My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 23 February 2016

    Huawei Rancang Kuasai 20 Peratus Pasaran Mudah Alih


    Huawei Technologies (Huawei) memperluaskan penguasaannya di pasaran mudah alih Malaysia apabila menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan pasarannya di negara ini. 

    Ketua Pegawai Pemasaran Rantau Pasifik Selatan, Henry Hsu berkata, syarikat berjaya menguasai sehingga 20 peratus pasaran mudah alih dalam julat harga RM1,500 hingga RM2,000 menyaingi jenama besar lain.

    “Ia lebih daripada apa yang kami sasarkan,” katanya sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2016 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol. Beliau berkata, penguasaan pasaran secara keseluruhan juga meningkat kepada 12 peratus tahun lalu berbanding sasaran awal syarikat iaitu kira-kira 10 peratus dibantu pelancaran beberapa produk semua segmen.

    “Kami lihat beberapa negeri di Malaysia mencatatkan peningkatan jualan misalnya Kedah dan Terengganu,” katanya.

    Huawei memperkenalkan produk barunya di MWC 2016 melalui tablet dua dalam satu Matebook. Ia disasarkan dijual di Malaysia pada suku ketiga tahun ini dengan harga anggaran RM4,000 bergantung kepada kadar tukaran matawang asing.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Huawei Rancang Kuasai 20 Peratus Pasaran Mudah Alih Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top