Tidak dinafikan, nikmat mengecapi kemerdekaan negaraa buat kali ke 59 semalam, merupakan antara momen yang terbaik yang disajikan oleh kerajaan sepanjang sambutan Hari Kebangsaan pada kali ini. Dihadiri puluhan ribu rakyat Malaysia yang membanjiri Dataran Merdeka semalam, ianya bukti kesepakatan kaum dan bangsa di negara ini tanpa memperdulikan perbezaan agama, politik dan kaum.
Mengulas tentang perkara ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengajak kita meluangkan sedikit masa untuk mengimbau kembali perjalanan negara sehingga ke hari ini. Berlandaskan solidariti yang terbit dari kepelbagaian bangsa dan budaya, Malaysia kini adalah sebuah negara yang semakin disegani, dengan kejayaan di pelbagai peringkat.

Di tanah air pula, seluruh rakyat Malaysia bersatu hati, menyokong dan bersorak untuk atlet-atlet kita yang berjuang. Ini benar-benar mencerminkan tema Hari Merdeka bagi tahun ini, Sehati Sejiwa malah membuktikan semangat patriotisme yang wujud pada setiap rakyat Malaysia. Kontinjen negara juga telah mengukir sejarah dengan membawa pulang lima pingat Olimpik.
Beliau juga menegaskan, sambil kita menyambut kemenangan mereka kita juga harus menyedari bahawa kejayaan setiap individu adalah kejayaan kita bersama dan ini merupakan tonggak kejayaan tanah air yang kita cintai. Setiap individu mampu menyumbang dengan cara tersendiri, demi kejayaan Malaysia secara kolektif.

Inilah gambaran serta bukti yang telah dizahirkan oleh Presiden sebuah parti bagi kaum Cina di Malaysia. Semangat toleransi antara kaum jelas menjadi kekuatan negara dalam menempuh zaman gemilang sebuah negara yang diberinama MALAYSIA.
Salam hari kemerdekaan untuk semua.
No comments:
Post a Comment