My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 4 September 2016

    Siasat Akademi Frenz United



    Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius pengabaian terhadap pelatih Akademi Bola Sepak Frenz United (FUFA) di Janda Baik, Pahang dan mengarahkan pegawainya menjalankan siasatan.

    Menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, biarpun akademi itu bukan kelolaan KBS atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun tindakan segera akan dilakukan. Katanya, FUFA adalah program cetusan ahli perniagaan dari Singapura dan pihaknya difahamkan ia berdepan masalah pengurusan serta kewangan.

    "Bagi mengatasi masalah ini, semua pelatih dialu-alukan menyertai program pembangunan sukan negara melalui acara bola sepak. "Ibu bapa yang bimbang dengan nasib anak mereka boleh datang ke Majlis Sukan Negara (MSN) untuk berbincang," katanya ditemui selepas merasmikan Program FIT Malaysia Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Rembau, di sini, pagi ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Siasat Akademi Frenz United Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top