BUMI Rio de Janeiro, Brazil mungkin menjadi medan terbaik buat atlet negara membawa pulang pingat emas daripada temasya sukan terbesar di dunia, Sukan Olimpik. Rio de Janeiro yang menjadi tuan rumah temasya edisi ke-31 itu boleh dikatakan peluang terbaik buat kontinjen negara memenuhi impian membawa pulang emas walaupun ia bukan misi yang mudah untuk disempurnakan.
Namun, harapan seluruh rakyat Malaysia itu tetap tinggi, malah yakin emas pertama Sukan Olimpik yang dicari-cari selama ini bakal menjelma. Sasaran sudah pastinya kepada tiga acara sukan iaitu badminton, berbasikal dan juga terjun.

Malah, ini merupakan penyertaan terakhir Chong Wei pada Sukan Olimpik dan sudah pastinya dia mahu melakukan penamat yang akan dikenang sepanjang hayat. Azizulhasni pula merupakan antara pelumba yang semakin digeruni dalam acara keirin, dan jika prestasinya memuncak pada hari kejohanan, tiada siapa mampu menyekatnya.
Terjun yang disandarkan ke atas Pandelela Rinong mungkin agak sukar kerana reputasinya selepas meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2012 di London semakin menurun. Apa yang pasti, Chong Wei tetap menjadi taruhan terbaik untuk menghadiahkan Malaysia pingat emas pertama Sukan Olimpik.
Temasya di Rio itu yang akan bermula secara rasmi esok menyaksikan Malaysia bersaing dalam 10 acara iaitu badminton, berbasikal, terjun, renang, memanah, pelayaran, menembak, golf, angkat berat dan olahraga.
0 comments:
Post a Comment