau samada dari pihak pembangkang mahupun didalam UMNO itu sendiri. Lebih memburukkan keadaan, pendirian Pemuda dan Puteri UMNO itu sendiri tidak pernah tetap dan sentiasa berubah-ubah.

Khairy Jamaluddin tidak pernah menjawab walau sekalipun tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau yang seolah-olah menyokong penggulingan Presiden UMNO seperti yang pernah diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau dilihat gemar mendiamkan diri seolah-olah mengiyakan tanggapan ramai terhadap beliau. Ditambah pula dengan kegagalan beliau membentuk solidariti mempertahankan Presiden UMNO dan amat gemar memberi kenyataan yang seolah-olah memperlekehkan kedudukan Presiden, beliau kini dilihat tidak lebih daripada melukut di tepi gantang.

Tindakan beliau hari ini seolah-olah menjadi acuan kepada seorang lagi ketua sayap UMNO, Pergerakan Puteri UMNO. Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati dilihat seperti "copycat" setiap apa yang diperkatakan oleh Khairy. Pendirian mereka juga agak kabur samada mahu atau tidak mempertahankan Presiden parti.

Ditambah pula dengan kegagalan mereka mengawal jentera di peringkat bahagian, suasana ini jelas semakin buruk apabila mereka langsung tidak bersuara untuk bersama-sama Presiden dalam mempertahankan kedudukan Presiden parti dan UMNO itu sendiri. Kadang kala tindakan mereka seumpama lalang, bergerak mengikut angin.

Jadi adalah tidak menghairankan apabila dapat dilihat dengan jelas, Datuk Seri Mohd Najib keseorangan tanpa dibantu oleh sayap yang menjadi suara pelapis bagi UMNO. Jika sebelum ini insiden yang berlaku di Rompin gagal dihuraikan oleh Khairy, begitu juga dengan Datuk Mas Ermie
yati apabila lebih mempercayai orang luar berbanding ahli Puteri itu sendiri.

Dalam mana-mana parti politik, jika pelapisnya sendiri seolah-olah enggan bekerjasama dengan ketua, pastinya ketuanya akan terus dihentam tanpa belas. Beegitu jugalah yang dihadapi oleh Datuk Seri Mohd Najib. Kekuatan UMNO terletak kepada barisan pelapisnya.

Jika mereka sendiri gagal menarik pelapis baru menyertai 2 pergerakan terpenting didalam UMNO, pastinya kredibiti dan kemampuan 2 pemimpin muda ini akan dipertikaikan oleh ahli UMNO yang lain. Jelas mereka gagal mengambil "political millage" yang mampu memperkukuhkan kedudukan mereka didalam parti.

JSJM

Monday, 24 August 2015

SINDIKET AFRICAN SCAM BERPUSAT DI MALAYSIA?

Apabila menyebut tentang Malaysia, bagi masyarakat luar negara, Malaysia adalah sebuah negara yang aman makmur, ekonomi yang berkembang baik, sosio politik yang agak stabil dan antara negara yang menyediakan kemudahan internet termurah dan terlaju di Asia Tenggara.

Perkembangan teknologi maklumat ini nyata mampu menarik perhatian ramai orang luar untuk belajar di Malaysia malah ada yang memilih untuk terus bermaustatin di sini. Samada dari benua Asia itu sendiri, Amerika Latin malah hingga benua Afrika juga memilih untuk mendiami negara ini.

Dalam kebanjiran masyarakat antarabangsa ke Malaysia, tidak kurang juga keburukan yang dibawa oleh mereka. Salah satu daripadanya kegiatan warga Afrika yang menggunakan kelebihan yang ada didalam negara untuk membuat keuntungan hanya menggunakan komputer.

Kegiatan African Scam sebenarnya bukan perkara baru didalam negara. Malah ada statistik menunjukkan, kerugian yang ditanggung mangsa yang ada didalam negara ini mencecah RM 80.4 juta Ringgit. Kerugian ini dicatat untuk seluruh negara dimana Kuala Lumpur mencatatkan kerugian teringgi apabila sebanyak RM 52.9 juta dicatat di ikuti oleh Selangor, RM 9.9 juta dan Johor RM 4.3 Juta.

Kerugian ini kebanyakannya dicatat hasil "umpanan cinta" oleh warga Afrika berkenaan yang menjerat begitu ramai wanita. Tidak terkecuali beberapa ahli perniagaan juga terperangkap didalam mainan minda dan seterusnya menyedut keluar wang mereka. Ini tidak termasuk mereka yang berada diluar negara seperti Hong Kong, Korea, Thailand dan beberapa negara lagi turut tidak terkecuali terperangkan dalam permainan warga Afrika berkenaan.

Dalam hal ini, beberapa pemerhati menyifatkan kerugian yang begitu banyak ini menandakan warga Afrika berkenaan telah menjadikan Malaysia sebagai hub untuk melakukan penipuan internet ini. Tiada penapisan khusus terhadap kemasukan warga ini juga antara sebab mereka dilihat semakin berani memperdayakan ramai mangsa-mangsa mereka.

Dalam hal ini, mungkin pembekuan kemasukan warga Afrika juga harus diberi pertimbangan. Selain menjadikan Malaysia seumpama hub penipuan mereka, tindak tanduk mereka yang seolah-olah enggan menghormati budaya Malaysia selain bersifat biadab apabila mabuk juga tidak menyenangkan warga tempatan.

Ini ditambah lagi dengan sikap warga tempatan yang seolah-olah terpersona dengan ayat-ayat warga ini sehingga ada yang sanggup menjadi keldai mereka dalam urusan penipuan. Malah ada dikalangan rakyat negara ini bertindak menyewakan rumah mereka kepada warga ini. Tindakan ini boleh dikategorikan sebagai melindungi warga Afrika ini andai mereka terbukti bukan dari kalangan profesional mahupun pelajar.

Banyak seruan telah diberi oleh pihak yang berkenaan supaya berhati-hati dengan penipuan African Scam namun seruan ini sentiasa dianggap sepi oleh ramai rakyat Malaysia sehingga mereka terkena dan terjebak sendiri dengan African Scam.

JSJM

Wednesday, 19 August 2015

DUNIA BAKAL MENGALAMI KEMELESETAN EKONOMI TAHUN HADAPAN?

Isu penurunan matawang Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika masih terus diperkatakan oleh ramai pihak sehingga ada yang melebelkan Malaysia sudang menghampiri kemuflisan ekonomi tanpa merujuk fakta sahih tentang permasalahan ekonomi dunia.

Setakat tengah hari tadi, Ringgit diniagakan agak mengukuh berbanding semalam dengan RM 4.076 berbanding USD $ 1 Dollar. Semalam Ringgit diniagakan RM 4.115 berbanding USD $ 1 Dollar. Walau bagamanapun, menurut pemerhati ekonomi, pengukuhan sedikit Ringgit ini diramalkan tidak bertahan lama disebalik beberapa sentimen pasaran yang mungkin akan menjejaskan Ringgit.

Malah menurut beberapa pakar ekonomi, 2016 merupakan tahun yang amat mencabar bagi seluruh dunia memandangkan ramai pakar ekonomi dunia meramalkan ekonomi dunia akan mengalami kemelesetan, perkara yang sama di alami dunia setiap 10 tahun bagi pengamal ekonomi kapitalis.

Tanda awal mengenai kemelesetan ini adalah penurunan nilai matawang antarabangsa berbanding Dollar Amerika yang kian mengukuh setiap hari. Disamping itu harga komoditi dunia seperti minyak terus mencatatkan penurunan dengan hari ini minyak diniagakan pada USD $42 Dollar setong.

Mungkin ini boleh dianggap sebagai berita gembira bagi pengguna minyak di negara ini tetapi kesannya jelas mengganggu nilai matawang bagi kira-kira 154 buah matawang di seluruh dunia.

Menurut pakar ekonomi, mereka menjangkan faktor kemelesetan ekonomi ini bakal mengganggu beberapa kerajaan yang ada didunia ini berikutan ada negara yang nilai aset negara mereka jelas tidak kukuh. Ini memungkinkan negara berkenaan terpaksa membuat pinjaman kewangan pada skala besar bagi memulihkan ekonomi mereka.

Walau bagaimanapun, Malaysia dilihat sebagai salah sebuah negara yang mengalami kesan kemelesetan ekonomi pada tahap minima. Ini kerana, negara mempunyai ni nilai aset yang kukuh walaupun terpaksa berhadapan dengan kemelesetan.

Ramai pakar menganggap Malaysia sebagai sebuah negara model bagi pengurusan ekonomi yang bijak dan ini dilihat sebagai satu peluang bagi pelabur untuk terus melabur kedalam negara.

Jadi, walaupun amaran kemelesetan ekonomi telah dikeluarkan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ekonomi, namun ianya tidak seteruk impak yang dialami negara pada tahun 1997 / 1998. Kali terakhir negara mengalami kemelesetan ekonomi adalah pada tahun 2007 / 2008 dan Malaysia berjaya keluar dari kemelesetan  ini tanpa perlu membuat sebarang pinjaman kepada Bank Dunia.

JSJM

SIKAP MEMBISU KHAIRY JAMALUDDIN MENGUNDANG TANDA TANYA

Disebalik kemelut yang melanda UMNO hari ini, ditambah pula dengan pendedahan berani yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang terus membisu berhubung namanya dikaitkan dalam komplot menjatuhkan kerajaan menimbulkan tanda tanya.

Selaku antara orang penting dalam Pertubuhan UMNO, beliau seharusnya menjadi orang pertama yang mempertahankan dirinya dari terus difitnah akibat tingkah laku acuh tidak acuh beliau.

Sejak dari awal serangan terhadap Perdana Menteri, beliau banyak mendiamkan diri dari berkata-kata. Jika ada pun kenyataan mempertahankan Presiden Parti, hanyalah kenyataan ringkas dan tidak menampakkan kesungguhan dalam usaha mempertahankan Presiden.

Konflik Pemuda UMNO dan Presiden bermula sewaktu gerakan 5 sekawan yang diketuai oleh Timbalan beliau sendiri, Azwan Bro sewaktu Pilihanraya Kecil P091 Parlimen Rompin. Ucapan berapi Azwan kepada Pemuda UMNO Johor untuk menjatuhkan Perdana Menteri disana membawa kepada kritikan berterusan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO.

Sewaktu ditanya apa tujuan mereka melakukan perkara demikian, Azwan hanya menjawab ianya hanyalah simulasi andai pihak PAS menyerang UMNO dengan perkara yang mereka bincangkan. Walhal Azwan terlupa, perjumpaan "tertutup" beliau itu dapat dihidu oleh media dan sehingga kini Khairy Jamaluddin mengelak untuk membicarakan apa yang terjadi di Rompin.

Sebaik sahaja rombakan kabinet dilakukan oleh Perdana Menteri yang membabitkan penggu
guran Timbalan beliau sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, beliau dilaporkan berkata, beliau tidak hairan andai nama beliau juga turut digugurkan. Sejak itulah beliau dilihat sentiasa mengambil jalan selamat untuk langsung tidak mempertahankan ketua beliau sendiri.

Di sebalik pendedahan Datuk Seri Ahmad Zahid, terdapat cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri dilakukan, beliau pantas meminta Datuk Seri Ahmad Zahid mendedahkan nama mereka yang terlibat dan secara sinis mengatakan, dakwaan harus dibuktikan dengan pendedahan nama.

Sebaik sahaja pihak media mendedahkan nama beliau, sehingga artikel ini ditulis, beliau mengambil pendirian mendiamkan diri. Bagi sesetengah orang, mungkin beliau enggan melayan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau.

Walau bagaimanapun, bagi pemerhati politik, sikap berdiam diri Khairy menunjukkan ada benarnya dakwaan yang mengatakan beliau terlibat dalam gerakan ini. Ramai yang mengaitkan tindak tanduk beliau sebelum ini yang mengesahkan dakwaan sedemikian.

Andai benar bagai didakwa, ianya merupakan satu tragedi bagi UMNO apabila pemimpin pelapis yang sedak dipupuk didalam barisan Pergerakan Pemuda UMNO hari ini bertindak membelakangkan prinsip perjuangan yang mereka sendiri laungkan.

Lebih memalukan, ketua mereka sendiri bertindak seperti seorang "perempuan" - malu untuk mengatakan sesuatu andai diminta. Dalam hal ini, demi kesinambungan karier politik beliau sendiri, Khairy dan barisan exco beliau harus berani tampil kehadapan menyatakan komitmen dan taat setia mereka terhadap ketua mereka, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Sampai bila mereka memilih untuk mendiamkan diri disebalik pelbagai tohmahan yang dilemparkan. Mereka sewajarnya bertindak seperti beberapa orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang berani tampil kehadapan menafikan pembabitan mereka terhadap komplot ini.

Persolannya, beranikah Pergerakan Pemuda UMNO hari ini?

JSJM

Tuesday, 18 August 2015

KENAPA UMNO JOHOR PERLU BERKECIL HATI APABILA MUHYIDDIN YASIN DIGUGURKAN?

Isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yasin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebenarnya tidak sepatutnya menjadi isu besar bagi beberapa bahagian UMNO samada dari Johor sendiri mahupun seluruh negara. Pengguguran ini sebenarnya jika difahami adalah hak mutlak Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri samada beliau selesa bekerja dengan seseorang individu berkenaan ataupun tidak.

Dalam hal ini, ucapan perasmian sebuah mesyuarat UMNO Bahagian oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein jelas begitu mudah dan menarik perhatian. Ada benarnya ucapan beliau jika dilihat dari konteks semasa kenapa perlu menghancurkan parti yang menunjangi perjuangan politik masing-masing demi seorang individu?

Beliau menyentuh tentang bagaimana UMNO Negeri Johor sudah melihat beberapa individu penting "pergi" meninggalkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mereka-mereka ini pergi tanpa ada satu pun reaksi menentang UMNO dari dalam seperti yang ditunjukkan pada hari ini.

Almarhum datuk beliau sendiri, Datuk Onn Jaafar merupakan antara individu terawal yang membentuk UMNO. Beliau antara individu terawal mengutarakan cadangan pembentukan UMNO di Dewan Kelab Sulaiman, Kampung Baru sebelum ianya dimuktamadkan di Istana Besar Johor Baharu.

Walau bagaimanapun, Almarhum disisihkan dari UMNO berikutan cadangan agak radikal beliau yang mahu membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu dan ianya di tentang oleh ahli UMNO itu sendiri. Adakah UMNO Johor pada masa itu memberontak? Tidak sama sekali dan mereka menerima dengan hati terbuka perlantikan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj menjadi Presiden UMNO.

Kejadian kedua apabila Allahyarham Tun Dr Ismail meninggal dunia sewaktu menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sewaktu pemerintahan Allahyarham Tun Abdul Razak. Tiada suara-suara sumbang yang mendesak Tun Abdul Razak melantik orang Johor juga untuk menjawat jawatan berkenaan setelah Allahyarham di kebumikan.

Kes ketiga sewaktu Tun Musa Hitam terpaksa melepaskan jawatan setelah Perdana Menteri ketika itu lebih berminat dengan visi yang dibawa oleh Tun Ghaffar Baba. Benar, kita tidak mendengar arahan terus dari Tun M memaksa Tun Musa Hitam melepaskan jawatannya. Tetapi isyarat berkenaan diberikan oleh Tun dalam ucapan beliau sewaktu Persidangan Agung UMNO pada tahun 1985.

Dalam hal ini, UMNO Johor terus menyokong kepimpinan Tun M dan tidak menghiraukan apa yang berlaku antara Tun M dan Tun Musa Hitam. Malah UMNO Johor kekal memastikan kemenangan 100% UMNO di Johor pada Pilihanraya Umum selepas itu.

Dalam kes Tan Sri Muhyiddin Yasin, begitu ramai UMNO Johor seolah-olah terkejut. Pemimpin datang dan pergi adalah adat berpolitik dan apa yang penting, bukan soalan "panas" tentang 1MDB yang menjadi punca beliau digugurkan.

Perdana Menteri melihat, beliau perlu mengutamakan parti dan pengukuhan parti dari dalam itu penting daripada semangat kenegerian. Andai beliau tidak menyukai Johor, sudah tentu nama-nama Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Seri Azalina Othman dan beberapa nama lagi pastinya digugurkan dari kancah politik tanah air.

Faktor utama yang dilihat Perdana Menteri adalah pengukuhan dan kemampanan parti dalam menempuh serangan yang tidak pernah padam samada dari dalam mahupun luar parti. Jadi, tidak perlulah melatah dan berkecil hati. Tiada istilah kebencian mahupun pemboikotan negeri berlaku dalam kerajaan hari ini. Hanya penambahbaikan sahaja dan hasilnya akan kita nikmati nanti.

JSJM

MAHATHIR KIAN NYANYUK

Kebelakangan ini banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun M ditertawakan oleh ramai pihak. Beliau seolah-olah kini bersendirian memperjuangkan isu-isu yang pada fikiran beliau masih relevan tetapi sebenarnya tidak lagi.

Paling melucukan, dakwaan beliau hanya menggunakan RM 10 juta untuk menguruskan Pilihanraya Umum ke10 dan 11 semasa beliau masih lagi menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.  Beliau mendakwa, apa yang diterima oleh Datuk Seri Najib dan pengisytiharan bajet Pilihanraya Umum yang ke13 lalu sangat tidak masuk akal dan berlebihan.

Adakah beliau sedar apa yang beliau katakan ini? Mari kita lihat kebenaran dakwaan Tun M ini. Secara kasar, pembelanjaan bagi seorang bakal Ahli Parlimen untuk bertanding adalah sekurang-kurangnya RM 80,000 hingga RM 120,000 seorang.

Ini termasuk wang pertaruhan, wang pencalonan, bahan-bahan kempen pilihanraya seperti topi, banner, poster, bendera, baju dan sebagainya. Ini adalah untuk seorang calon Ahli Parlimen yang bertanding. Adakah Ahli Parlimen berkenaan menggunakan wang sendiri untuk bertanding? Sudah tentu tidak kerana individu berkenaan mewakili parti, bukan bertanding atas tiket bebas.

Bayangkan semasa pemerintahan Tun M terdapat 198 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. RM 80,000 (jumlah minima) didarabkan dengan 198 kerusi bersamaan RM 15.8 juta di peruntukkan hanya untuk pertandingan kerusi Parlimen. Bagaimana pula pertandingan di kerusi Dewan Undangan Negeri? Adakah cukup untuk membentuk kerajaan hanya jika bertanding di kerusi Parlimen sahaja?

Jelas disini, dakwaan Tun M kini boleh dilihat sebagai mengarut. Pembelanjaan pilihanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum memang cukup tinggi. Anggaran RM 15.8 juta hanyalah anggaran kasar yang belum lagi ditambah dengan bahan cetakan dan bayaran untuk petugas parti yang bekerja untuk parti. Pakatan Rakyat yang mewakili pembangkang juga mengetahui perkara ini dan mereka juga membelanjakan jumlah yang hampir sama dengan apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional.

Tun M sememangnya menyedari betapa tinggi wang yang dibelanjakan untuk menghadapi sesuatu pilihanraya. Jelas, dimana logiknya pembelanjaan RM 10 juta untuk menghadapi sesuatu pilihanraya? Zaman hari ini sudah berbeza berbanding sewaktu beliau masih lagi menjadi Perdana Menteri. Kerusi tertinggi yang dipertandingkan adalah 198 buah kerusi berbanding hari ini sebanyak 222 buah kerusi di pertandingkan.

Jadi, wujud kebenaran apabila menerusi beberapa ucapan Perdana Menteri mengatakan, jumlah pembelanjaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum sebenarnya mengjangkau angka billion. Ini bukan drama mahupun angka mengarut seperti didakwa oleh ahli politik Facebook, Whatsapp mahupun kedai kopi. Ini adalah angka yang amat tinggi dan ianya menjadi tudas Presiden Parti untuk mencari dana bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional bagi setiap pilihanraya.

JSJM

Monday, 17 August 2015

PENJELASAN MAT SAID DI TUNTUT BERHUBUNG BEBERAPA KES SALAH LAKU

Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang sentiasa mengkritik dan menghentam beberapa dasar dan pemerintahan yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terus mengundang kritikan.

Tindakan beliau ini jelas tidak disenangi oleh beberapa pihak. Malah ada pihak yang mendakwa beliau seolah-olah tidak pernah melakukan sebarang kesalahan semasa memerintah negeri Terengganu sebelum ini.

Kini beberapa keputusan dan tingkah laku sumbang beliau mula timbul dan menjadi buah mulut ramai pihak. Paling mencuri tumpuan pembinaan Kompleks membeli belah Giant di Kijal, Terengganu. Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, pembinaan kompleks ini sebenarnya dirancang bukan di Kijal, sebaliknya dirancang di bina di Hulu Terengganu dimana ianya pasti merancakkan ekonomi di kawasan antara pendalaman di negeri Terengganu.

Tetapi memandangkan Kijal adalah kawasan beliau, dikhabarkan pembinaannya di ubah ke Kijal dan impaknya, pasaraya berkenaan jelas kurang mendapat sambutan penduduk dan menurut sumber lagi, Giant memantau kerugian yang di catatkan oleh pasaraya berkenaan.

Isu pembinaan Lebuhraya Pantai Timur kedua (LPT2) juga tidak kurang kontreversinya. Kontraktor pembinaan lebuh raya berkenaan diarahkan untuk melencongkan lebuhraya berkenaan mendekati Kijal, juga berhampiran dengan kawasan beliau. Ini menjadikan perjalanan yang ditempuh untuk menuju ke Kuala Terengganu lebih jauh daripada yang dirancang sebelum ini.

Menariknya, di lokasi yang sama juga mencatatkan jumlah kemalangan dan kemalangan maut yang tertinggi di sepanjang LPT2.

Begitu juga dengan dakwaan beliau pernah ditangkap khalwat. Menurut sumber ini lagi, tangkapan ini dilakukan sejurus sebelum beliau menikahi wanita yang sama untuk menjadi isteri ketiga beliau.

Semua ini, menurut sumber disimpan kemas oleh Datuk Seri Ahmad Said sehingga tidak semua warga Terengganu mengetahuinya. Bukan lagi rahsia apabila barisan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak menyukai gaya kepimpinan beliau malah ada desas desus mengatakan Istana Darul Iman juga tidak menyukai beliau.

Semua ini menuntut penjelasan daripada beliau samada ianya benar atau tidak. Walau apa sekalipun, sebagai orang lama dalam arena politik Terengganu mahupun negara, tindakan "si Kitul" beliau dalam gerakan menjatuhkan Perdana Menteri hari ini disifatkan sebagai suatu tindakan yang kurang bijak daripada bekas pemimpin tertinggi negeri ini.

Sewajarnya beliau menunjukkan contoh dan tauladan yang baik untuk barisan kepimpinan selepas beliau supaya perkara-perkara sebegini tidak berulang dan sekaligus mencemarkan nama UMNO di negeri Terengganu.

Sumber.

JSJM

AKUAN BERSUMPAH PENGKHIANAT NEGARA

Pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung terdapat gerakan tersusun komplot menjatuhkan kerajaan Malaysia hari ini, mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia.

Ada yang mengatakan, dakwaan berkenaan hanyalah khabar angin untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap dakwaan penerimaan derma ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib tun Abdul Razak. Malah ada yang mendakwa, dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid ini ada benarnya dan tidak boleh dipandang ringan.

Jika diteliti berhubung dakwaan beliau, memang terdapat asasnya kenapa beliau begitu berani mendedahkan komplot sebegini. Mungkin ada yang terlupa bahawa beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri dan beliau merupakan individu yang mendapat laporan terus daripada risikan pihak Polis Di Raja Malaysia.

Jadi sewajarnya segala hasil risikan berkenaan komplot ini akan diperolehi beliau kerana Kementerian dibawah jagaan beliau merupakan kementerian yang menjadi benteng terhadap sebarang ancaman terhadap kepimpinan negara dan juga negara.

Dalam satu ucapan bagi merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO baru-baru ini, beliau mendedahkan semua Ahli Parlimen Pembangkang seramai 87 orang bersama 27 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional serta seorang bebas telah menandatangani satu perjanjian bersumpah bahawa mereka akan menggunakan Parlimen untuk membawa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Ini sekaligus akan memaksa Perdana Menteri meletakkan jawatan dan seterusnya melantik Timbalan beliau pada masa itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri menggantikan beliau.

Datuk Seri Ahmad Zahid juga mendakwa, kumpulan ini akan mempersembahkan Surat Akuan Bersumpah berkenaan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang Di Pertuan Agong untuk "menamatkan" tempoh khidmat Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri.

Perkara ini benar-benar mengejutkan dan tidak pernah berlaku didalam sejarah Malaysia. Apa yang pasti, tindakan seumpama ini jelas seperti pengkhianat negara dan ianya tidak wajar berlaku andai 222 orang Ahli Parlimen Malaysia benar-benar memahami sumpah yang mereka lafazkan didalam Parlimen sewaktu mereka mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen.

Andai masih ada yang enggan mempercayai apa yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid baru-baru ini, mereka wajar melihat semula bagaimana UMNO kini sedang mengalami perpecahan dan diselubungi pelbagai fitnah yang tidak pernah berhenti.

Wajarkah kita memperjudikan kerajaan yang ada hari ini demi memusan nafsu politik seseorang? Apakah ini yang sedang dicari oleh ahli politik Malaysia sehingga tergamak melakukan akuan bersumpah pengkhianat negara sebegini?

JSJM

Sunday, 16 August 2015

SALAH GUNA KUASA KETUA PEMUDA TAMPIN?

Usul meluluskan meminta Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang diluluskan oleh barisan Pemuda UMNO Bahagian Tampin begitu mengejutkan. Disaat UMNO diserang dari dalam dan luar seharusnya barisan Pemuda Tampin bangkit mempertahankan institusi yang ada hari ini.

Apa yang mereka lakukan kini seolah-olah bersekongkol dengan mereka yang mahu melihat UMNO hancur terus dari arena politik negara.

Menerusi beberapa sumber yang boleh dipercayai, Ketua Pemuda UMNO Tampin sendiri bukanlah terlalu "bersih" untuk diikuti. Menurut sumber, beliau mempunyai sebuah syarikat petrol pam yang ada di Air Keroh, Melaka.

Menariknya, menurut sumber ini lagi, beliau pernah disiasat oleh KPDNKK berhubung penjualan minyak diesel bersubsidi. Kertas siasatan juga pernah dibuka terhadap beliau tetapi dikhabarkan, beliau mempunyai "orang dalam" yang membolehkannya lepas dari sebarang pendakwaan.

Bayangkan jika diri sendiri tidak begitu bersih, bagaimana mahu bertindak kononnya mahu membersihkan parti? Benar ahli berhak untuk bersuara. Tetapi kadangkala, jika bersuara melangkaui "suara" yang ada, ianya jelas tidak manis pada mata masyarakat.

JSJM

Saturday, 15 August 2015

RANGKUMAN SEMINGGU ISU SEMASA DAN POLITIK

Pelbagai isu semasa dan politik menghiasi minggu kedua pada bulan kemerdekaan ini. Walaupun tidak semuanya boleh membuatkan kita tersenyum, tetapi walau apapun yang telah terjadi, kita berjaya mengharunginya dengan tabah dan sabar.

Sepanjang minggu lepas dibuka dengan krisis penurunan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika. Seperti biasa, terlalu banyak teori dan alasan di viralkan oleh "pakar-pakar" ekonomi Facebook, Whatsapp dan kedai-kedai kopi. Masing-masing mengemukakan andaian mereka dan paling melucukan ada yang mendakwa hanya Ringgit Malaysia sahaja yang jatuh.

Sebenarnya, terlalu banyak faktor yang menyebabkan Ringgit Malaysia diniagakan dalam keadaan lemah. Setakat 5 petang kelmarin, Ringgit ditutup pada RM 4.008 berbanding USD $1 Dollar. Antara faktor yang menyumbang kepada kelemahan Ringgit ini adalah kelemahan matawang China di pasaran dunia, Amerika menaikkan kadar faedah Rizab Persekutuan dan lain-lain lagi.

Semua faktor ini menyumbangkan kepada kelemahan Ringgit. Ironinya, bukan hanya Ringgit sahaja yang diniagakan lemah, hampir 156 matawang lagi turut diniagakan lemah.

Himpunan BERSIH yang dijadualkan akan berlangsung pada 29 dan 30Ogos ini juga turut menarik perhatian. Pihak penganjur himpunan ini seolah-olah berdegil di sebalik amaran pihak Polis supaya pihak penganjur mematuhi akta yang telah ditetapkan.

Malah himpunan ini nyata mendapat sokongan penuh dari para pemimpin pembangkang dan ini sekaligus menjadikan BERSIH seperti mendapat dorongan untuk terus melanggar syarat yang dikenakan oleh pihak Polis.

Disamping itu, negara juga dikejutkan dengan video dari kumpulan Anonymous antarabangsa yang kononnya akan mengganggu laman-laman web kerajaan dan juga portal-portal berita yang pro kerajaan. Video ugutan selama 7 minit 59 saat in
i juga mendakwa banyak kesalahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib selama pemerintahan beliau sejak 2009.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zati Akhtar Aziz telah kembali memulakan tugas beliau di Bank Negara. Reaksi pertama beliau apabila melihat keadaan Ringgit yang diniagakan lemah, beliau menolak sebarang cadangan untuk menambat nilai Ringgit seperti yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir sewaktu krisis matawang Asia pada tahun 1998.

Beliau juga menambah asas kekuatan ekonomi negara juga kekal mengukuh disebalik perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar tumbuh pada kadar sederhana. Jadi, pihak Bank Negara mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap perkembangan Ringgit ini.

Penglibatan beberapa orang artis yang cuba menjadi pengkritik politik juga menarik perhatian rakyat Malaysia. Penyanyi Waheeda yang terkenal dengan lagu Wassini, menarik perhatian ramai dengan kritikan pedas beliau terhadap kenaikan indek jenayah negara.

Manakala wartawan rancangan Melodi, Zuan Azmi atau lebih dikenali sebagai Zuan
Bikin Panas benar-benar mencabar kesabaran rakyat Malaysia dengan memuat naik gamar edit Perdana Menteri dalam keadaan mengaibkan. Walaupun permohonan maaf sudah dilakukan, tetapi beliau memilih untuk tidak memohon maaf kepada Perdana Menteri akibat kebiadaban beliau.

Jelas warna warni arena politik negara banyak dipengaruhi oleh sentimen semasa. Ianya menuntut kita untuk menjadi lebih matang dan tidak bertindak terburu-buru serta membuta tuli dalam segala hal.

JSJM

Friday, 14 August 2015

TRAGEDI LETUPAN TEBESAR DALAM DEKAD INI

Dua letupan besar menggegarkan Tianjin, bandar pelabuhan ke 10 terbesar didunia dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang maut dan 700 orang lagi cedera temasuk kira-kira 60 orang lagi parah. Letupan ini dipercayai terjadi akibat daripada sisa toksin dan gas asli dan siasatan masih terus dijalankan oleh pihak berkuasa di sana.

Mengikut laporan, kekuatan letupan ini dapat dirasai sehingga 8 kilometer dengan anggaran kekuatan letupan ini bersamaan dengan tiga tan TNT (letupan pertama) dan 21 tan TNT (letupan kedua).

Menurut beberapa saksi kejadian, letupan ini jelas mengejutkan dan bunyi letupan ini di ibaratkan seperti pengeboman Amerika terhadap Hiroshima dan Nagasaki kira-kira 70 tahun yang lalu.

Kejadian lewat rabu lalu disifatkan begitu dahsyat sehingga dapat dilihat dengan jelas menerusi satelit angkasa. Gudang berkenaan dimiliki oleh Tianjin Donjiang Port Ruihai International Logistic dan mengikut laman webnya, syarikat berkenaan dibenarkan oleh kerajaan China untuk mengenadalikan barangan bahaya seperti bahan kimia dan toksik berbahaya, butanon, natrium sianida dan gas asli mampat.

Pihak berkuasa China masih belum dapat menganggarkan kerugian akibat letupan ini dan Presiden China, Xi Jinping mengarahkan siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti punca dan individu yang terlibat.

JSJM

DIMANA SALAHNYA DERMA POLITIK?

Ramai yang mempertikaikan derma politik yang diterima oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebanyak Rm 2.6 billion yang diterima beliau dari seorang kerabat Di Raja Arab Saudi baru-baru ini. Ramai yang mengatakan derma berkenaan adalah rasuah walaupun ianya telah dinafikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Spekulasi tentang wang ini telah mengaitkan beberapa agensi seperti 1MDB, SPRM, Polis Di Raja Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Tetapi tahukah anda, derma politik ini bukan sahaja membabitkan Datuk Seri Mohd Najib dan Malaysia sahaja?

Menurut The International Institute for Democracy and Electoral Assistance (International IDEA),  sebuah Pertubuhan Antara Kerajaan (Intergovernmental Organization) yang beribu pejabat di Stockholm, Sweden, dari 169 negara dengan  data di dunia, 114 negara mengharamkan derma dana berkepentingan asing kepada parti-parti politik tempatan.

Daripada jumlah ini, 55 buah negara lagi membenarkannya sama ada dengan had atau tanpa had. Negara-negara yang membenarkan termasuklah Australia, Austria, Belgium, Denmark, Jerman, Italy, Luxembourg, Monaco, Netherlands, New Zealand dan Switzerland.

Untuk Benua Asia pula, daripada 37 buah negara yang dikaji, 33 buah negara mengharamkan derma dana berkepentingan asing. Daripada jumlah itu, cuma 4 negara membenarkannya dengan tanpa had iaitu Malaysia, Sri Lanka, Iraq dan Lubnan.

Bagi sumbangan dana berkepentingan asing kepada calon pilihanraya, daripada 164 negara dengan data, 87 buah negara mengharamkan secara terus manakala 77 buah negara lagi membenarkannya sama ada dengan had atau tanpa had ini termasuklah Norway, Sepanyol, Liechtenstein, Hungary dan Republik Czech.


Bagi Benua Asia pula, daripada 36 buah negara, hanya 11 buah negara membenarkan derma dana berkepentingan asing kepada calon pilihanraya.

Semua fakta di atas jelas menunjukkan tiada salahnya calon mahupun parti politik yang bertanding menerima derma dalam bentuk apa sekalipun. Sumbangan juga sebenarnya boleh disalurkan terus samada menerusi akaun amanah parti mahupun milik ketua atau presiden parti.

Apa yang perlu diifahami disini, sumbangan dana politik ini tidak perlu diwar-warkan kepada umum kerana mungkin ada daripada penyumbang enggan dikenali dan diketahui penglibatan mereka menerusi sumbangan sebegini. Pihak yang terlibat menguruskan sumbangan ini hanya perlu menjawab dan mengemukakan bukti sumbangan berkenaan kepada juruaudit yang dilantik.

Andai terdapat pertikaian berhubung sumbangan berkenaan samada menerusi pihak berkuasa mahupun ahli Majlis Tertinggi parti, barulah sumbangan ini boleh di hebahkan dalam bentuk tertutup. Akan tetapi nama penyumbang kekal dirahsiakan.

JSJM

Thursday, 13 August 2015

MARINA CHIN SANGKAL CAMPUR TANGAN ANONYMOUS DALAM BERSIH 4.0

Penyebaran video yang didakwa dilakukan kumpulan Anonymous kelmarin berhubung sokongan mereka terhadap gerakan BERSIH 4.0 pantas mendapat respon orang kuat Datuk S. Ambiga, Marina Chin.

Beliau menegaskan menyangkal dakwaan yang mengatakan himpunan BERSIH pada kali ini disokong oleh mana-mana kumpulan dan menegaskan apa yang mereka lakukan hanyalah untuk memperjuangkan nasib rakyat dan juga negara.

Beliau jelas hairan bagaimana sebuah kumpulan hacker
yang kononnya dari pertubuhan antarabangsa boleh mencampuri urusan BERSIH kerana pihak BERSIH tidak pernah mengarahkan mana-mana kumpulan untuk menggodam sebarang sistem internet samada milik kerajaan mahupun individu.

Namun beliau seolah-olah mahu mengelak sewaktu disoal berhubung tajaan jutaan Dollar yang diterima Ambiga untuk himpunan BERSIH pada kali ini. Beliau menegaskan urusan dana adalah Ambiga dan beliau hanya mahu memastikan himpunan pada hujung bulan nanti berjalan lancar dan berjaya.

Jelas banyak teka teki tentang NGO yang mengagungkan nama BERSIH ini. Mereka seperti menyembunyikan sesuatu berhubung sebab dan tajaan yang mereka terima untuk melaksanakan himpunan seperti ini.


JSJM

BERSIH 4.0 : AMARAN POLIS KEPADA PESERTA

Himpunan BERSIH 4.0 yang dijangka bakal diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini pantas mendapat perhatian dari pihak Polis Di Raja Malaysia yang jelas kurang senang dengan gerak kerja penganjur perhimpunan ini.

Walaupun sudah berulang kali diberi amaran oleh pihak Polis supaya membatalkan himpunan ini kerana dibimbangi ianya akan berubah menjadi rusuhan, tetapi kempen promosi dilihat masih terus di jalankan oleh mereka-merka yang mahu melihat himpunan ini menjadi kenyataan.

Dalam perkembangan terbaru, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dilaporkan berkata, perhimpunan BERSIH 4.0 mungkin dibenarkan selagi ianya dilangsungkan dalam keadaan aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Menurut beliau lagi, pihak penganjur perlu memohon kebenaran dari pihak Polis terlebih dahulu sebelum menganjurkan sebarang perhimpunan seperti ini. Ini adalah sesuai dengan Akta Perhimpunan Awam 2012 yang memperuntukkan bahawa penganjur perlu mengemukakan notis penganjuran sesuatu perhimpunan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum acara.

Kegagalan untuk berbuat demikian, penganjur dan peserta perhimpunan akan didakwa dan dikenakan denda sebanyak RM 10,000 jika gagal berbuat demikian.

Beliau juga mengesahkan, setakat semalam, pihak penganjur masih belum mengemukakan sebarang notis penganjuran kepada pihak polis dan pihaknya sentiasa bersedia dan memantau sebarang pergerakan mencurigakan termasuk menghasut yang tersebar dilaman-laman sosial kini.
 

JSJM

Wednesday, 12 August 2015

HIMPUNAN BERSIH 4.0 : PENYELAMAT ATAU BERKUBURNYA TERUS PAKATAN PEMBANGKANG

Himpunan BERSIH 4.0 yang dijangka bakal diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini seolah-olah satu hari penentu kepada Pakatan Pembangkang di Malaysia. Ini kerana, Dua perhimpunan yang dijangka mendapat sambutan dari kalangan penyokong mereka jelas menemui kegagalan akibat kurang mendapat sambutan dan hasil kerja keras pihak Polis Di Raja Malaysia dalam membenteras himpunan seperti ini.

Antara sebab kegagalan himpunan yang mereka cuba anjurkan adalah kerana bekas rakan Pakatan mereka, PAS, jelas kali ini bertindak dengan lebih rasional dan matang. Bagi PAS, tiada guna mengikut perhimpunan seperti ini kerana ianya jelas akan menyebabkkan keadaan negara semakin meruncing dan tidak terurus.

Dalam hal ini DAP, PKR dan parti ahli buangan PAS, GHB jelas sedaya upaya cuba menghidupkan "budaya" demonstrasi dikalangan pengikut mereka. Kegagalan himpunan #TangkapNajib dan menuntut kebebasan Media angkara penggantungan The Edge jelas menampakkan kegagalan Pakatan Rakyat.

Atas landasan terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melalui jalan kotor, mereka terpaksa menggunakan pengaruh BERSIH dan Datuk S. Ambiga sebagai jalan penyelamat mereka untuk kekal relevan dalam arena politik Malaysia.

Awal-awal lagi Ambiga menggunakan alasan dan fitnah yang dilemparkan oleh Sarawak Report serta beberapa laporan media luar negara untuk "menghalalkan" himpunan kali ini. Semua ini dilakukan untuk mewajarkan dan membenarkan dakwaan beberapa pemimpin DAP sebelum ini berkaitan 1MDB dan Datuk Seri Mohd Najib.

Secara selorohnya, DAP tidak wajar menyertai himpunan ini kerana angka 4 adalah angka buruk bagi kaum Cina. Angka 4 melambangkan kematian bagi kaum Cina dan ini memungkinkan DAP bakal "mati" andai menyertai himpunan kali ini.

Himpunan ini disifatkan oleh pelbagai pihak didalam pembangkang adalah himpunan penentu dan terbesar dalam sejarah himpunan BERSIH. Andai himpunan ini menemui kegagalan, semua ini memungkinkan Pakatan Pembangkang samada sebelum mahupun selepas ini boleh dianggap sebaga berkubur.

Menurut beberapa individu yang ditemubual petang tadi, ramai yang beranggapan, tanpa penyertaan PAS bakal menjadikan himpunan BERSIH pada kali ini bakal menemui kegagalan yang paling teruk. Malah mereka beranggapan nama-nama seperti Mat Sabu, Tian Chua mahupun Lim Guan Eng tidak dapat menandingi persona yang ada pada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa orang pemimpin utama PAS.

Beliau yang juga ahli PAS menyifatkan, andai pucuk kepimpinan parti memutuskan untuk melarang ahli PAS menyertai himpunan ini, tiada sebab untuk beliau dan semua ahli PAS untuk turut serta dalam himpunan sebegini. Ketaatan kepada ketua adalah amat penting bagi ahli PAS.

Beliau juga meramalkan bahawa akan ada ahli UMNO terutamanya para penyokong Tun M akan menyertai himpunan kali ini memandangkan Tun M kini dilihat lebih menyokong gerakan menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dan beliau menyifatkan perkara sebegini wajar dambil perhatian oleh pi
hak berkuasa.  

JSJM

APA PERLUNYA HIMPUNAN BERSIH 4.0 KEPADA NEGARA?

Heboh diperkatakan tentang penganjuran himpunan BERSIH 4.0 yang dikatakan bakal di adakan pada 29 dan 30 Ogos ini. Walaupun pihak Polis Di Raja Malaysia telah memberi amaran bahawa pihak polis akan mengambil tindakan keras terhadap penganjur dan peserta perhimpunan, tetapi menerusi beberapa portal dan pages pro pembangkang, ianya kekal menjadi viral di laman-laman sosial.

Menurut penganjurnya, Datuk S. Ambiga, himpunan ini perlu kerana ianya menunjukkan solidariti rakyat menentang korupsi didalam kerajaan dan menentang sebarang salah laku yang didakwa beliau berlaku didalam kerajaan.

Jika di imbau, perhimpunan BERSIH ini pada awalnya adalah untuk menunjukkan penentangan oleh pembangkang berhubung keputusan Pilihanraya Umum yang ke13 lalu. Mereka mendakwa, meraka memenangi pilihanraya berkenaan dan UMNO dan Barisan Nasional memanipulasikan keputusan berkenaan.

Kini himpunan ini jelas mempunyai agendanya yang tersendiri. Ianya dilihat seolah-olah ingin menutup beberapa kegagalan pembangkang dalam menguruskan parti mereka sendiri setelah gabungan pembangkang yang dibernama Pakatan Rakyat telah berkubur pertengahan tahun ini.

Di samping itu mereka membawa beberapa fitnah yang dilemparkan oleh beberapa laporan berita dari luar negara antaranya Sarawak Report berhubung 1MDB serta dakwaan rasuah RM 2.6 billion yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Walaupun isu-isu berkenaan telahpun dijawab oleh Perdana Menteri, 1MDB dan beberapa laporan akhbar, namun ianya tidak pernah diterima oleh mereka dan mereka menganggap jawapan berkenaan adalah mengarut dan tidak boleh diterima sama sekali.

Jika dilihat, mereka sebenarnya ingin memastikan pentadbiran Malaysia dimalukan dan dilemahkan dari dalam. Dalam beberapa laporan media sebelum ini, Ambiga mengesahkan ada menerima dana dari luar negara untuk menganjurkan himpunan ini.

Memandangkan himpunan ini begitu hampir dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara kali ke 58, mereka mengambil kesempatan memburuk dan menjatuhkan imej negara pada mata dunia. Jelas, mereka yang menyertai himpunan ini sebenarnya bukan menyayangi negara seperti didakwa. Mereka jelas bersubahat untuk menjahanamkan negara menerusi tindakan yang dilabelkan sebagai tidak bertamadun dan tidak beradab.

Sepanjang mengemukakan pelbagai dakwaan dan salah laku, mereka tidak pernah menunjukkan bukti yang mereka ada kepada SPRM mahupun PDRM untuk siasatan lanjut dijalankan. Jelas disini, kewajaran mereka menganjurkan himpunan sebegini pastinya akan menyusahkan rakyat dan paling utama imej dan maruah negara akan tercalar akibat himpunan sebegini.

JSJM

KERJASAMA SARAWAK REPORT DAN HACKER TEMPATAN

Awal malam kelmarin, satu video yang dipercayai dikeluarkan oleh satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka "Anonymous" cuba menghasut kebencian terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disebarkan menerusi media sosial samada menerusi Whatsapp, Youtube dan Facebook.

Menerusi video yang berdurasi 7 minit 59 saat itu, mereka menyebut tentang beberapa isu terkini yang sedang hangat dipermainkan samada menerusi pembangkang mahupun pengikut dan pemuja Tun M. Ini termasuklah mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib dan Datin Seri Rosmah terhadap pembunuhan model sambilan dari Monggolia, Altantuya Sharibbuu beberapa tahun yang lalu.

Turut disiarkan melalui video berkenaan, dakwaan yang nyata palsu oleh Sarawak Report berhubung dakwaan salah laku didalam 1MDB yang mendorong pihak polis mengeluarkan waran tangkap dan memohon Interpol meletakkan nama Clare Rewcastle Brown dalam senarai merah mereka.


Apabila melihat video ini, ianya sebenarnya satu propaganda berbentuk ugutan yang dilakukan oleh mereka yang tidak ada otak dan tidak memahami perundangan. Perlawaan mereka menyertai himpunan BERSIH 4.0 juga menampakkan ianya direka oleh golongan yang mengganggap diri mereka hacker tempatan dengan menggunakan suara latar yang begitu fasih berbahasa Inggeris.

Slangabahasa yang digunakan oleh suara latar berkenaan dilihat seperti suara warga barat tetapi menggunakan warga tempatan selaku watak "miming". Ini menguatkan lagi kaitan Sarawak Report dengan kerjasama hacker dan hater tempatan bagi menghasilkan video ugutan sebegini.

Apa yang pasti, disaat ramai rakyat Malaysia yang berpuak-puak samada pro PM, Pro Tun M mahupun pro pembangkang, negara kita sebenarnya sedang diserang dengan cara alaf baru. Barat tidak perlu menghantar berbatallion tentera untuk menakluk negara seperti dahulu. Cukup memulakan serangan menerusi applikasi internet yang sedia ada.

Sedar-sedarlah wahai anak Malaysia. Inilah masanya untuk kita bersatu padu menjaga kedaulatan negara dari mengagungkan nafsu politik masing-masing.

JSJM

Tuesday, 11 August 2015

PERMINTAAN LUAR BIASA KHAIRY JAMALUDDIN

Malaysia sekali lagi dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada temasya sukan terulung di Asia Tenggara, Sukan SEA pada tahun 2017. Pemilihan ini bermakna Malaysia harus bersedia dari sekarang dalam segenap aspek samada dari segi persiapan dan venue yang akan menjadi tumpuan nanti.

Menariknya, menerusi sidang akhbar yang dilakukan oleh Khairy Jamaluddin pada majlis rumah terbuka kementerian beliau di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam, beliau memerlukan sekurang-kurangnya RM 1 billion untuk persediaan sebelum dan selepas acara berkenaan berlangsung.

Alasan yang diberikan adalah beberapa vanue harus diubah suai semula mengikut garis panduan pasukan Bomba dan Penyelamat. Di samping itu menurut beliau, untuk Sukan SEA ini, pihaknya perlu membina satu pusat konvensyen baru kerana satu stadium tertutup yang ada tidak mencukupi.

Dapat difahami jika pihak beliau memerlukan pengubahsuaian terhadap beberapa venue kerana ianya perlu di selenggara dengan berkesan sebelum acara ini bermula. Tetapi apakah perlunya membina satu lagi pusat konvensyen baru kerana jika dilihat dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia sekarang, ianya jelas membazir.

Sepatutnya pihak kementerian memikirkan jalan untuk menjimatkan pembelanjaan dalam mengubahsuai dan mempertingkatkan prasana venue yang dijangka akan digunakan nanti.

Seluruh dunia mengiktiraf venue suka yang ada di Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia. Jadi permintaan sehingga RM 1 billion semata-mata untuk persediaan sesuatu temasya sukan yang bukan bertaraf dunia jelas satu permintaan yang luar biasa dan perlu dikaji semula secara mendalam.

Jika beliau melihat semula tingkah laku dan kenyataan beliau sendiri sebelum ini, beliau sewajarnya faham keadaan semasa yang melanda negara. Sewajarnya beliau tidak menambah beban yang sedia ada dengan permintaan luar biasa demi memenuhi impian menjadi tuan rumah terhebat dalam sejarah Sukan SEA.

JSJM