Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kini dikatakan calon pilihan untuk menerajui Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selepas Exco FAS menerima peletakan jawatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 26 Januari lalu.
Tengku Amir, 26, yang sebelum ini menyuarakan pandangan supaya rombakan perlu dilakukan dalam barisan Exco organisasi berkenaan bagaimanapun masih belum menyatakan pendirian mengenai cadangan pelbagai pihak supaya beliau mengambil alih teraju FAS.

“Buat masa ini kami juga tak tahu jika ada calon lain yang akan dicalonkan ahli gabungan bagi jawatan itu pada EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) nanti.
“Jika dilihat situasi ini lebih kurang sama seperti pencalonan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail (Sultan Ibrahim) yang sebelum ini tidak menyatakan pendirian untuk bertanding jawatan Presiden FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia),” katanya kepada media.
Akhbar semalam melaporkan FAS bersedia melakukan rombakan besar barisan Exco selepas mereka bersetuju mengadakan pemilihan bagi semua jawatan pada EGM 23 Februari ini. Ini susulan Exco FAS menerima peletakan jawatan Azmin yang menyatakan hasrat untuk berbuat sedemikian menerusi kenyataan media pada 30 Disember lalu.

“Ini membuktikan FAS terbuka dan menerima cadangan serta harapan disuarakan ahli gabungan. Jika ini untuk kebaikan FAS dan bola sepak Selangor maka kami bersedia mengadakan EGM,” katanya. Ahli gabungan FAS boleh mengemukakan nama calon untuk bertanding jawatan dalam Exco FAS sebelum 16 Februari ini.
0 comments:
Post a Comment