Dalam arena politik negara sejak negara mengecapi kemerdekaannya, 59 tahun yang lalu, DAP adalah merupakan sebuah parti yang cukup kosisten dalam memperjuangkan idealogi ala republiknya. Malah, parti ini kekal tidak mempunyai Pengerusi atau Presidennya sendiri, sebaliknya lebih senang dengan gelaran Penasihat Agung parti, sama seperti idealogi republiknya sendiri.
Sejak sah ditubuhkan pada 18 Mac 1966, parti ini bertunjangkan kepada hanya satu nama iaitu Lim Kit Siang setelah berpisah dengan parti induknya, PAP yang membentuk kerajaan di Singapura. Sejak itu, Lim Kit Siang terlalu berkuasa pada parti ini tanpa ada sesiapa sekalipun dapat mencabar kekuasaannya.

Jika diselusuri penubuhan MCA sejak 27 February 1949, MCA sudah mengalami transformasinya sendiri dengan mereka yang memimpin parti komponen utama Barisan Nasional ini sudah bertukar ganti. Hari ini, Datuk Seri Liow Tiong Lai adalah Presiden MCA yang ke 10 di mana, boleh dikatakan, semua perwakilan MCA berhak untuk menentukan siapa ketua utama mereka.
Berlainan dengan DAP yang jika kita lihat dari pemilihan dalaman parti itu sendiri, penuh dengan kepura-puraan serta hanya mementingkan kroni dan mereka yang paling berkuasa dan mempunyai wang yang cukup tebal. Justeru, tidak hairanlah, DAP, sejak 1966 hanya dikuasai oleh dinasti Lim dan keluarga Karpal sahaja.

Melihat kepada perkara ini, tidak salah untuk kita menyatakan bahawa, DAP tidak layak untuk mengangkat demokrasi sebagai pegangan dan menyelar pihak lain sebagai tidak terbuka. Lihat sahaja bagaimana berkuasanya dinasti Lim di dalam DAP dan lihat sahaja bagaimana CEC parti ini sendiri penuh dengan kepura-puraan dengan penipuan.
0 comments:
Post a Comment