Kebelakangan ini, pihak-pihak pembangkang semakin giat mendakwa ekonomi negara kini berada dalam situasi tenat. Malah ada yang mendakwa, Malaysia bakal berhadapan dengan kemuflisan akibat kegagalan pihak kerajaan menjaga dan mengawal ekonomi negara sehingga ada diantaranya melabelkan, kaum Melayu tidak layak untuk mengawal selia ekonomi negara.
Menariknya, sebuah akhbar berbahasa Cina, China Press, hari memaparkan bahawa hanya akhbar berbahasa Cina sahaja yang begitu giat memperincikan hal ehwal ekonomi, manakala akhbar berbahasa Melayu, sibuk bercerita tentang hiburan, kemalangan, insiden bom, dadah, dan lain-lain hal yang remeh temeh melekakan Melayu.
Alasan yang diberikan oleh China Press berhubung dakwaan ini adalah, akhbar berbahasa Melayu takut untuk menyiarkan keadaan ekonomi kerana bimbang rakyat panik dan sebagainya. Adakah dakwaan ini benar?

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa kesemua agensi kerajaan termasuk Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia sentiasa menyalurkan informasi terkini berhubung situasi semasa di Malaysia. Ini termasuklah kedudukan ekonomi negara dan semua perkara melibatkan kerajaan.
Justeru, untuk mengatakan akhbar-akhbar berbahasa Melayu ini enggan mengeluarkan fakta tentang ekonomi, ia adalah satu pandangan silap yang dibuat oleh China Press. Sebagai contoh, Bank Negara Malaysia sentiasa mengemaskini data setiap suku penggal prestasi semasa ekonomi negara untuk diberitahu kepada seluruh rakyat.
Hari ini, prestasi pertumbuhan ekonomi negara memang agak perlahan akibat daripada kelembapan ekonomi global. Namun pertumbuhan negara masih dilandasan yang terbaik iaitu diantara 4 hingga 5 peratus dan ini mampu menampung eksport tertunggak negara untuk sekurang-kurangnya 8.1 bulan. Perkara ini ada disiarkan di Utusan Malaysia namun, ianya dipandang sepi oleh rakyat negara ini kerana mereka lebih memilih sumber berita yang diragui kesahihannya.
Dalam kes penutupan berpuluh cawangan CIMB yang diumumkan baru lalu, ramai dikalangan puak pembenci kerajaan mengatakan, penutupan ini adalah bukti kerajaan gagal menampung kerugian yang dialami CIMB serta menampakkan kedudukan ekonomi negara yang semakin melemah.
Hakikat sebenarnya, seperti yang diumumkan oleh CIMB baru lalu, penutupan ini dibuat atas dasar penjimatan CIMB atas beberapa sebab. Antaranya, lebihan cawangan di sesuatu tempat sehingga ada diantaranya terdapat 3 cawangan CIMB dalam satu kawasan.
Disamping itu, perkembangan internet banking juga semakin meluas dan ini menyebabkan CIMB berasakan adalah lebih baik mereka memperkasakan internet banking dari menampung operasi cawangan CIMB yang dianggap sudah berlebihan. Setidak-tidaknya, perolehan CIMB untuk suku penggal yang akan datang dapat dipertingkatkan.

Sebenarnya, amat mudah mengandaikan sesuatu namun hakikat yang berlaku jauh lebih baik daripada andaian yang dibuat. Harus diakui, bukan hanya ekonomi negara sahaja yang berhadapan dengan kelembapan, semua negara turut merasakan kelembapan ekonomi global.
Namun sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, situasi ini sentiasa dikawal selia dan paling utama, sebagai sebuah negara majmuk, tanggungjawab untuk memastikan ekonomi negara berada di landasan kukuh, bukan hanya dipegang oleh sesuatu kaum sahaja. Ia menuntut semua pihak bersama-sama dengan kerajaan bagi memastikan ekonomi negara sentiasa berada dilandasan yang betul.
Berhenti dari memainkan sentimen kelemahan dan kemuflisan ekonomi negara kerana ianya langsung tidak membantu membangunkan ekonomi negara disaat getir seperti ini. Sepatutnya, mereka harus faham, andai ekonomi negara benar-benar lemah dan bakal muflis, mana mungkin kerajaan mampu melaksanakan semua plan pembangunan yang sedang dan akan dibuat?
0 comments:
Post a Comment