Thursday, 25 February 2016

Thailand Mahu Kurangkan Pengeluaran Beras


Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha semalam menyeru petani mengurangkan pengeluaran beras bagi membantu kerajaan menguruskan krisis kekurangan air di negara itu. 

Prayut berkata, kerajaannya merangka strategi 20 tahun untuk mempelbagaikan sektor pertanian negara itu yang terlalu lama bergantung kepada penanaman padi.

Thailand antara pengeluar beras utama dunia, tetapi kemarau selama empat tahun berturut-turut menyebabkan tadahan air dan terusan di negara itu kering. Pakar meramalkan, fenomena El Nino bakal menjadikan musim kemarau pada tahun ini paling buruk dalam tempoh 50 tahun.

Kebanyakan petani kini tidak mendapat bekalan air untuk menanam padi menyebabkan pendapatan mereka jatuh dan ramai yang terjebak dengan hutang.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Thailand Mahu Kurangkan Pengeluaran Beras Rating: 5 Reviewed By: JMK