Dua penyamun hanya sempat ‘melaram’ dengan sebuah Lamborghini model jenis Gallardo selama dua hari sebelum dicekup polis selepas melarikan kereta mewah berkenaan dalam satu kejadian di Puchong pada 26 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kuala Lumpur dan Selangor pada 28 Julai lalu.

"Susulan maklumat daripada tangkapan pertama, kami berjaya menahan seorang lagi lelaki berusia 47 tahun pada hari sama kira-kira pukul 8 malam yang sedang memandu kereta mewah berwarna kuning itu di Plaza Tol Rawang, Lebuh Raya Utara-Selatan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang semalam.
0 comments:
Post a Comment