Semalam berlangsungnya enam lagi perlawanan Liga Super Malaysia yang membabitkan kesemua 12 pasukan yang bertanding dalam liga utama tempatan. Antara yang menjadi sebutan adalah tertewasnya bekas juara Liga Super dan Piala Malaysia, Pahang di tangan Pulau Pinang dengan jaringan 4 gol berbalas 1.
Paling mencuri tumpuan, gol ketiga Pulau Pinang yang dijaringkan oleh Mohd Faiz Subri yang dilabelkan sebagai bertaraf antarabangsa. Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan kedua Liga Super yang berlangsung semalam.

Perak - 0 Selangor - 1
Kelantan - 1 PDRM - 0
Sarawak - 1 Felda United - 2
Kedah - 1 Terengganu - 0
Pulau Pinang - 4 Pahang - 1
T-Team - 0 JDT - 2
Dengan keputusan ini, Felda United kini menerajui liga dengan 6 mata selepas 2 perlawanan diikuti JDT dengan 4 mata dan Selangor ditangga ketiga turut mengumpul 4 mata.
Selepas ini, liga akan berhenti rehat buat seketika bagi memberi laluan kepada pertandingan Piala FA yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
0 comments:
Post a Comment