Filem Interchange arahan Dain Said serta lakonan Shaheizy Sam, Iedil Putra, Nicholas Saputra dan Prisia Nasution antara enam filem tempatan yang terpilih mewakili negara sempena Festival Filem Antarabangsa Singapura yang ke-27 (SGIFF) pada 23 November hingga 4 Disember ini.
Lima lagi filem lain yang turut terpilih ialah Voyage to Terengganu (Kisah Pelayaran Ke Terengganu) arahan Amir Muhammad dan Badrul Hisyam Ismail, Singing in Graveyards (Bradley Liew), Absent Without Leave (Lau Kek-Huat) dan dua lagi karya iaitu Mrs K serta Art Through Our Eyes to Singapore (Ho Yuhang).

Sementara itu, dokumentari Kisah Pelayaran Ke Terengganu memaparkan rakaman perjalanan Amir yang mengunjungi negeri itu pada Disember tahun lalu dan temubual bersama rakyat di negeri itu.
Ia juga berdasarkan kata-kata bapa kewartawanan Melayu, Munshi Abdullah dalam bukunya Pelayaran ke Pantai Timur (1838) yang memberi gambaran buruk kepada Terrengganu dan rakyatnya. Sebanyak 161 karya termasuk filem pendek membabitkan penyertaan dari 52 negara tersenarai sempena penganjuran festival kali ini.
0 comments:
Post a Comment