My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 4 September 2016

    Tiada Lagi Dunia Realiti



    Satu ketika dahulu, sewaktu terciptanya dunia internet sekitar tahun 1980-an, ramai pemerhati menjangkakan, dunia realiti bakal diambil alih oleh dunia maya dimana semua urusan, secara perlahan-lahan akan ditenggelami oleh dunia maya. 

    Selepas kira-kira 30 tahun berlalu, jangkaan ramai berhubung penggunaan internet semakin menampakkan kebenarannya. Hari ini, urusan menghantar surat diambil alih oleh e-mail, caara bersahabat pula banyak berkisar di laman sosial, berita konvensional seperti akhbar kini boleh dilayari melalui internet. Malah, permainan seperti congkak, galah panjang dan lain-lain lagi semakin ditenggelami oleh Candy Crush, Pokemon Go dan macam-macam permainan maya yang lain.

    Jadi, tidak hairanlah apabila urusan perbankan juga kini semakin lama semakin berkisar kepada penggunaan internet. Urusan seperti pemindahan wang, pembayaran bil dan pembayaran hutang piutang juga kini diuruskan melalui internet. Malah, pembelian barang keperluan juga kini boleh di order menerusi applikasi internet seperti Lazada, 11st Street dan pelbagai lagi.

    Hari ini, di Malaysia, CIMB membuat keputusan untuk menutup 23 cawangannya di Malaysia. Malah, Bank of America di Amerika Syarikat pula telah menutup sehingga 23peratus dari keseluruhan 6,100 cawangannya di seluruh Amerika, sejak 2009 lagi, menjadikan bilangan cawangan mereka kini berjumlah hanya 4689 sahaja.

    Di United Kingdom pula, 600 bank telah ditutup sejak setahun lalu. Jika mereka yang berhati hitam, mereka akan mendakwa kerajaan negara-negara ini sedang menuju kearah kemuflisan sehingga bank sendiri terpaksa ditutup akibat "hutang" yang ditanggung kerajaan. Mudahkan mereka membuat andaian?

    Jika mereka mengikuti perkembangan zaman, apa yang berlaku sebenarnya adalah kesan 'Letusan Digital'. Penutupan bank semata-mata tidak menggambarkan krisis ekonomi bagi sesebuah negara. Ia jauh sekali menyimpulkan bahawa sesebuah negara seperti Malaysia hampir muflis dan mengalami kejatuhan ekonomi.

    CIMB misalnya mencatatkan keuntungan saban tahun, petanda transaksi dan urusniaga perbankan rancak dan bisnes mereka bertambah baik. Tetapi tidak dinafikan, dalam 'Letusan Digital' banyak kerjaya akan menjadi pupus dan jawatan tersebut tidak lagi diperlukan. Urusan di kaunter bank, berdepan dengan kerani bank misalnya, sudah digantikan dengan perbankan internet.

    Duit tunai pula, digantikan dengan urusniaga menggunakan kad debit dan kredit. Kurang pekerja, maka kos operasi cawangan fizikal meningkat, menjadikan mereka tidak lagi praktikal untuk wujud sebagai 'brick and mortar' seperti yang kita tahu. Malah, 'Letusan Digital' bukan setakat memberi kesan kepada urusan dan kewujudan bank secara fizikal semata.

    Uber dan Grabcar misalnya adalah 'Letusan Digital' yang mengesankan pemandu teksi, dan pendapatan mereka. Begitu juga AirBnB, mengisi ruang kosong penyediaan perkhidmatan hospitaliti dan perhotelan. Syarikat hotel terbesar dunia ini tidak perlukan sebarang bangunan hotelpun untuk beroperasi.

    Trivago pula misalnya memudahkan pencarian hotel yang kita mahu dan mampu. Hotel dengan rating teruk dan harga tidak kompetitif, tidak akan bertahan lama. Berapa ramai pula antara kita telah semakin bergantung kepada perniagaan melalui internet. Perniagaan tudung, sambal hitam, biskut dan kek raya, pakaian, mainan anak-anak, semua di internet sahaja.

    Ia serba sedikit mengambil peranan premis-premis perniagaan dan kedai-kedai. Surirumah kini lebih arif serba serbi tentang berniaga. Khidmat mengambil gambar tak perlu lagi studio dan kedai gambar seperti dahulu. Tiada lagi keperluan untuk cucian gambar-gambar amatur. Tangkap dan cetak sendiri di rumah.

    Penggunaan emel, socmed pula sedikit sebanyak mengambil alih tugas dan fungsi pejabat pos dan tenaga kerja berkaitannya. Tiada lagi beratur panjang di Pejabat Pos, malah petugas kaunter pos pun lebih manis dan ayu senyumannya, kerana kurang tekanan kerja.

    Bahkan, penerbitan akhbar pun, jika tidak mengikut arus 'Letusan Digital', banyak penerbitan pasti gulung tikar. Oleh itu, siapa tahu nasib pekerjaan kita pada masa akan datang. Sedangkan operasi kilang sendiri sudah diambil alih oleh robot, apatah lagi kita yang bekerja yang tidak setangkas robot atau sepantas kelajuan internet masa kini. Inilah maknanya Letusan Digital yang menyebabkan manusia semakin ketinggalan dan teknologi mengawal dunia.

    Sebelum tidur setiap malam, tanya diri sendiri, adakah kita masih boleh bekerja ataupun tidak keesokan hari? Mampukah kita bersaing dengan teknologi digital jika kita masih bekerja dengan cara yang sama sejak bertahun-tahun yang lalu?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Lagi Dunia Realiti Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top