Setelah beberapa kali tertangguh, pada tarikh 15 April ini, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan berkuat kuasa sepenuhnya.
Mengulas tentang hal ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sistem berkenaan telah beroperasi sejak 1 April lalu namun pihak kementeriannya memberi tempoh dua minggu ini sebagai tempoh percubaan.

Dalam perkembangan yang sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan sebanyak 23 kesalahan jalan raya di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) menjelang akhir tahun ini.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron berkata, Awas yang dikuatkuasakan 15 April ini akan bermula dengan dua kesalahan utama iaitu melanggar lampu isyarat dan juga kesalahan melibatkan had laju manakala 21 kesalahan lain akan dikuatkuasakan sepenuhnya secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.

Menurut beliau, sekiranya disabitkan kesalahan memandu semasa semasa lesen memandu digantung atau dibatalkan, mereka boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun.
0 comments:
Post a Comment