My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 16 February 2016

    Pesta Gol Serlahkan Kehebatan Barcelona

    Barcelona tidak berdepan masalah besar untuk meraikan pesta gol jika setiap pemain pasukan itu mempamerkan aksi terbaik pada setiap perlawanan.
    Ia diakui ketua jurulatih The Catalans, Luis Enrique yang menyifatkan kemenangan 6-1 ke atas Celta Vigo pada aksi La Liga di Nou Camp awal pagi semalam sebagai perkara biasa buat Barcelona.
    Sehubungan itu, Enrique, 45, menegaskan, para pemainnya wajar dinilai berdasarkan kejayaan mereka memenangi beberapa trofi musim ini dan bukan melalui jumlah gol yang dihasilkan secara individu.

    “Saya tidak fikir malam ini (semalam) adalah detik bersejarah buat Barcelona. Bagi saya, ia tidak ubah seperti hari lain kerana kami kerap menewaskan pasukan hebat.
    “Ia hanya akan menjadi sejarah jika kami menjuarai banyak gelaran. Bagi perlawanan ini, tiada apa-apa keistimewaan. Saya sudah biasa melihat mereka berlatih dan mampu bermain lebih baik,” katanya.
    Pada aksi tersebut, Luis Suarez men­cetak hatrik kedua dalam tempoh 12 hari, manakala tiga lagi gol Barcelona dihasilkan Lionel Messi, Ivan Rakitic dan Neymar.
    Paling mencuri tumpuan pada aksi tersebut ialah tindakan Messi yang berjaya mengelirukan semua pemain Celta Vigo apabila memilih untuk tidak menja­ringkan gol menerusi sepakan penalti, sebaliknya menghantar bola kepada Suarez untuk disudahkan.
    “Sepakan penalti seperti itu dibenarkan. Ia bukan satu kesalahan dan kita semua pernah lihat Cruyff melakukannya sebelum ini,” jelas Enrique.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pesta Gol Serlahkan Kehebatan Barcelona Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top