
Bagi mereka ianya patut dibina lebih awal atau setidak-tidaknya dibina selepas projek lebuhraya Utara Selatan yang kini menjadi tulang belakang tanah besar Semenanjung hari ini siap. Bukan setakat itu sahaja, pembinaan yang memakan belanja sehingga berbillion Ringgit ini juga bagi mereka suatu angka yang amat besar dan pastinya "harta" bumi Sarawak sekali lagi ditarah untuk projek berkenaan.
Jelas bagi golongan ini, mereka begitu taksub dan sengaja membutakan mata terhadap satu lagi projek pembangunan infrastruktur yang dirangka kerajaan negeri untuk kemudahan penduduk setempat.
Mungkin kelompok ini tidak sedar atau tidak mengetahui bahawa keadaan geografi negeri Sarawak dan Sabah adalah begitu mencabar bagi pembinaan sesuatu lebuhraya disana. Manakan tidak, faktor geografi yang bergunung ganang dan kebanyakan kawasan dipisahkan dengan sungai-sungai besar jelas menyukarkan pembinaan sesuatu lebuhraya.

Bagi mereka tanah mereka hak mereka dan kerajaan boleh mencari tanah lain untuk membina lebuhraya. Ini pastinya menyukarkan kerajaan dan kontraktor yang dilantik bagi menyiapkan lebuhraya berkenaan.
Ajaibnya, selepas pihak kontraktor mengalihkan pembinaan ke kawasan lain, pihak ini juga yang akan mencanangkan kesuluruh pelusuk sarawak bahawa kerajaan negeri mengabaikan pembangunan kawasan mereka. Persoalannya, siapa yang menyekat pembangunan dikawasan berkenaan?
Faktor kos pembinaan yang dilaporkan amat tinggi dan tuduhan mengatakan kerajaan pusat pastinya akan mengambil "harta" negeri Sarawak untuk digunakan dalam projek ini juga jelas satu lagi dakwaan yang amat dangkal.
Kerajaan hari ini komited dalam usaha membangunkan kawasan luar bandar dan negeri Sarawak dan Sabah antara negeri yang sentiasa diberi tumpuan oleh kerajaan. Tidak hairan, peruntukan besar sentiasa di salurkan oleh kerajaan setiap kali pembentangan Bajet dan Dasar Ekonomi Baru di umumkan.
Tidak timbul isu penarahan atau pemerasan hasil bumi Sarawak semata-mata mahu membangunkan negeri Sarawak. Mungkin mereka terlupa bahawa, Sarawak juga sebahagian daripada Persekutuan Malaysia dimana semua hasil negara dikumpulkan dibawah Kementerian Kewangan dan di agih-agihkan kepada setiap negeri tanpa memperdulikan berapa sumbangan yang diberikan oleh negeri berkenaan.
Jika kepimpinan terdahulu, mereka tidak melihat kepentingan pembinaan ini perlu dibawa ke Sarawak kerana ianya pasti mengundang kos yang amat tinggi. Malah Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September pun tidak pernah diumumkan sebagai cuti khas bagi membolehkan semua rakyat Malaysia meraikannya.

Sebelum terpengaruh dengan dakyah S4S mahupun DAP, renungkan semula sejarah hidup anda sewaktu anda mula kenal erti Malaysia. Pembelajaran anda boleh dikatakan disara oleh kerajaan. Malah ada dikalangan anda mendapat biasiswa negeri untuk melanjutkan pelajaran. Namun, setelah anda berjaya, anda bertindak mahu melawan dan menjatuhkan kerajaan yang berjasa diawal pengenalan anda terhadap negara?
JSJM
No comments:
Post a Comment