Chadwick yang membawa watak superhero Black Panther dan T'Challa dalam filem terbitan Marvel Studio itu berkata, ketika menerima tawaran, dia berada di Switzerland dan kebetulan telefonnya tiada talian antarabangsa.

"Saya memang sudah tahu ia adalah untuk watak superhero dan tawaran daripada Marvel memang sesuatu yang tidak harus dilepaskan.
"Saya menerima tawaran ini tanpa mengetahui bagaimana skripnya dan siapa pengarah serta pelakonnya. Saya juga tidak menghadiri sesi uji bakat. Sebagai pelakon, ini pertama kali saya lakukan," katanya dalam sidang media filem Black Panther di Hotel Four Seasons, Seoul, Korea Selatan, hari ini.
Hadir sama, pengarah filem berkenaan, Ryan Coogler dan dua pelakon utama Lupita Nyong'o dan Michael B Jordan.
Sementara itu, Ryan berkata, berpeluang menduduki kerusi pengarah untuk filem itu adalah sesuatu yang hebat. "Black Panther adalah filem superhero berbeza jika dibandingkan dengan filem terbitan Marvel yang lain.

"Saya rasa amat bertuah apabila diberi tanggungjawab (mengarah) ini," katanya. Black Panther yang mula menjalani penggambaran di sebuah studio di Atlanta, Amerika Syarikat pada Januari tahun lalu akan ditayangkan di Malaysia mulai 16 Februari ini.
No comments:
Post a Comment