Di kesempatan ini, penulis menyenaraikan beberapa resort ski mewah dan futuristik yang boleh dikunjungi oleh peminat ski di seluruh dunia.
1. REFUGEDU GOUTER, PENGGUNUNGAN ALPS
Hotel luar biasa ini kelihatan seperti sebuah kubu di puncak gunung. Dengan di catkan berwarna perak metalik, hotel ini terletak di puncak gunung yang curam dimana ianya menjanjikan pemandangan yang amat menakjubkan.
Ramai yang beranggapan, pembinaan hotel ini cukup berani dan cukup mengerikan. Namun, bagi peminat sukan eksrim, ia merupakan satu pengalaman yang amat luar biasa. Menariknya, hotel ini boleh menampung seramai 120 orang tetamu pada satu-satu masa.
2. TSCHUGGEN GRAND HOTEL, SWITZERLAND

Apa yag menariknya adalah corak hiasan lampu yang berwarna warni di setiap bumbungnya yang berbentuk layar yang setiap satunya berbeza antara satu sama lain. Hotel ini menawarkan percutian serba lengkap dengan dilengkapi dengan 5 buah restoran dan 130 buah bilik yang dilengkapi dengan kemudahan Wifi, televisyen dan balkoni untuk melihat keindahan salji.
3. WHITEPOD RESORT, SWITZERLAND

Dengan 15 khemah keseluruhannya, ia boleh memuatkan sehingga empat orang bagi setiap khemah dimana ianya dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas, sinki, bilik air dan dapur kayu. Ia juga dilengkapi dengan saluran air panas.
4. SKIBARIN RESORT, IRAN
Pastinya ramai yag tidak mungkin akan percaya bahawa negara Parsi ini menawarkan tempat percutian ski antara terkemuka di dunia. Sebenarnya, Iran mempunyai beberapa resort ski yang hebat dan antara terbaik di dunia.
Kira-kira 1 jam perjalanan dari Tehran, Kampung Shemshak pastinya tumpuan bagi pelancong yang ingin menikmati pemandangan kawasan pergunungan Alborz. Di kawasan pergunungan ini, sebuah resort canggih akan di bina dan resort ini menggabungkan seni bina tradisional Iran dengan pemandangan gunung yang cukup menakjubkan.
5. HOTEL DAS CENTRAL, AUSTRIA

Hotel ini hanya boleh diihubungi menerusi kereta kabel dimana ianya dibahagikan kepada dua seksyen. Seksyen pertama menempatkan hotel penginapan tercanggih dimana hampir kesemua biliknya dibina didalam gunung.
Bagi seksyen dua pula menempatkan bangunan kaca yang menempatkan bar dan restoran dimana ianya digelar sebagai Ice Q. Jadi tidak mustahillah penerbit francais filem Bond memilih hotel yang terletak di Solden ini sebagai lokasi penggambaran paling unik dalam sejarah filem Bond.
JSJM
No comments:
Post a Comment