Thursday, 1 September 2016

Cubaan Sabotaj Malam Merdeka


Tiga anggota militan Daesh yang bersiap sedia untuk melakukan serangan ke atas pusat-pusat hiburan, kuil, balai-ba­lai polis dan anggotanya di Lembah Klang menjelang Ambang Merdeka 2016 malam kelmarin berjaya dicantas. 

Bersama tiga tangkapan melibatkan lelaki warga Malaysia itu, polis me­rampas sebutir bom ta­ngan jenis K75, sepucuk pistol jenis CZ 2075 Rami dan 24 butir peluru berukuran 9 milimeter (mm) yang dipercayai untuk kegunaan ketika me­lakukan serangan.

Ketiga-tiga lelaki itu ditahan dalam operasi khas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di Setiawangsa, ibu negara, di Sungai Merab, Kajang dan di Temerloh, Pahang pada 27 hingga 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua lelaki yang berusia 20 hingga 27 tahun itu menerima arahan daripada Mohamad Wanndy Mohamad Jedi iaitu anggota kumpulan Daesh warga Malaysia yang kini berada di Syria.

No comments:

Post a Comment