Saturday, 3 September 2016

Jangan Jadi Pengkhianat Bangsa


“Jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang meminta kuasa asing masuk campur hal ehwal dalaman negara kita, mereka sebenarnya bukan patriotik, sebaliknya pengkhianat bangsa,” tegas Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, meminta-minta pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan bukan perbuatan seorang patriot. 

Sebaliknya, beliau mahu seluruh rakyat mengenang kesusahan untuk membebaskan tanah air dalam menentukan takdir dan masa depan sendiri.

“Kita mesti sentiasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara dan rakyat yang kita wakili, itulah yang UMNO lakukan sejak mula dan tidak akan berhenti melaksanakannya,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Kesembilan Persidangan Antarabangsa Parti-Parti Politik Asia (ICAPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Sebanyak 72 parti politik dari seluruh Asia hadir pada persidangan dwitahunan itu yang diadakan empat hari mulai Rabu lalu. Persidangan bertema Satu Asia: Ke Arah Kerjasama Prolifik. Peranan Parti-Parti Politik Asia yang berlangsung mulai Rabu lalu hingga hari ini diadakan dua tahun sekali. 

Najib berkata, UMNO salah satu parti yang berjaya di dunia yang diberi mandat memerintah negara sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955 iaitu dua tahun sebelum merdeka hingga sekarang.

No comments:

Post a Comment