Sudah 40 hari, Donald Trump menjejakkan kakinya ke White House. Selama itulah pelbagai kontroversi ditimbulkan Trump yang ada kalanya dilihat sama seperti apa yang beliau lakukan dalam rancangan realiti yang diterbitkannya, The Appereantice. Ada sahaja kenyataan kontroversi yang dibuatnya sehingga menyebabkan, untuk hari ke 40, tunjuk perasaan masih berlaku di New York.
Tidak diketahui samada latar belakang Trump adalah seorang anggota Ku Klux Klan, satu pergerakan yang mendewakan warna kulit di Amerika. Gerakan ini kerap kali mendakwa, warga kulit putih Amerika adalah warga teragung dan memandang rendah kulit hitam dan menolak sepenuhnya warga lain selain daripada Amerika.

Beliau berkata, Obama atau pegawainya adalah individu yang bertanggungjawab membocorkan rahsia White House kepada umum sehingga perancangannya untuk menyekat kemasukan warga asing terutamanya umat Islam dan mereka yang berketurunan Mexico ke Amerika diketahui lebih awal oleh para penunjuk perasaan.
Apa yang menariknya, sebaik sahaja Obama melangkah keluar dari White House, semua pegawai yang pernah berkhidmat dengannya termasuk anggota National Security of America (NSA) yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Presiden, turut sama mengikut jejak langkahnya bagi membolehkan Trump mentadbir Amerika dengan gayanya sendiri.

Inilah corak pentadbiran Trump sekarang. Hari ini, satu persatu sekutu yang pernah rapat dengan Amerika sudah mula menjauhkan diri dengan Amerika. Di Britain sebagai contoh, salah seorang Ahli Parlimennya menyifatkan pentadbiran Trump jauh lebih merbahaya berbanding ancaman yang pernah mereka hadapi melalui Al Qaeda.
Ini kerana, katanya, Trump telah mewujudkan satu sentimen baru kebencian terhadap Barat dikalangan para pengganas dan ianya dilihat sebagai ancaman terbesar warga Barat. Kanada pula, negara yang berjiran dengan Amerika menyifaatkan, Amerika telah memasang bom jangka yang akan meledak pada bila-bila masa.

Apa yang akan jadi pada masa depan Amerika di bawah Trump, masih terlalu awal untuk diperkatakan. Namun, jika mengambil kira pandangan Kanada dalam isu ini, dakwaan Trump telah mewujudkan kumpulan yang telah memasang bom jangka dan hanya menunggu detik sesuai untuk diletupkan, ada asasnya. Hanya masa menentukan sama dasar Trump ini berjaya ataupun tidak.
0 comments:
Post a Comment