Minggu lalu, arena politik tanahair dihangatkan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Syarie (Pindaan) atau lebih dikenali sebagai RUU355. Isu ini sebenarnya sudah agak lama di jadikan sebagai modal politik oleh pembangkang yang dilihat cuba untuk menggagalkan RUU355 ini dari dibentangkan di Parlimen.
Apa yang mencuri tumpuan minggu lalu adalah sikap Ahli Parlimen DAP yang dilihat berusaha bersungguh-sungguh menggagalkan pembentangan ini. Lim Kit Siang sebagai contoh, acapkali mengganggu pembentangan yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Melihat akan apa yang berlaku minggu lalu, tidak sukar untuk merumuskan bahawa Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan Islam sebagai agama rasmi negara langsung tidak pernah diiktiraf oleh DAP. Malah, PKR, PAN dan PPBM juga terpaksa mengikut rentak DAP sehinggakan Ahli Parlimen mereka sendiri turut bersekongkol dengan DAP untuk menggagalkan RUU355 ini.
Sikap angkuh, biadab dan kurang ajar DAP ini bukanlah satu perkara yang asing. Sebelum ini, kerajaan DAP Pulau Pinang pernah mengeluarkan arahan untuk melarang pembacaan ayat suci Al Quran sebelum azan subuh dikumandangkan. Malah, penggunaan pembesar suara juga turut dilarang sebelum arahan berkenaan ditarik balik setelah mendapat kecaman ramai.
Apa yang cukup disesali adalah, Lim Kit Siang sebagai ahli politik paling veteran dalam DAP langsung enggan memperdulikan peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara. Adakah Lim Kit Siang terlalu angkuh untuk mengiktiraf taraf agama Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga begitu biadab dan kurang ajar mempertikaikan RUU355?

Kesimpulannya, RUU355 ini dimata DAP dan Pakatan Harapan tidak lebih dari sekadar retorik politik. Mereka akan sedaya upaya menggagalkan RUU355 ini dari diluluskan di Parlimen walau apa jua cara sekalipun. Bayangkan andai mereka memerintah kelak, apa akan jadi pada nasib umat Islam dan agama Islam itu sendiri? Mungkinkah agenda kristianisasi bawaan Lim Kit Siang bakal menggantikan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan?
0 comments:
Post a Comment