Bermula dengan serbuan yang dilakukan di pejabat BERSIH dan merampas dokumen serta barang bukti yang boleh membantu siasatan, penahanan Setiausaha Kerja DAP, Anthony Loke dan yang terkini, telah menahan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah serta Mandeep Singh, semua ini bagai memberi tamparan hebat kepada gerakan pengkhianat negara ini.

Timbul persoalan, siapakah yang bakal menggerakkan himpunan BERSIH 5 ini esok setelah penahanan Maria, Mandeep dan Anthony Loke? Adakah mereka bakal digerakkan oleh ahli politik DAP yang sebelum ini cuba mengelakkan diri mereka dari dikaitkan dengan himpunan ini?
Juga menarik untuk disaksikan, adakah gerakan BERSIH ini akan terus di sokong oleh beberapa kumpulan kongsi gelap yang telah mengeluarkan dekri untuk bersama-sama BERSIH esok? Hal ini bukan lagi rahsia apabila beberapa akaun Facebook milik mereka telahpun didedahkan kepada orang ramai dan hasutan mereka juga mencetuskan kebimbangan, apa yang akan berlaku esok.

Mengikut pengalaman, BERSIH 5 akan tetap diadakan samada dengan atau tanpa Maria kerana secara tidak langsung, pemimpin DAP, PAN dan PKR akan mengetuai peserta ini. Namun begitu, usah dilupa bahawa janji Gerakan Baju Merah, selagi ada kuning, merah akan tetap ada, mungkin bakal menghantui mereka.
0 comments:
Post a Comment