Masih ingat, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia telah membuka tender kepada mana-mana pengendali bas untuk membida projek BRT Kuala Lumpur - Klang bulan lalu? Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah itu BRT Kuala Lumpur - Klang dan apa manfaatnya kepada rakyat sekitar Lembah Klang?
Melalui Transformasi Pengangkutan Awam Darat negara dibawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pihak kerajaan bakal melancarkan projek BRT Kuala Lumpur - Klang dimana projek ini akan menghubungkan Klang dan Kuala Lumpur melalui satu laluan "elevated" khas yang hanya digunakan oleh bas - bas tertentu.

Jika dilihat dari positif projek ini, projek BRT KL - Klang ini akan membawa banyak kebaikan kepada rakyat dari segi penggunaan kenderaan awam. Malah, andai perkhidmatan ini digunakan sepenuhnya, ianya dijangka mampu mengurangkan kadar kesesakan lalulintas antara pusat Bandaraya dan Klang.

Pastinya akan cuba mensabotaj segala projek yang ingin dibangunkan oleh kerajaan kerana bagi mereka jika kerajaan berjaya, mereka bakal kehilangan undi di Selangor. Ini suatu perkara yang tidak boleh berlaku. Bagi pembangkang, semua isu di Malaysia dijadikan isu politik bagi mereka.
Namun begitu, pengalaman pelbagai pihak terutamanya SPAD dalam membina MRT dari Sungai Buloh ke Semantan mungkin boleh jadi pemangkin kepada kejayaan projek mega ini.
0 comments:
Post a Comment