Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat pertuduhan memperdaya empat lelaki dengan menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’, tiga tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Noor Jan didakwa menyamar dan memperdaya empat individu iaitu Zaamat Md. Idris, 66, Mokhtar Md. Yusof, 57, Ahmad Zainudin Abd. Hamid, 64, dan Hazizi Ikhwan Zaamat, 35, untuk menganjurkan majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai Sultan Melaka sedangkan itu bukan identiti sebenar tertuduh.
Perbuatan itu didakwa dilakukan Noor Jan di A’Famosa Resort Melaka, Alor Gajah pada pukul 10 malam, 28 Disember 2013.
0 comments:
Post a Comment