Monday, 30 November 2015

RESORT SKI AIS PALING LUAR BIASA DI SELURUH DUNIA

Apabila tiba musim sejuk, lereng-lereng gunung pastinya diselutupi salji, akan dipenuhi oleh para pelancong samada dari kalangan pelancong setempat mahupun luar negara. Di serata dunia, dari chalet kayu yang sempit, dorm-dorm penginapan sementara mahupun hotel bertaraf 5 bintang pastinya akan disediakan untuk dinikmati oleh para pengunjung,

Di kesempatan ini, penulis menyenaraikan beberapa resort ski mewah dan futuristik yang boleh dikunjungi oleh peminat ski di seluruh dunia.

1. REFUGEDU GOUTER, PENGGUNUNGAN ALPS


Hotel luar biasa ini kelihatan seperti sebuah kubu di puncak gunung. Dengan di catkan berwarna perak metalik, hotel ini terletak di puncak gunung yang curam dimana ianya menjanjikan pemandangan yang amat menakjubkan.

Ramai yang beranggapan, pembinaan hotel ini cukup berani dan cukup mengerikan. Namun, bagi peminat sukan eksrim, ia merupakan satu pengalaman yang amat luar biasa. Menariknya, hotel ini boleh menampung seramai 120 orang tetamu pada satu-satu masa.

2. TSCHUGGEN GRAND HOTEL, SWITZERLAND

Diluar musim sejuk, hotel ini kelihatan tidak mempunyai apa-apa perbezaan berbanding hotel-hotel yang lain. Namun apabila tiba musim sejuk, hotel ini merupakan antara hotel 5 bintang yang sentiasa penuh di tempah oleh pengunjung luar negara.

Apa yag menariknya adalah corak hiasan lampu yang berwarna warni di setiap bumbungnya yang berbentuk layar yang setiap satunya berbeza antara satu sama lain.  Hotel ini menawarkan percutian serba lengkap dengan dilengkapi dengan 5 buah restoran dan 130 buah bilik yang dilengkapi dengan kemudahan Wifi, televisyen dan balkoni untuk melihat keindahan salji.

3. WHITEPOD RESORT, SWITZERLAND

Resort ini menawarkan percutian unik kepada pengunjungnya. Para pengunjung akan diberi peluang untuk bermalam di dalam khemah yang berbentuk iglu sambil menikmati pemandangan bersalji. Menariknya, semua khemah ini terletak pada ketinggian 1,700 meter di Penggunungan Alps.

Dengan 15 khemah keseluruhannya, ia boleh memuatkan sehingga empat orang bagi setiap khemah dimana ianya dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas, sinki, bilik air dan dapur kayu. Ia juga dilengkapi dengan saluran air panas.

4. SKIBARIN RESORT, IRAN


Pastinya ramai yag tidak mungkin akan percaya bahawa negara Parsi ini menawarkan tempat percutian ski antara terkemuka di dunia. Sebenarnya, Iran mempunyai beberapa resort ski yang hebat dan antara terbaik di dunia.

Kira-kira 1 jam perjalanan dari Tehran, Kampung Shemshak pastinya tumpuan bagi pelancong yang ingin menikmati pemandangan kawasan pergunungan Alborz. Di kawasan pergunungan ini, sebuah resort canggih akan di bina dan resort ini menggabungkan seni bina tradisional Iran dengan pemandangan gunung yang cukup menakjubkan.

5. HOTEL DAS CENTRAL, AUSTRIA

 Pernah menonton filem terbaru James Bond, Spectre? Jika pernah, pastinya anda akan teringat sebuah hotel dan prasarana hebat di bina di puncak gunung berkenaan. Sebenarnya, apa yang digambarkan didalam filem Spectre ini benar-benar wujud.

Hotel ini hanya boleh diihubungi menerusi kereta kabel dimana ianya dibahagikan kepada dua seksyen. Seksyen pertama menempatkan hotel penginapan tercanggih dimana hampir kesemua biliknya dibina didalam gunung.

Bagi seksyen dua pula menempatkan bangunan kaca yang menempatkan bar dan restoran dimana ianya digelar sebagai Ice Q. Jadi tidak mustahillah penerbit francais filem Bond memilih hotel yang terletak di Solden ini sebagai lokasi penggambaran paling unik dalam sejarah filem Bond.

JSJM

Saturday, 21 November 2015

SEJARAH AWAL SABAH YANG CUBA DINAFIKAN NURUL IZZAH

Kebelakangan ini, negeri Sabah kembali menjadi sebutan hangat berikutan tindakan biadab Nurul Izzah Anwar yang begitu terdesak membebaskan pesalah liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara. Nurul Izzah sanggup membelakangkan apa yng menimpa penduduk Timur Sabah apabila bergambar mesra dengan anak kepada Pengganas Sulu yang menyerang Sabah, 8 Mac 2013.

Tanpa ada rasa bersalah, Nurul Izzah sanggup mengenepikan segala-galanya dan bertemu dengan Jacel Kiram III, individu yang bersumpah akan menuntut Sabah tanpa mengira apa jua jalannya. Ramai yang bertanya, kenapa pihak Sulu begitu beriya-iya mahu menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia? Ikutilah sejarah ringkas berkenaan tuntutan panjang ini dan kenapa ianya berlarutan sehingga kini.

Negeri Sabah satu ketika dahulu adalah jajahan takluk Negara Brunei Darussalam seawal pemerintahan Sultan Brunei yang pertama, Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar) diantara tahun 1363 - 1402  sehingga ke penghujung abad ke-19 selama lebih 500 tahun.

Semasa Perang Saudara Brunei pada tahun 1661-1673, Sultan Muhyiddin telah menjanjikan wilayah pesisir pantai timur Sabah kepada sepupu beliau, Sultan Suluk jika membantu beliau memerangi Sultan Abdul Hakkul Mubin yang pada masa itu berkubu di Pulau Chermin di kuala Sungai Brunei pada tahun 1673. Walau bagaimanapun, Sultan Suluk dan tenteranya tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan baik dan sempurna sehingga menyebabkan kemurkaan Sultan Muhyiddin yang enggan menyerahkan Sabah kepada Kesultanan Suluk. 

Sejak itu pihak Kesultanan Suluk hanya menuntut wilayah timur Sabah. Ini terbukti daripada catitan "The History of Java" oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1817 yang mengatakan bahawa 

"On the north-east of Borneo proper (Brunei) lies a very considerable territory (Sabah), the sovereignty of which has long been claimed by Sulu government"

Untuk pemahaman lebih tepat, maksud claimed menurut penulisan Sir Thomas adalah menuntut, bukan bererti 'menguasai'.

Baron von Overbeck
Sehinggalah pada tahun 1865, Sultan Abdul Momin telah memajakkan wilayah timur Sabah yang dituntut Suluk kepada Charles Lee Moses (Moses kemudian menjual haknya kepada W.J. Torrey dan Torrey menjual haknya kepada Baron von Overbeck, Konsul Empire Austro-Hungary di Hong Kong). Baron von Overbeck bersama Alfred Dent (Hong Kong) kemudiannya menubuhkan the Dent Company.

Pada tahun 1877, Baron von Overbeck telah ke Brunei untuk membuat perjanjian pajakan baru dengan Sultan Abdul Momin. Hasil daripada perundingan berkenaan, Sultan Abdul Momin Brunei telah berkenan untuk melantik von Overbeck menjadi Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan. 

Sultan Sulu yang membuat
perjanjian dengan
von Overbeck
Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah timur Sabah pada masa itu, von Overbeck turut juga membuat perjanjian dengan Sultan Suluk ke atas wilayah timur Sabah yang dituntut Suluk sebagai jaminan mengelak masalah-masalah yang mungkin timbul di kemudian hari. Untuk ini, von Overbeck telah dilantik oleh pihak Suluk sebagai Raja Sandakan dan Dato Bendahara. 

Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh von Overbeck kepada Sultan Brunei ialah $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong Brunei, manakala duit yang dibayar kepada Sultan Suluk ialah $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878. von Overbeck kemudian menjual semua haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menyerahkannya kepada Kerajaan British.

Jika dilihat pada dokumen-dokumen pajakan Sabah pada bulan Disember 1877, ada terkandung syarat, jika Baron von Overbeck atau pengganti-penggantinya tidak membayar sewa pajakan selama 3 tahun maka Sultan Brunei atau pihak Temenggong Brunei berhak mengambil balik semua wilayah yang dipajakkan itu. Akan tetapi, dalam hal ini, pihak Brunei TIDAK pernah menggariskan untuk menuntut Sabah secara total. 

Berikutan perjanjian ini, Brunei yang paling jelas berhak menuntut Sabah andai von Overbeck pada masa itu yang menguasai Sabah, gagal melunaskan sebarang bayaran seperti yang termaktub dalam perjanjian berkenaan. Manakala bagi pihak Suluk pula, tiada sebarang perjanjian seumpama itu di tandatangani antara pihak Overbeck dan Suluk.

Alfred Dent
Sebaliknya, menurut perjanjian yang mereka tandatangani, pihak Suluk akan menuntut Sabah andai mereka merasakan ada keperluan untuk berbuat demikian dari von Overbeck. Namun begitu, Suluk tidak pernah membuat apa-apa perjanjian dengan Alfred Dent. Sebaliknya, pihak Suluk hanya memegang perjanjian asal bersama von Overbeck sebagai pegangan sehinggalah penduduk Sabah membuat keputusan untuk menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Pilihan rakyat Sabah yang telah memilih untuk menyertai Malaysia pada 1963, adalah pilihan yang perlu dihormati walaupun telah menimbulkan rasa pilu di hati sesetengah rakyat Brunei pada masa itu. Sehingga kini, hubungan rakyat Brunei dan Sabah tetap erat bagaikan kerabat, walaupun tidak duduk serumah (senegara), namun tetap duduk berjiran. 

Untuk makluman semua, dokumen-dokumen asal ini adalah disimpan di Public Record Office, London dan mempunyai bilangan rujukan Colonial Office: 874/2, 874/17, 874/18, 874/19 & 874/20. Inilah bukti-bukti nyata dan jelas, Seluruh negeri Sabah adalah dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei Darussalam sejak dari awal 1363 sehingga 29 Disember 1877. Samada sebelum mahupun selepas daripada itu, Sabah tidak pernah diserahkan atau menjadi hak milik mutlak mana-mana daeerah atau negara samada dari pihak Suluk, Filipina mahupun Indonesia.

Nurul Izzah harus tahu dan faham sejarah awal Sabah sebelum membuat tindakan bodohnya untuk menjalinkan sebarang kerjasama dengan kerajaan Suluk apatah lagi dengan keluarga Kiram di Suluk. Paling utama, sehingga hari ini kerajaan Filipina, sejak pemerintahan Jose Rizal, tidak pernah mengiktiraf keluarga Kiram terutamanya Jamalul Kiram, adalah Sultan dan pemerintah Kepualuan Sulu.

Sultan Jamalul Kiram III
Ini adalah kerana, seramai 42 orang penduduk kepulauan berkenaan mengaku bahawa mereka adalah Sultan Sulu. Namun, hanya 3 orang sahaja yang dapat menunjukkan susur galur mereka dan ini juga tidak dapat meyakinkan Manila tentang tuntutan yang mereka suarakan.

Perlantikan Jacel Kiram selaku Gabenor di Kepulauan Sulu juga sebenarnya bukan atas kemahuan Manila. Namun memandangkan Jamalul Kiram III mempunyai pengaruh di sana, Jacel Kiram akhirnya diberi keizinan untuk menjadi Gabenor, itupun setelah dua kali kiraan semua undian perlantikan Gabenor untuk kepulauan berkenaan.
 

JSJM

Sunday, 8 November 2015

SEPULUH PEMBUNUH PALING KEJAM DALAM SEJARAH DUNIA - SIRI 2

Menerusi artikel sebelum ini, lima nama manusia paling kejam dalam sejarah dunia telah di dedahkan. Berikut adalah siri dua tentang kisah ini.

6. Bernard Hunwick

Dengan menyandang gelaran "Barry The Bear", pada 1982, dipercayai terbabit dalam lebih 300 pembunuhan. Namun, menerusi kiraan rasmi, dia didapati terbabit dalam lingkungan 100 pembunuhan. Menariknya, seperti Frank Scheweihs, dia hanya disabitkankan dengan satu sahaja pembunuhan pada tahun 1999.

Dia hanya disabitkan dengan satu pembunuhan dan merancang satu lagi pembunuhan. Itupun selepas pihak FBI menyamar dengan mengupah Hunwick bagi membunuh seorang pengedar dadah. Dalam perbicaraan tunggal yang dihadirinya, dia mengaku membunuh penyeludup kokain, Richard Diego Messina yang dijumpai dengan lehernya dipotong

 Dia bukan sebarang penjenayah kerana dia dilaporkan terlalu kasual untuk menyabitkan keatas setiap pembunuhan yang dilakukan.Tidak hairanlah apabila dia pernah berkahwin dengan seorang model Playboy yang juga pengedar ganja. Semasa disoal siasat, dia mengaku pernah menyumbat serpihan gelas yang telah dipecahkan kedalam mulut mangsanya sebelum membelasah mangsanya hanya dimuka bagi memastikan kaca berkenaan membunuh mangsanya itu sendiri.

Kehebatan Hunwick akhirnya terpadam apabila dia dijatuhi hukuman penjara semumur hidup. Namun dia hanya menghabiskan hanya 10 tahun sahaja hukuman berkenaan dan pergi membawa senarai panjang mangsa bunuhnya tanpa walau seorangpun didedah dan dibela sewajarnya.

7. Rosalio Reta

Bagi menampung kehidupan dia di kawasan terpencil di Mexico, dia mengambil upah selaku pembunuh upahan untuk kartel dadah Zetas. Dia pastinya akan memperolehi pendapatan AS$ 10,000 sehingga AS $ 50,000 setiap kali membunuh.

Apa yang menariknya disini, bukan cara pembunuhan malah upah yang diterima Reta untuk dibicarakan. Reta memulakan kerjaya membunuh pada usia 13 tahun! Ketika ditangkap, Reta masih dibawah umur dan kini meringkuk didalam penjara selama 30 tahun diatas pembabitannya dalam 30 kes pembunuhan.

Seorang lagi rakan Reta, Fransisco Miguel N ditahan pada usia 16 tahun pada 2012 dan mengaku terbabit dalam lebih 50 pembunuhan samada terancang ataupun sebaliknya. Miguel dilaporkan menyertai kartel dadah Los Mazatlecos semasa melakukan jenayah berkenaan dan menyandang gelaran El Nino yang mebawa maksud budak lelaki.

8. Rodney Charles Collins

Warga Australia pastinya tiddak dapat melupakan nama ini jika mengatakan tentang hal pembunuhan kejam. Dia menjadi suspek 9 kes pembunuhan namun hanya disabitkan dalam 2 kes.

Pada Julai 1987, Collins yang pada ketika itu mengenakan uniform polis dan menggunakan waran geledah, telah menyerbu sendirian kerumah pengedar dadah psangan Ray Abbey dan Dorothy Abbey. Dia didapati telah mengurung anak pasangan berkenaan dan menembak mati Ray dan Dorothy sebelum bersuka ria mengelar leher pasangan berkenaan. Mayat pasangan berkenaan hanya dijumpai oleh anak mereka keesokan harinya.

Dalam satu kes lain, dengan modus operandi yang hampir sama, Collins telah membunuh pasangan Michael Schievella dan Heather McDonald pada tahun 1990. Juga dengan mengurung 2 orang anak pasangan berkenaan, cara pembunuhan yang dia lakukan sama seperti pembunuhan pasangan Ray dan Dorothy.

Namun karier pembunuhannya berakhir pada tahun 2010 apabila akhirnya dia dibicarakan dengan ketua kumpulan jenayah terancang di Australia, Carl Williams sanggup menjadi saksi perbicaraan. Williams adalah individu yang bertanggungjawab mengupah Collins melakukan pembunuhan keatas pasangan Ray dan Dorothy Abbey.

Namun belum sempat Williams memberi keterangan di mahkamah, Williams didapati mati dibelasah di gimnasium dengan menggunakan peralatan di gimnasium berkenaan.

9. Jimmy Moody

Karier pembunuhan Moody sebenarnya cukup panjang untuk dibicarakan. Semuanya bermula di London apabila dia bekerja dengan "The Richardson" dan "The Krays". Menariknya, dia pernah dipenjarakan selama 4 tahun kerana disabitkan dengan satu kes bunuh pada tahun 1968.

Sebaik dilepaskan, dia menyertai kumpulan yang menyasarkan trak perisai sebagai mangsa.Dengan menggunakan gergaji sebagai cara untuk memecah masuk kedalam trak yang disasarkan, kematian akibat penggunaan cara itu terlalu banyak untuk dihitung. Tindakan ini digelar oleh kebanyakan penduduk London sebagai "The Chainsaw Gang".

Selepas berjaya melarikan 900 ribu pound dalam satu rompakan, dia akhirnya berjaya ditangkap dan diletakkan di penjara Brixton sementara menunggu hari perbicaraan. Namun, dengan bantuan Gerrard Tuite, seorang ahli militan IRA, mereka menggali dinding penjara berkenaan dan berjaya melarikan diri melalui bumbung penjara.

Sebaik berjaya melepaskan diri, dia melarikan diri ke Belfast, Ireland dan menjadi pembunuh upahan bagi Tentera Republik Ireland. Namun, dia akhirnya menemui ajal di sebuah pub di Ireland pada Jun 1993 setelah ditembak di kepala, belakang dan dadanya.

10. Fred Burke

Pada kebangkitan era gangsterism yang kebanyakannya dimonopoli oleh gangster keturunan Itali, Al Capone, nama Fred Burke tidak dapat dipisahkan dengan kejahatan pembunuhannya. Dia dikenali sebagai "the killer" didalam dunia gelap gangster, membunuh merupakan satu kelengkapan bagi hidupnya. Dikhabarkan, andai beliau tidak membunuh sehari, ianya seumpama hari yang tidak lengkap baginya.

Kariernya bermula sewaktu membunuh 3 orang ahi geng di Detroit pada 1927. Fred kemudiannya mendapat nama tersohornya "Saint Valentine's Day Massacre" yang menjadi antara kes tembakan paling tekenal. Pada tahun 1929, empat orang lelaki berpakaian polis telah menumpaskan 7 rangkaian gangster 'bugs' Moran, pesaing terbesar Al Capone. Seorang mangsa, John May menemui ajalnya dengan 17 kesan tembakan di badannya. Ini termasuk dengan satu tembakan tepat dikepalanya.

Walaupun Burke merupakan seorang pembunuh tegar, dia amat sukar diberkas. Dia hanya ditangkap ketika terbabit dalam kemalangan jalan raya. Namun sebelum itu dia telah membunuh seorang anggota polis yang mula-mula tiba kelokasi kemalangan berkenaan. Dia ditangkap pada tahun 1931 dan menemui ajal pada rahun 1940, 9 tahun selepas disabitkan kesalahan membunuh.

Al Capone ketika ditanya tentang kehebatan Fred memberitahu, Fred pada matanya dalah seorang "Angel of Death" kepada mana-mana musuhnya dalam dunia gangsterism. Dia menyifatkan Fred seperti seekor  Syaitan yang sentiasa suka melihat darah mengalir keluar. Namun begitu, Al Capone menyatakan, Fred seorang yang pendiam dan akan menjalaskan tugasnya samada diarah ataupun tidak kerana Fred pernah mengaku kepadanya bahawa membunuh akan menyebabkan dia lebih segar dan hebat.

JMKMJ

SEPULUH PEMBUNUH PALING KEJAM DALAM SEJARAH DUNIA - SIRI 1

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan pembunuhan kejam di Jalan Pahang-Cameron Highland di Tapah. Mengikut laporan, 4 orang masa setakat ini telah disahkan dibunuh dilokasi kejadian manakala kehilangan 2 orang lagi di kawasan berkenaan turut dikaitkan dengan keluarga berkenaan.

Kejadian ini mengimbau semula kes pembunuhan kejam Mona Fendi dan apa yang berlaku keatas jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya berserta 3 orang pembantunya yang lain. Namun, ini bukanlah yang pertama berlaku didunia ini. Berikut adalah 10 orang pembunuh paling kejam yang direkodkan dalah sejarah ketemadunan manusi moden.

1. Abdullah Catli

Pembunuh dari Turki ini merupakan ketua kumpulan nasionalis Grey Wolves pada tahun 1970-an. Antara kejadian yang paling diingati adalah tindakan dia bersama beberapa kuncu-kuncunya yang lain bertindak membunuh dengan kejam 7 orang pelajar yang dipercayai mendokong fahaman komunis dengan cara mengikat dan mengelar mereka satu persatu.

Pada 1981, Abdullah dipercayai memberi arahan rahsia kepada Mehmet Ali Agca yang juga ahli kumpulan Grey Wolves untuk membunuh Pope John Paul II. Dua tahun kemudian, Abdullah dan Mehmet ditahan kerana cubaan membunuh seorang wartawan. Namun demikian, Abdullah dibebaskan.

Namun demikian, penahanan Abdullah memberi seribu rahmat kepada beliau. Sebaik dibebaskan, pihak berkuasa Turki telah merekrut dia didalam Agensi Perisikan Turki dimana peranannya yang paling diingati adalah menghancurkan gerakan ahli Gerakan Pembebasan Armenia. Sebagai upah, dia hanya dibayar dengan heroin. Dengan bekalan heroin yang banyak, dia mengatur penyeludupan dadah ke Perancis dan Switzerland.

Dia pernah ditahan di Perancis pada tahun 1984 dan sekali lagi ditahan di Switzerland pada tahun 1988. Sebaik diusir pulang oleh pihak berkuasa Switzerland pada tahun 1990, dia dilaporkan bekerja dengan Polis Turki dan tugas utamanya adalah menjadi pembunuh upahan terhadap ahli dan pemimpin Parti Pekerja Kurdistan yang pada ketika itu menuntut hak mewujudkan sebuah negara Kurdistan,

Modus operandinya cukup mudah, menipu wang mereka, menculik kemudian dibunuh dengan kejam. Pada 1996, dia akhirnya menemui ajal dalam satu kemalangan jalanraya. Kematiannya menimbulkan perdebatan dikalangan pemimpin Turki kerana dia maut bersama-sama pegawai polis berpangkat tinggi dan seorang Ahli Parlimen Turki walaupun pada ketika itu dia menjadi buruan utama polis Turki. Dianggarkan, seramai 4,000 orang menemui ajal dari tangan dia sendiri.

2. John Childs

Dalam sejarah British moden, nama John Childs sentiasa dikenang sebagai pembunuh upahan yang paling banyak meragut nyawa dalam sejarah. Ketika ditemubual oleh seorang wartawan dipenjara mengenai pembunuhan yang dilakukannya, beliau hanya ketawa menyahut soalan demikian.

Pembunuhan pertama yang dilakukan oleh Childs dilaporkan pada November 1974. Dia dilaporkan membunuh ahli perniagaan, George Brett dengan menggunakan sub mesingan dengan upah 1,800 pound. Dia kemudiannya menerima upah sebanyak 4,000 pound untuk membunuh Fred Sherwood yang merupakan pengurus rumah kebajikan, dengan hanya menggunakan tukul kayu. Apabila melihat Fred dalam keadaan nazak, Childs
menembak mangsanya tepat didahi Fred.

Namun begitu, semua mangsa pembunuhan Childs langsung tidak ditemui. Ketika membuka semula rahsianya, beliau menceritakan bagaimana beliau mencincang mayat semua mangsanya sebelum dimasukkan kedalam mesin pengisar industri dan membakarnya. Ada juga dakwaan mengatakan, dia turut memakan mayat berkenaan. Dari kisah inilah Hollywood membuat sebuah kisah yang meletup dipasaran yang diberinama Silent of the lamb.

3. Stretko Kalinic

Kalinic direkodkan sebagai seorang ahli kumpulan Zemun Clan yang aktif diantara tahun 200 hingga 2003. Kumpulan ini bertapak di Eropah Tenggara dan merupakan cabang bagi kumpulan Mafia di Serbia. Walaupun terdapat beberapa orang pembunuh upahan yang aktif dalam kumpulan berkenaan, namun nama Kalinic pastinya diingati sebagai manusia paling kejam dalam kumpulan ini.

Kalinic mendapat nama samaran "the beast" berikutan kegemaran utamanya iaitu mencerai beraikan anggota badan mangsa pembunuhannya. Beliau pernah membunuh seorang lelaki hanya semata-mata nilai persahabatan didalam kumpulan itu tanpa menerima walau 1 sen pun bayaran.

Kejadian pembunuhan yang kekal salam ingatan adalah pembunuhan Milan Jurisic pada tahun 2006. Milan telah dibelasah oleh Kalinic dan beberapa rakannya hanya kerana dituduh menjadi penyampai maklumat kepada pihak polis.

Milan dilaporkan dibelasah tanpa henti selama 8 jam secara bergilir-gilir. Disaat sedang nazak, Kalinic mengelar seluruh badan Milan dan mencucuhkan api disetiap luka berkenaan. Sebaik Milan menemui ajal, Kalinic dan beberapa orang rakannya, mencincang mayat berkenaan dengan sebahagian mayat berkenaan dihapuskan. Ada beberapa bahagian badan Milan dimasak dan dimakan manakala kulit muka disiat dan dijadikan topeng untuk hari Halloween.

Pada tahun 2003, Zemun Clan telah membunuh Perdana Menteri Serbia, Zoran Djindjic dan Kalinic dilapporkan antara dalang utama pembunuhan berkenaan. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun tanpa kehadirannya di sebuah mahkamah di Serbia. Pada 2010, Kalinic akhirnya berjaya ditangkap namun pernah cuba untuk melarikan diri pada tahun 2012. Usahanya nyata menemui kegagalan dan Kalinic beserta rakannya berjaya ditangkap semula.

4. Christopher Flannery

Ramai dikalangan penduduk Australia menggelarkan Flannery sebagai "Mr. Rent A Kill". Dia dianggap sebagai penjayah sepanjang hayat bermula pada usia 14 tahundengan jenayah pecah rumah dan mencuri kereta. Pada penghujung karier pembunuhnya, dia dibayar sebanyak $A10,000 untuk satu-satu pembunuhan.

Pada 1979, Flannery bekerja sebagai pengawa kelab malam di Melbourne. Dari sinilah karier pembunuh bersirinya bermula dengan pembunuhan pertamanya dilakukan keatas peguam Roger Wilson dengan upah $A35,000. Dia dilaporkan menculik Wilson, membawa Wilson kedalam hutan, menyeksa semahu-mahunya kemudian membunuh. Flannery juga dilaporkan telah melupuskan mayat Wilson  dengan cara mencincang mayatnya dan ditanam di beberapa tempat di hutan berkenaan.

Flannery pernah ditahan sebaik kehilangan Wilson dilaporkan namun dibebaskan kerana kekurangan bukti. Namun ketika melangkah keluar dari mahkamah, dia kembali ditahan diatas tuduhan pergaduhan lima penjuru yang menyaksikan Flennery berjaya membunuh 13 orang pesaingnya dengan upah $A50,000.

5.  Frank Schweihs

Masih ingat keatas kematian "Angle of Hollywood", Marilyn Monroe? Ramai yang mempercayai Marilyn Monroe menemui ajalnya dengan membunuh diri. Namun hasil siasatan yang dilakukan oleh oleh pihak berkuasa Amerika menemui kisah yang cukup mengejutkan. Monroe sebenarnya telah dibunuh dan pembunuh yang melakukannya ialah, Frank Schweihs.

Dikenali sebagai "The German, beliau pernah disifatkan oleh penguatkuasa undang-undang Chicago sebagai seorang pembunuh kejam yang dilahirkan dari neraka yang sanggup mencabut nyawa sesiapa sahaja hanya dengan satu arahan.

Dengan "trademark", apa yang kamu buat, itu yang kamu akan dapat sebelum membunuh, dia sentiasa menjadi suspek utam keatas setiap pembunuhan yang dia lakukan namun tidak pernah disabitkan keatas setiap pertuduhan kecuali hanya satu sahaja kes pembunuhan.

Kes pada Disember 1962 adalah penyebab dia akhirnya disabitkan kesalahan membunuh. Teman wanita Scheweihs yang berusia 18 tahun telah didapati maut. Pada awalnya dia tidak disabitkan dengan kesalahan berkenaan, namun kesilapan dia yang memberi kenyataan bercanggah mengakibatkan segala-galanya terbongkar dimana dia menyusun plot pembunuhan berkenaan seolah-olah teman wanitanya membunuh diri.

Dalam satu pengakuan bertulis Schweihs, dia memberitahu bagaimana dia membunuh Marilyn hanya atas satu arahan yang diterimanya melalui satu panggilan daripada "Mr Black" dan merancang plotnya sama seperti apa yang dilakukan terhadap teman wanitanya. Tiga bulan kemudian, dunia ditipu oleh Amerika dengan kononnya Marilyn menemui ajalnya dengan membuh diri.

Bersambung....

JMKMJ