Rata-rata rakyat Malaysia hari ini hangat memperkatakan tentang kemungkinan penganjuran himpunan BERSIH untuk kali kelima pada 19 November ini. Berlainan dengan tahun-tahun sebelum ini, himpunan pada kali ini dimulakan dengan siri konvoi yang bermula semalam di Lumut Perak sebelum ianya dianjurkan di Kangar, Perlis, tidak lama lagi.
Melihat kepada kebiadaban kumpulan ini, kumpulan Baju Merah dilaporkan akan berada di setiap lokasi konvoi yang dirangka oleh BERSIH bagi menghalang penganjuran demo seumpama ini dari terus berlaku. Malah, kumpulan Baju Merah juga berikrar untuk terus menjadi penghalang utama buat BERSIH dari terus mencambah biak idealogi jahat mereka di Malaysia.

Malah, dalam perundangan Malaysia, jika diteliti menerusi warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, warna Kuning sememangnya melambangkan institusi beraja negara. Sebagai Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu di Malaysia, mereka secara tidak langsung menjadi ketua bagi agama Islam di negara ini.
Justeru, agak menghairankan, kenapa BERSIH sendiri menggunakan warna ini sebagai warna rasmi mereka sedangkan mereka sendiri pastinya mengetahui, warna kuning adalah warna DiRaja. Jika mereka menggunakan alasan, warna berkenaan terdapat kepada warna Jalur Gemilang, kenapa mereka tidak menggunakan warna putih yang umum ketahui sebagai warna yang melambangkan kesucian dan kebersihan?
Jawapannya mudah, BERSIH sendiri ditubuhkan berasaskan idealogi politik pembangkang dimana mereka sendiri mendapat sentuhan secara langsung dari Majlis Peguam dengan Datuk S. Ambiga sendiri yang mengetuai NGO berkenaan. Selain Majlis Peguam, BERSIH juga mendapat sokongan secara terus dari DAP dan PKR yang memperjuangkan perkara-perkara yang jika dinilai secara mendalam, jelas tidak masuk akal.
Umum sedia maklum, hasrat utama DAP adalah untuk mewujudkan sebuah negara republik dimana sistem pemerintahannya sama seperti apa yang diamalkan di Singapura. Menariknya, idealogi ini kian meresapi Majlis Peguam dan PKR yang sudah acapkali melanggar titah perintah Majlis Raja-Raja Melayu.

Agak malang sekali apabila ada dikalangan kaum Melayu sendiri merelakan diri mereka menjadi hamba suruhan BERSIH dan DAP. Bagi mereka, perjuangan mereka adalah menguburkan UMNO dan tanpa mereka sedari, dengan menguburkan UMNO, secara automatiknya, mereka menguburkan kuasa kaum Melayu dan memupuskan sendiri kaum Melayu di tanahair mereka sendiri.
Inilah niat jahat terkutuk BERSIH yang sudah 5 tahun memperolokkan kuasa Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu dengan mempergunakan warna kebesaran Istana untuk menghalalkan perhimpunan jalanan yang bertujuan untuk meruntuhkan kerajaan yang dipilih menerusi demokrasi. Terkutuknya BERSIH...
0 comments:
Post a Comment