SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebuah kapal terbang kepada kelab bola sepak Johor Darul Takzim (Johor DT) semalam. Baginda menghadiahkan kapal terbang model Gulfstream 550 yang akan digunakan oleh para pegawai dan pemain kelab tersebut dalam mengharungi kempen Liga Malaysia serta Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Kapal terbang Gulfstream 550 merupakan model jet peribadi yang dibangunkan Gulfstream Aerospace yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Harga terkini model kapal terbang tersebut adalah antara AS$48 juta hingga AS$61 juta (RM196 juta hingga RM269 juta).
Kapal terbang dengan kelajuan 459 knot itu boleh dikemudi dua juruterbang dan mampu menampung 19 penumpang serta bergerak sejauh 12,000 kilometer.
0 comments:
Post a Comment