Saturday, 3 September 2016

Krisis FAS Terbongkar



TINDAKAN seorang Exco yang didakwa melangkaui kuasa Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Azmin Ali dikatakan menjadi punca krisis yang melanda badan induk bola sepak itu. 

Perkara itu didedahkan oleh satu sumber yang mendakwa, Noor Hisham Mohd. Ghouth yang juga Penolong Pengurus Skuad Gergasi Merah mempunyai kuasa untuk melantik jurulatih tanpa mengadakan sebarang mesyuarat atau persetujuan daripada barisan Exco FAS.

“Pemilihan jurulatih seperti Mehmet Durakovic dan Zainal Abidin Hassan adalah keputusan Hisham yang mendapat restu Presiden FAS (Azmin). Saya pelik mengapa Hisham diberikan ‘kuasa’ untuk menentukan segala-galanya?”, kata sumber itu.

Mesyuarat FAS pada 29 Ogos lalu hanya berlangsung kira-kira 20 minit setelah Exco mempersoalkan ‘kuasa’ yang dimiliki oleh Noor Hisham.

No comments:

Post a Comment