Belum reda kes yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan rasuah membabitkan sebuah lot banglo dan isu Taman Manggis, kini hangat diperkatakan, kemungkinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali pula bakal menerima nasib yang sama seperti Guan Eng.
Sebenarnya, isu membabitkan Azmin di Selangor, bukan baru sahaja berlaku dan diperkatakan. Sejak tahun lalu, pelbagai skandal penyalahgunaan kuasa dibongkarkan oleh ramai pihak termasuk Ahli Parlimen baru Parlimen Sungai Besar, Budiman Ahmad Zohdi.

Tidak terhenti setakat itu, isu penyelewengan wang peruntukan untuk SYABAS juga hangat diperkatakan. Dalam hal ini, Azmin sekali lagi memilih untuk mendiamkan diri dan mengelak daripada memperkatakannya sehingga hari ini. Menariknya, bukti mengenai kedua-dua isu berkenaan telahpun diserahkan kepada SPRM. Namun sehingga hari ini, SPRM memilih untuk mendiamkan diri dari menyiasat aduan berkenaan.
Tidak lama kemudian, timbul pula isu balak dan pintu gerbang Darul Ehsan yang dibongkarkan oleh Badrul Hisham Amin atau Chegu Bard. Pelbagai bukti dikemukakan termasuk beberapa laporan polis dan SPRM di buat, namun sekali lagi Azmin terselamat akibat tindakan SPRM yang langsung tidak mengendahkan semua laporan berkenaan.
Terakhir, kerajaan pimpinan Azmin sekali lagi dilibatkan dengan pertuduhan rasuah dimana kali ini bukan sekadar wang ringgit sahaja yang terlibat, malah perempuan juga turut diperdagangkan. Menariknya, hal ini dibongkar sendiri oleh Rafizi Ramli, Ahli Parlimen PKR Pandan dimana dakwa Rafizi, ianya sudah berlarutan sejak hari pertama Azmin mengambil alih kerajaan negeri.

Melihat kepada penahanan Lim Guan Eng kelmarin, ingatan pastinya terimbau kepada semua skandal-skandal yang melibatkan Azmin di Selangor. Adakah SPRM sengaja melepaskan Azmin walaupun terlalu banyak aduan diterima oleh SPRM terhadap Azmin?
Ramai yang ingin tahu, adakah SPRM sudah membuka kertas siasatannya terhadap isu DEIG, SYABAS, isu balak, pintu gerbang dan amalan rasuah didalam kerajaan negeri Selangor. Pastinya, ramai yang mahu melihat Azmin akhirnya diheret ke mahkamah atas pertuduhan yang melibatkannya.
0 comments:
Post a Comment