My Blog List

Translate

  • PANAS

      Friday, 20 October 2017

      Buaya Tembaga 300kg Ditangkap



      Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT), Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menangkap tiga ekor buaya di tiga lokasi berbeza iaitu di Pusa, Bintangor dekat sini dan Miri baru-baru ini. 

      Sebelum itu, dua ekor buaya masing-masing sepanjang 3.87 dan 3.9 meter ditangkap di Sungai Kawi, Bintangor dan di Sungai Suai, Miri. Terbaharu, anggota SWAT telah berjaya menangkap seekor buaya tembaga sepanjang kira-kira 4.8 meter di Sungai Rimbas, Pusa dekat sini semalam.

      Jurucakap SFC berkata, reptilia seberat kira-kira 300 kilogram (kg) itu ditangkap pada pukul 8 pagi selepas sang bedal terbabit termakan umpan ayam yang dipasang di sungai berkenaan dalam satu operasi penakaian atau pemburuan buaya.

      Menurutnya, sebanyak 13 cangkuk khas berserta umpan telah dipasang dalam lingkungan lima kilometer di sepanjang sungai tersebut menerusi operasi penakaian buaya yang dilakukan sejak dua hari lalu.
      • Blogger Comments
      • Facebook Comments

      0 comments:

      Post a Comment

      Item Reviewed: Buaya Tembaga 300kg Ditangkap Rating: 5 Reviewed By: JMK