Seorang tukang rumah menerima padah apabila dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas memukul isteri pertamanya kerana tidak tahan mendengar bebelan wanita itu.

Mengikut pertuduhan, tukang rumah itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan pada bibir isterinya, Miss Maehyae Sani, 53, di sebuah rumah di Lot 280, Jalan Sri Cemerlang di sini kira-kira pukul 11.15 malam pada 28 Oktober lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326 akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
0 comments:
Post a Comment