Pada 2013, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan teksi yang lebih komprehensif dan lebih teratur dengan memperkenalak program Teksi 1 Malaysia. Program ini bertujuan untuk meningkatkan imej teksi di ibu kota dengan menyeragamkan perkhidmatan berkenaan dengan menyediakan perkhidmatan yang lebi efisyen.
Namun begitu, perkhidmatan ini tidak dapat mengelak dari ditohmah. Terbaru ada pihak yang mengatakan, program ini sebenarnya telah menemui kegagalan. Dakwa mereka, program ini telah gagal menjadi "perkhidmatan teksi ikon negara" seperti yang dilaporkan pada 20 Julai yang lalu.

Harus diingat, hari ini terdapat lebih 86,000 buah teksi yang beroperasi daripada pelbagai kelas lesen di Malaysia dan setiap perubahan adalah mustahil untuk dilakukan dengan sekelip mata. Pelbagai cabaran harus diharungi seperti permasalahan struktur, budaya dan warisan yang rumit serta isu-isu semasa seperti perkhidmatan "e-hailing".
Bagi Teksi 1 Malaysia pula, program ini adalah program penjenamaan semula teksi bermeter bagi mengubah dan menaik taraf perkhidmatan supaya lebih bermutu, efisyen dan selesa. Ini dibuktikan dengan peringkat permulaan dimana kerajaan telah memutuskan untuk mengguna 1 model kenderaan sahaja iaitu Proton Exora.
Pada ketika ini, terdapat hampir 2,000 teksi telah berhijrah kepada perkhidmatan dan program Teks1M. Namun begitu, semasa proses migrasi ini berjalan, terdapat beberapa permasalahn dimana pengusaha individu dan pengendali mengad bahawa tidak mampu untuk menukar kenderaan kerana faktor kos pembelian, penyelenggaraan dan masalah-masalah teknikal yang lain.

Menyentuh mengenai isu tambang pula, pihak SPAD akan memperkenalkan kadar "flagfall" dan jarak/masa yang ditetapkan. Ini akan menggalakkan perubahan kepada kenderaan dan perkhidmatan lebih baik kepada pengguna.
Jelas disini, apa yang cuba disampaikan oleh pihak SPAD ini telah menjawab fitnah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab hanya semata-mata untuk melemparkan persepsi negatif terhadap usaha yang sedang giat dijalankan oleh pihak SPAD dan kerajaan.
0 comments:
Post a Comment