Saban tahun, setiap kali tiba musim perayaan, kita akan disajikan dengan pelbagai berita yang melibatkan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa. Malah, antara aspek yang selalu di beri perhatian adalah faktor keselamatan dan ketenteraman negara setiap kali musim perayaan.

Beliau berkata, anggota PDRM cukup komited menjaga keadaan trafik, Angkatan Tentera Malaysia mengawal sempadan dan kedaulatan negara malah membantu mangsa banjir, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang bencana bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara, doktor dan kakitangan hospital kerajaan serta ramai lagi.
Paling utama, penghargaan beliau turut ditujukan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cukup komited memantau dan mengawal selia perkhidmatan pengangkutan awam kita bagi mengelak tragedi kemalangan dan kehilangan nyawa.

Menurut sumber dalaman SPAD ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu, pihak SPAD mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas penghargaan ini. Sumber ini menambah, pihaknya akan sentiasa mempertingkatkan operasi dan keupayaan mereka bagi menyahut seruan Perdana Menteri untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Malaysia.
0 comments:
Post a Comment