
Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sentiasa dilihat bersendirian dalam menghadapi fitnah dan tuduhan melampau samada dari pihak pembangkang mahupun didalam UMNO itu sendiri. Lebih memburukkan keadaan, pendirian Pemuda dan Puteri UMNO itu sendiri tidak pernah tetap dan sentiasa berubah-ubah.
Khairy Jamaluddin tidak pernah menjawab walau sekalipun tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau yang seolah-olah menyokong penggulingan Presiden UMNO seperti yang pernah diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau dilihat gemar mendiamkan diri seolah-olah mengiyakan tanggapan ramai terhadap beliau. Ditambah pula dengan kegagalan beliau membentuk solidariti mempertahankan Presiden UMNO dan amat gemar memberi kenyataan yang seolah-olah memperlekehkan kedudukan Presiden, beliau kini dilihat tidak lebih daripada melukut di tepi gantang.

Ditambah pula dengan kegagalan mereka mengawal jentera di peringkat bahagian, suasana ini jelas semakin buruk apabila mereka langsung tidak bersuara untuk bersama-sama Presiden dalam mempertahankan kedudukan Presiden parti dan UMNO itu sendiri. Kadang kala tindakan mereka seumpama lalang, bergerak mengikut angin.
Jadi adalah tidak menghairankan apabila dapat dilihat dengan jelas, Datuk Seri Mohd Najib keseorangan tanpa dibantu oleh sayap yang menjadi suara pelapis bagi UMNO. Jika sebelum ini insiden yang berlaku di Rompin gagal dihuraikan oleh Khairy, begitu juga dengan Datuk Mas Ermie
yati apabila lebih mempercayai orang luar berbanding ahli Puteri itu sendiri.
Dalam mana-mana parti politik, jika pelapisnya sendiri seolah-olah enggan bekerjasama dengan ketua, pastinya ketuanya akan terus dihentam tanpa belas. Beegitu jugalah yang dihadapi oleh Datuk Seri Mohd Najib. Kekuatan UMNO terletak kepada barisan pelapisnya.
Jika mereka sendiri gagal menarik pelapis baru menyertai 2 pergerakan terpenting didalam UMNO, pastinya kredibiti dan kemampuan 2 pemimpin muda ini akan dipertikaikan oleh ahli UMNO yang lain. Jelas mereka gagal mengambil "political millage" yang mampu memperkukuhkan kedudukan mereka didalam parti.
JSJM
No comments:
Post a Comment