Daerah Ranau turut menghadapi kekurangan bekalan minyak masak sama ada dalam bentuk peket plastik mahupun dalam botol plastik, sejak beberapa minggu lepas. Tinjauan ke beberapa premis di pekan Ranau kelmarin mendapati semua premis yang biasanya menjual minyak masak menyatakan ketiadaan bekalan sejak dua minggu lepas dan masih menunggu bekalan baharu.

Sementara itu, Pembantu Hal Ehwal Pengguna Daerah (PHEPD) Ranau Halimin Saping berharap bekalan akan pulih seperti biasa dalam tempoh terdekat. Beliau juga mengharapkan agar kekurangan bekalan minyak masak itu tidak dijadikan isu politik.
“Para pengguna harus bersabar kerana kekurangan bekalan minyak masak itu tidak berpanjangan,” katanya. Salah seorang pengguna, Suwin Gampios, 54, dari Kampung Marakau menggesa pihak berwajib agar berbuat sesuatu bagi mengatasi kekurangan bekalan minyak masak bukan sahaja di daerah Ranau, malah di seluruh negeri Sabah.

“Kita ada banyak bekalan minyak masak tetapi kekurangan lori untuk menghantar ke daerah-daerah yang terlibat,” katanya dan menambah, masalah kekurangan bekalan itu akan diatasi dalam masa dua atau tiga hari bermula semalam.
0 comments:
Post a Comment