Sepanjang sejarah moden manusia, tragedi pengeboman Hiroshima dan Nagasaki kekal menjadi ingatan bagi setiap rakyat Jepun kerana bagi mereka inilah tragedi yang paling banyak memakan nyawa dalam sejarah Jepun.
Peristiwa ini bermula sewaktu Tentera Jepun melancarkan propaganda Perang Dunia Kedua dimana Jepun dilihat berpihak kepada Jerman dimana ianya lebih dikenang sebagai perang melawan proksi barat yang dipimpin oleh Britain, Amerika Syarikat dan Perancis.

Sepanjang 3 tahun perang ini, Amerika jelas berdendam dengan tentera Jepun kerana Washington menganggap Jepun telah mencemarkan maruah mereka apabila menyerang Pearl Habour, pengkalan tentera laut Amerika paling canggih pada masa itu.
Kemuncak kepada dendam Amerika Syarikat terhadap Jepun apabila rancangan pengeboman pusat perniagaan dan ekonomi utama Jepun di Hiroshima mula dirancang sekitar bulan Jun 1945. Amerika telah bekerjasama dengan beberapa orang pembelot dari kalangan rakyat Jepun sendiri untuk mengenal pasti lokasi paling sesuai untuk menggugurkan bom atom mereka.

Kejadian ini begitu mengejutkan Maharaja Jepun dan seluruh tentera Jepun yang sedang berperang diserata Asia. Bilangan yang maut bukan sedikit apabila kematian serta merta secara rasmi pada hari berkenaan adalah seramai 70,355 orang dan menjelang hujung tahun 1945, angka kematian dianggarkan mencecah 90,000 ke 140,000 orang. Kebanyakan kematian yang dicatat adalah kesan radiasi daripada bom nuklear berkenaan. Malah menjelang 1950, di anggarkan 200,000 orang maut akibat kesan radiasi yang dihidapi sepperti barah, kerosakan DNA dan lain-lain lagi.

Jika dihitung jumlah keseluruhan mangsa yang menemui ajal akibat bom nuklear ini, dianggarkan 277,000 orang maut di Jepun menjelang tahun 1950 dan Jepun jelas meratapi kejadian ini walaupun selepas 70 tahun kejadian ini berlaku.

Inilah contoh betapa bersatu padu antara rakyat mampu merubah keadaan negara dari kehancuran kepada negara maju. Hasil kesepakatan antara rakyat dan pemimpin tanpa ada rasa ingin merampas kuasa, Jepun jelas dapat bangkit menjadi pemacu ekonomi utama dunia, jauh meninggalkan negara-negara asia yang lain.
JSJM
No comments:
Post a Comment