India akan menghantar seorang menteri kerajaan ke Arab Saudi untuk cuba membawa pulang lebih 10,000 pekerjanya yang berdepan ‘krisis makanan’ selepas mereka tidak mampu membeli makanan ekoran diberhentikan kerja.

Ramai antara mereka tiada wang untuk membeli makanan, apatah lagi tiket penerbangan pulang. Menteri Luar India, Sushma Swaraj berkata kelmarin bahawa lebih 10,000 rakyat India di Arab Saudi dan Kuwait berdepan krisis makanan kerana kegawatan ekonomi. Beliau merayu kira-kira tiga juta warga India yang tinggal di Arab Saudi supaya menghulurkan bantuan.

New Delhi akan menghantar menteri mudanya, V.K. Singh ke Arab Saudi pada minggu ini. Sementara itu, Konsulat Besar India di Jeddah menyatakan kelmarin bahawa pihaknya telah mengagihkan sebanyak 15,475 kilogram makanan kepada pekerja-pekerja India terbabit sejak tiga hari sebelumnya.
No comments:
Post a Comment