Op Cantas Khas 2 bakal dilancarkan dalam masa terdekat bagi membanteras kegiatan kongsi gelap bersenjata api yang dilihat semakin berani melakukan jenayah secara terbuka di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, Op Cantas Khas 2 merupakan edisi baharu daripada Op Cantas yang dilaksanakan pada Ogos 2013 bagi memburu penjenayah-penjenayah tegar di negara ini.

Op Cantas pada tahun 2013 dilancarkan susulan peningkatan kes-kes kekerasan termasuk kes tembak pada masa itu.
0 comments:
Post a Comment