Isteri pengusaha sebuah pusat rawatan Islam di Jasin yang menjadi kontroversi ekoran caj perubatan yang melampau berjumlah RM32,800 merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) mental.
Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Burhanuddin Bachik, semakan mendapati wanita berusia 35 tahun itu menjadi pemegang kad OKU sejak 2012 dan menerima elaun pekerja cacat sebanyak RM350 sebulan.
“Bantuan itu diterima sejak 2014 dan setakat ini ia masih diteruskan hingga hujung tahun ini. Selepas ini kita akan melakukan semakan semula sama ada ia layak disambung atau sebaliknya,” katanya di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Melaka, Hamzah Mahadi berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan kepada pemilik pusat rawatan tersebut bagi mendapatkan justifikasi berhubung harga perkhidmatan yang dikenakan terlalu tinggi.
Pusat rawatan berkenaan yang beroperasi di rumah persendirian itu diuruskan oleh sepasang suami isteri berusia 42 dan 35 tahun namun hanya pihak lelaki yang mengubati pesakit manakala wanita pula membantu dalam aspek pengurusan. Selain menyelia rekod pesakit, wanita tersebut turut membantu suaminya mengurut dan melakukan mandi bunga bagi pesakit wanita.
Bagi meredakan keadaan, pengusaha premis menerusi satu entri dalam blog pusat rawatan itu tampil memohon maaf dan menutup operasi premis berkenaan serta-merta pada Sabtu lepas. Tinjauan media mendapati blog pusat itu telah ditutup semalam.
0 comments:
Post a Comment