
Sesuatu yang menghairankan, demi melampiaskan nafsu politik yang mahu melihat Datuk Seri Mohd Najib berundur dari jawatan Perdana Menteri, pihak-pihak berkenaan sanggup mengheret dan memfitnah institusi beraja di Negeri Johor kononnya terdapat permusuhan dalaman antara Istana dan Putrajaya.
Semua ini dilihat bermula sewaktu pertikaman lidah antara Menteri Perlancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dengan Tengku Mahkota Johor berhubung kritikan pedas TMJ terhadap Perdana Menteri. Ini di burukkan lagi dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kabinet dalam rombakan kabinet yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib.
Perlbagai teori dan ramalan dibuat oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga sanggup mengheret Istana kedalam kancah politik. Dakwa mereka kononnya Istana Johor jelas murka dengan Perdana Menteri berikutan pengguguran Tan Sri Muhyiddin sehingga ada yang mendakwa Johor sedang mempertimbangkan dengan serius untuk keluar dari Persekutuan Malaysia.
Kini, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa pesawat yang membawa Perdana Menteri dihalang untuk mendarat di Changi sehingga memaksa Perdana Menteri "meminjam" kereta milik kerajaan Singapura untuk hadir pada Mesyuarat Bahagian UMNO di Pasir Gudang.

Tidak muncul dakwaan yang mengatakan Perdana Menteri di halang untuk memasuki Johor. Andai benar dakwaan berkenaan, sudah pastinya Tentera Negeri Johor akan mengusir Perdana Menteri dari menghadiri Mesyuarat berkenaan.
Kepada mereka yang menyebarkan berita palsu berkenaan, hentikanlah tindakan anda kerana tindakan anda akan menunjukkan betapa bodohnya anda dalam mencipta persepsi. Umum jelas mengetahui, peranan Istana adalah berkecuali dalam urusan politik negara namun pihak Istana tidak dihalang untuk berjumpa dengan mana-mana ahli politik yang mereka kehendaki.
JSJM
No comments:
Post a Comment