Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yakin jumlah jualan keseluruhan (TIV) mampu mencecah 700,000 unit pada 2018, sekiranya keadaan ekonomi semasa kembali pulih dengan peningkatan sentimen dalam kalangan pengguna.
Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, sektor automotif negara adalah tidak menentu ketika ini berikutan turun naik dalam pasaran semasa yang turut diakui pemain industri. Katanya, berdasarkan situasi ekonomi global dan domestik dalam tempoh enam bulan akan datang, dilihat agak sukar untuk meramalkan sama ada TIV akan melepasi angka 700,000 unit pada akhir 2017.

Awal tahun ini juga dilihat sebanyak 13 syarikat automotif termasuk UMW Toyota, Honda, Nissan (Edaran Tan Chong), BMW, Mercedes-Benz, Volkswagen, Naza Kia, Citroen, Mitsubishi, Isuzu, Ford, Jaguar dan Land Rover melancarkan kira-kira 27 model baharu dan versi peningkatan.
Jun lalu turut menyaksikan, sekurang-kurangnya tiga syarikat automotif utama, Mercedes-Benz, Honda dan Porsche melancarkan model baharu masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata, Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dilihat akan mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran berdasarkan prestasi memberangsangkan syarikat automotif berkenaan sehingga akhir Mei 2016.
“Faktor penyumbang utama adalah disebabkan kereta yang ditawarkan oleh Perodua kebanyakannya dalam kadar harga jualan yang berpatutan kepada orang ramai,” katanya.
0 comments:
Post a Comment