My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 4 September 2016

    Dari Kota Kinabalu Ke Lawas


    Seorang lelaki sanggup melarikan Honda Accord miliknya dari Luyang, Kota Kinabalu sejauh 186 kilometer ke daerah ini semata-mata mahu mengelak kereta berkenaan disita bank akibat kegagalannya menjelaskan ansuran bulanan kenderaan itu sejak berbulan lalu. 

    Bagi mengelak ia dikesan, lelaki berusia 28 tahun itu menukar nombor pendaftaran kereta berkenaan. Ketika ditahan, lelaki terbabit terkejut kerana helahnya menukar nombor pendaftaran digagalkan polis.

    Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di pekan Trusan di sini, kelmarin. 

    “Pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran kereta berkenaan palsu. Suspek ditahan untuk siasatan lanjut kerana memandu kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu. Siasatan lanjut mendapati suspek menukar nombor pendaftaran kereta berkenaan kerana mahu mengelak daripada dikesan bank,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dari Kota Kinabalu Ke Lawas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top