Yang hadir sama Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahamat Bivi Yusoff. Musa yang juga Menteri Kewangan negeri menambah, kerajaan negeri tidak pernah sesekali terlepas pandang dan sentiasa mencari jalan untuk membantu graduan di negeri ini memiliki pekerjaan.
Malah, kata beliau, usaha kerajaan negeri itu menambah baik kawasan luar bandar terutama penyediaan akses jalan asas bagi menghubungkan kawasan kampung dan bandar supaya menarik minat pelabur adalah memberi peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan.
“Selain itu, kita juga menyediakan peruntukan tanah kepada graduan menceburi bidang agro pertanian yang mampu meningkatkan ekonomi sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara,” katanya.
Dalam pada itu, Musa turut menyeru semua syarikat swasta di negeri ini untuk memberi peluang dan membuka pintu seluas-luasnya kepada graduan untuk memasuki alam pekerjaan melalui SL1M.
langkah itu, ujar beliau, merupakan tanggungjawab syarikat swasta dalam memberi ‘pulangan balik’ kepada masyarakat demi kebaikan sejagat. Sementara itu, Rahamat Bivi dalam ucapannya memberitahu, seramai 71,000 graduan mendapat manfaat sekali gus dibantu melalui SL1M yang ditubuhkan sejak 2011.
Menurutnya, pihaknya optimis untuk memperhebat SL1M dalam usaha membantu para graduan memiliki pekerjaan serta meningkatkan ekonomi mereka serta menyumbang kepada pendapatan negara.
“Hari ini kita melaksanakan SL1M di peringkat negeri Sabah. Alhamdulillah dengan bantuan kerajaan negeri serta 43 syarikat gergasi negara terlibat secara langsung dalam program yang dihadiri lebih 2,500 graduan negeri ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment