Jika 500 tahun lalu Tanah Melayu ini dijajah menerusi serangan armada tentera laut Portugis yang dikepalai oleh Alfonso de Albuquerque kemudiannya juga menerusi serangan laut oleh armada Belanda dan kemudiannya diambil alih oleh British menerusi tipu muslihat terhadap pembesar Melayu, kini gerakannya lebih kompleks untuk difahami.
Siapa sangka, negara sebesar Malaysia menjadi tumpuan mereka yang berkepentingan dan bernafsu besar untuk menumbangkan kerajaan yang ada pada hari ini.

Ini belum lagi dengan tuntutan pengasas Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), Doris Jones yang begitu mudah merebak dikalangan penduduk negeri itu. Apa yang membimbangkan, pergerakan SSKM ini disokong oleh kebanyakan Gen Y disana sehinggakan Perjanjian 20 Sabah menyertai Malaysia juga dimanipulasikan.

Tidak cukup dengan itu, gerakan ini seolah-olah jelas menolak kepimpinan Negeri dan Negara yang sedia ada dengan contoh jelas 2 demo yang diadakan sebelum ini, Demo Sarawak for Sarawakians dan BERSIH baru-baru ini jelas cuba menyemai fahaman kebencian terhadap kepimpinan sedia ada.

Lebih malang, ada dikalangan rakyat Malaysia yang terlalu mudah menelan fitnah yang disebarkan sehingga menyebabkan komposisi kerajaan hari ini menjadi lemah. Dengan kerjasama beberapa ahli politik pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tony Pua, Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar dan beberapa orang tokoh koperat termasuk Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, semua ini nampak seakan-akan hampir berjaya dilaksanakan.

Ironinya, baik SSKM, Sarawak for Sarawak mahupun kospirasi ciptaan Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown, semuanya didalangi oleh mereka yang berada didalam barisan pembangkang dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kepalanya.
Samada kita sedar atau tidak, Malaysia kini sedang cuba dijajah semula tetapi kini menerusi gerak kerja yang jauh lebih tersusun dan paling menyedihkan penglibatan rakyat Malaysia sendiri. Masihkah ada rakyat Malaysia yang mengatakan ini hanyalah gimik politik dan enggan menerima hakikat bahawa negara kini sedang diancam demi memuaskan nafsu politik masing-masing?
JSJM
No comments:
Post a Comment